Penerbit drama, Datuk A Aida, 55, berlapang dada dan akur apabila anaknya, Wan Az Aleesa, 27, perlu menangguhkan pengajian dalam bidang kedoktoran di Indonesia terlebih dahulu.
Ini kerana, dia menerima berita gembira apabila anak sulungnya itu kini disahkan hamil enam minggu.
Tanggung Pengajian
A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang mengakui pada awal dia berharap agar Aleesa dapat menamatkan pengajiannya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal anak.
Namun, dia reda atas asbab rezeki zuriat adalah ketentuan Allah SWT.
“Anak saya baru hamil enam minggu, Alhamdulillah. Cuma ketika dia hendak kahwin dulu, saya ada luahkan kepadanya agar selesaikan belajar sebelum hamil.
Ads
“Tapi, kita hanya merancang dan Allah yang tentukan rezeki zuriat itu.
“Jadi, buat masa sekarang dia tangguhkan pengajiannya dan kini bersama dengan menantu, dia bantu menguruskan perniagaan homestay saya di Pahang,” katanya.
Syukur Rezeki Zuriat
A Aida pada masa sama menambah, kehamilan ketika masih dalam pengajian pasti akan memberi cabaran buat anaknya.
Ads
Justeru, Aleesa kini berehat sementara sehingga selamat melahirkan anak pertamanya kelak.
“Bukan senang nak dapat rezeki anak. Ini kerana saya sendiri melihat ramai pasangan yang lama berkahwin dan masih tidak dapat anak, berusaha macam-macam termasuk buat IVF untuk miliki zuriat.
“Apabila Allah dah berikan rezeki zuriat kepada anak saya, tak akan pula nak tolak dan tidak bersyukur.
Ads
“Saya kini berharap cucu nanti dilahirkan dengan sihat dan dipermudahkan segala urusan nanti,” katanya lagi.
Terdahulu, Wan Az Aleesa mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Zain Azrai Abdul Aziz, pada 15 Julai 2023 dalam satu majlis pernikahan di Bukit Tinggi, Pahang.
Selain Aleesa, A Aida turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulu, iaitu Wan Azevanatassha, 22, dan Muhammad Rahul, 15.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Temasya Olimpik Tokyo 2020 kini menjadi buah mulut pencinta sukan seluruh dunia dan apa sahaja yang berlaku sepanjang kejohanan pastinya mencuri perhatian ramai.
Pelakon Sheheizy Sam misalnya baru-baru ini ada memuat naik video seorang atlet angkat berat Uzbekistan yang sedang berlatih, Adkhamjon Ergashev yang mempunyai wajah miripnya.
Sambil berkongsikan kapsyen seloroh, video yang dikongsikan itu sudah pun ditonton lebih 600,000 kali.
“Saya terpaksa rahsiakan pada awak @samtilla Maafkan saya MALAYSIA. Takda sapa patut tau yg saya merentas negeri. MITI tak bagi surat.@adkhamjon_ergashev,” tulis pelakon Polis Evo ini.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata yabg terhibur turut meninggalkan reaksi masing-masing. Antaranya;
“Haha… Sebijik sama.”
“Owh siap tukar nama nak rentas negeri punya pasal.”
“Masya-Allah sama wajah.”
“Serupa tapi tak sama! Boleh pulak seiras ya.”
“Tengok ni sebijik. Aku ingat dia edit.”
“Mak aiii sebijik. Semua samalah. Ingatkan super imposed tadi. Benarlah ada 7 orang yang sama dengan kita kat dunia ni.”
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Wany Hasrita ada memuat naik foto bersama bapanya, Hasbullah Haji Hassan bersempena dengan ulang tahun lelaki paling disayanginya itu.
Sambil menitipkan ucapan selamat hari jadi, penyanyi Belenggu Rindu di samping Datuk Jamal Abdillah ini juga turut mendoakan agar bapanya dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia sentiasa.
“Happy belated birthday ayah. Semoga diberikan kesihatan yg baik & bahagia dunia akhirat. Sayang ayah,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan emoji berbentuk hati.
Lantas, perkongsian tersebut terus mendapat peminat apabila masing-masing turut sama memberikan ucapan.
Malah ada di antara mereka juga tidak menafikan wajah Wany saling tak tumpah seperti bapanya itu.
Meski sudah pun dikongsikan beberapa hari lalu, hantaran berkenaan sehingga kini sudah pun meraih lebih 61,000 tanda suka.
Foto: Instagram Wany Hasrita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Uqasha Senrose yang baru saja pulang dari menunaikan umrah beberapa lalu ada memuat naik satu posting menerusi Instagram
Kandungan kapsyen yang ditulis Uqasha antara baik berhubung dengan ucapan bersempena dengan tahun baru.
“Whatever happened over this past year , be thankful for where it brought you , where you are is where you’re meant to be . May this year be filled with magic and dreams , good and madness . Make a change , smile more , be excited . Do new things , throw away what you’ve been cluttering.
“Unfollow negative people on media social . Go to bed early , wake up early . Be fierce . DONT GOSSIP ! Show more gratitude and BE BRAVE . InsyALLAH Alhamdulillah amin,” tulisnya.
Terdahulu menerusi suatu temubual bersama Utusan Online, pelakon sitkom terkini berjudul Spana Jaya X yang bakal bersiaran di NTV7 Februari depan turut berkongsi, dia tidak mahu lagi terpalit dengan sebarang kisah sensasi.
Dalam erti kata lain, Uqasha tidak mahu membiarkan kisah sensasi tenggelamkan profilnya dalam seni.
“Cukup-cukuplah kontroversi dan kisah panas yang boleh menenggelamkan kerjaya seni. Saya mahu menguatkan hati untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang mungkin boleh merosakkan diri.
“Apa yang sudah berlaku bukanlah sesuatu yang patut disesali kerana ia banyak pengajaran. Kata orang, sebaik-baik ilmu itu adalah pengalaman. Saya minta maaf kerana pernah menjadi contoh tidak baik kepada masyarakat.
“Ketika itu saya belum matang dan mudah bertindak tanpa memikirkan dahulu apa akibatnya,” katanya.
Malah, dia juga tidak menafikan sehingga kini masih ada peminat yang masih meragui usahanya untuk menjadi individu yang lebih baik.
“Tidak dinafikan, sehingga ke hari ini masih ada dalam kalangan peminat yang meragui serta mempersoalkan diri tatkala mahu berubah menjadi baik.
“Saya tidak mahu berubah disebabkan mulut mereka, biarlah semuanya ikhlas kerana Allah,” jelas Uqasha.
Foto: Instagram Uqasha Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas hampir empat tahun, penyanyi Wany Hasrita mendedahkan dirinya kini lebih cekal dan matang dalam menjalani kehidupan sebagai pasangan jarak jauh (PJJ) bersama suami...