Anak pasangan selebriti popular, Neelofa dan PU Riz iaitu Muhammad Bilal berjaya mengumpul duit raya sehingga mencecah RM14,020 pada sambutan Syawal tahun ini.
Perkara itu dikongsikan Neelofa menerusi video yang dimuat naik menerusi saluran TikToknya sendiri yang mana memperlihatkan dia dan suami sedang mengira duit raya yang diberikan sanak-saudara serta rakan taulan mereka kepada Bilal.
“Jazakallahukhair kepada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal.
“RM14 ribu ini semua duit-duit yang diberi sampai ada duit 1 ribu dirham. Jadi Bilal punya duit raya tahun ini hasil kutipan, RM14,020. Masyallah hebat daripada kita lagi,” kata PU Riz.
Sejak dimuat naik beberapa jam lalu, video tersebut pantas meraih lebih 1.5 juta tontonan daripada netizen.
Rata-rata netizen turut melahirkan keterujaan dengan jumlah duit raya yang berjaya diperolehi Bilal.
@neelofa♬ Eid Mubarak – Aayat Arif
“Dia punya duit raya kalah duit orang yang dapat duit KWSP.
“Ya Allah RM14,000 duit raya dia… rezeki Bilal.
“RM14,000 duit raya dia, duit raya aku RM300 sahaja.
“Bilal punya duit raya tiga hari sama macam saving (wang simpanan) kami tiga tahun.
“Hebat! Duit raya aku RM100 belum tentu,” komen sebahagian netizen.
Sejak dilahirkan pada 29 Januari lalu, Neelofa dan suami tidak bersedia lagi untuk mendedahkan wajah Bilal buat tatapan umum.
Neelofa, 33, dan PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail, 27, mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI