Bekas isteri Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Shantie Khan meluahkan rasa syukur apabila anak lelakinya, Zareef Yusof terselamat dalam tragedi kemalangan yang membabitkan kru drama Mak Cun awal pagi semalam.

Vie meluahkan perasaan syukurnya itu menerusi Instagram miliknya, yang dikemas kini.

“Innalillahiwainnailaihirojiun 😭😭😭

“Anak saya @zareefyusofofficial dan adik perempuan saya @zaaratiezazu terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke lokasi pengambaran ‘Mak Cun’ pagi ini,

“Syukur Alhamdulillah, diatas perlindungan Allah SWT mereka berdua tidak mengalami sebarang kecederaan serious,

“Saya mohon semua pihak yang tidak henti-henti call dan bertanyakan tentang khabar ini memberi dia masa dan sedikit ruang.

IKLAN

“Kerana anak saya masih didalam keadaan terkejut, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas doa-doa kalian.. Terima Kasih juga saya ucapkan buat Kak @ermafatima kerana menjaga @zareefyusofofficial throughout the emergency situations,” luahnya. 

View this post on Instagram

Innalillahiwainnailaihirojiun 😭😭😭 . Anak saya @zareefyusofofficial dan adik perempuan saya @zaaratiezazu terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke lokasi pengambaran 'Mak Cun' pagi ini.. Syukur Alhamdulillah, diatas perlindungan Allah SWT mereka berdua tidak mengalami sebarang kecederaan serious.. Saya mohon semua pihak yang tidak henti-henti call dan bertanyakan tentang khabar ini memberi dia masa dan sedikit ruang.. Kerana anak saya masih didalam keadaan terkejut, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas doa-doa kalian.. Terima Kasih juga saya ucapkan buat Kak @ermafatima kerana menjaga @zareefyusofofficial throughout the emergency situations 🙏🙏🙏

A post shared by Vie Shantie Khan (@vieshantiekhan) on

Menerusi ruangan komen, netizen rata-rata bersyukur kerana mereka terselamat dalam tragedi tersebut.

IKLAN

“Anak Masih Dalam Keadaan Terkejut,” -Bekas Isteri Datuk Eizlan Yusof, Vie Shanti Syukur Anak, Adik Perempuan Selamat Dari Kemalangan   “Anak Masih Dalam Keadaan Terkejut,” -Bekas Isteri Datuk Eizlan Yusof, Vie Shanti Syukur Anak, Adik Perempuan Selamat Dari Kemalangan  

Dalam pada itu, Eizlan turut meluahkan rasa syukur apabila anaknya yang berusia sembilan tahun itu terselamat.

“Alhamdulillah Abang selamat dan okay… terima kasih semua doakan keselamatan Abang,” tulisnya sambil disertakan swafoto bersama. 

IKLAN

Terdahulu, pengarah drama tersebut, Erma Fatima ada memuat naik sekeping foto di Instagramnya yang memperlihatkan kemalangan pertembungan antara dua kereta.

Foto : Instagram Vie Shantie Khan/Zareef Yusof/ Erma Fatima

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI