Anak Mawar Rashid Baru Berusia 4 Bulan, Tapi Dah Pandai Senyum & Ketawa. Comel Sangat

Share

Bagi setiap insan yang bergelar seorang ibu pasti akan merasai kegembiraan apabila dapat melihat anak tercinta membesar dengan sihat dan ceria.

Pelakon Mawar Rashid ada berkongsi beberapa keping gambar dan rakaman video anaknya, Raden Rafael di laman media sosial Instagram miliknya.

Difahamkan, putera sulung Mawar kini sudah berusia 4 bulan dan ternyata sudah pandai untuk berketawa dan senyum.

“Apaaaaaa?!!!! Anak mommy dah 4 bulan  Dah banyakkk pandai sekarang. Pi kat IG dia klau nak dengar Rafael gelak 4 bulan bunyi camne. @radenrafaelraf,” tulisnya.

“Gelak sakan Rafael dah 4 bulan harini!!!,” tulisnya.

Di samping itu, peminat juga memuji wajah anak Mawar yang semakin bijak dan kelihatan sangat comel.

Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac yang lalu.

Published by
Nazar Rafiqhi