Pasangan selebriti, Uyaina Arshad dan suaminya, Raja Syahiran berkongsikan wajah penuh anak sulung mereka, Raja Urhan di Instagram.
Sambil menitipkan doa buat pertama hati, imej yang dikongsikan mereka mendapat perhatian wargamaya apabila si bapa dan anak lengkap kemas mengenakan tengkolok.
“Bismillahirohmanirrahim. Akhirnya sempurna. Raja Urhan bin Raja Syahiran. Our first born. Our pride. May you be clothed with His blessings, always, dear son. Mama Baba love you so much! @newborn.heartshotfocus,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Imbas kembali, Uyaina selamat melahirkan anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Raja Syahiran menerusi kaedah pembedahan pada 8 September lalu.
Difahamkan, mereka berkenalan pada awal 2019 menerusi program terbitan Astro sebelum Raja Syahiran mengambil keputusan merisik Uyaina tahun yang sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini