Sumber gambar: Instagram Meadow Walker

Ketika ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2013, Meadow Rain Walker baru sahaja berusia 15 tahun. Namun kasih dan sayang yang diterima tidak pernah berkurang, lebih-lebih lagi sahabat baik ayahnya, Vin Diesel merupakan bapa baptis atau godfather kepadanya sejak dia dilahirkan.

Selepas ayahnya menghembuskan nafas yang terakhir, Vin Diesel mengambil tanggungjawab berperanan sebagai seorang bapa dan sentiasa ada dalam detik penting hidup Meadow.

Anak Mendiang Paul Walker Berkahwin Setelah Dua Bulan Bertunang. Vin Diesel Jadi Pengiring
Cantik menggayakan busana perkahwinan rekaan Givenchy. Sumber gambar: Instagram Meadow Walker

Kelmarin, Meadow telah memuat naik satu hantaran di Instagramnya mengumumkan yang dia sudah pun berkahwin dengan lelaki pilihannya, Louis Thornton-Allan dalam satu majlis yang diadakan di Republik Dominican.

Anak Mendiang Paul Walker Berkahwin Setelah Dua Bulan Bertunang. Vin Diesel Jadi Pengiring
Sumber gambar: Instagram Louis Thornton Allan
Anak Mendiang Paul Walker Berkahwin Setelah Dua Bulan Bertunang. Vin Diesel Jadi Pengiring
Cincin tanda perkahwinan. Sumber gambar: Instagram Louis Thornton Allan

Menerusi hantaran tersebut, dia memuat naik sebuah video di sebalik tabir perkahwinannya dalam warna hitam dan putih diiringi dengan kapsyen, “We’re Married.” Menurut laporan portal Vogue, pasangan ini melakukan majlis perkahwinan pada awal bulan ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Meadow Walker (@meadowwalker)

Pasangan ini bertunang kira-kira dua bulan yang lalu, dan nampaknya tidak lama masa diambil mereka untuk terus serius membuat keputusan dalam mendirikan rumah tangga.

Ads

Salah satu momen yang menyentuh hati pada majlis perkahwinan ini, Vin Diesel kelihatan bangga mengiringinya sepanjang majlis perkahwinan. Vin dilihat memaut erat tangan Meadow sebelum dia mengikat tali pernikahan dia atas altar.

Anak Mendiang Paul Walker Berkahwin Setelah Dua Bulan Bertunang. Vin Diesel Jadi Pengiring
Meadow memang rapat dengan keluarga Vin Diesel. Sumber gambar: Instagram Meadow Walker

Kini, pada usia 22 tahun, Meadow merupakan seorang model yang sedang meningkat naik selain dia juga aktif dalam aktiviti kemanusian menerusi Yayasan Paul Walker.

Yayasan tersebut ditubuhkan bagi mengingati dan meneruskan semangat mendiang ayahnya yang banyak melakukan aktiviti kemanusiaan dalam membantu orang yang memerlukan.

Ads

 

 

Ads

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI