Menerusi sesi Ask Me Question di Instagram baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengakui menerima banyak reaksi isteri berdepan suami yang tidak mahu membantu menguruskan kerja rumah.
Menurut Ayda atau nama lengkapnya Nur Suhada Jebat, malas untuk membantu bukan situasi terbaik dalam melayari rumah tangga.
“Dekat igs saya ramai wife jawab yang suami dorang taknak tolong buat kerja rumah, suka main game je.
“Okay. Kalau @nabilmahir main game, ni muka dia tidur. Muka shuben korang camne? Ni pose lepas penat kena tembak dalam game kot.
“Manusia tak sempurna. Terima seadanya. Tapi malas bukan alasan yer. Nak seribu daya, taknak seribu dalih ya abang! Anak nak, makanan sedap nak, kemas sikit tak nak!
“Bangun! Tolong your wife now! Tag shuben korang yang ‘rajin’ tu. #AydaJebat #NabilMahir #LuckyMe,” tulisnya.
Ayda telah sah bergelar isteri kepada pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari lalu dan kini sedang menantikan kelahiran anak pertama mereka, Oktober depan.
Foto: Instagram Ayda Jebat