Setiap insan yang bergelar ibu sudah pasti mempunya pelbagai cerita dan pengalaman dalam membesarkan anak.
Pelakon, Elfira Loy atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy memaklumkan cahaya mata pertamanya itu kini sudah pandai mengolekkan badannya sendiri.
“Semalamkan, anak saya dah pandai golekkan badan dia sendiri. *terustekupbantalkatmukanangis
“Adakah ia akan berterusan sehingga anak pandai agah , pandai cakap , pandai merangkak , pandai jalan nanti?
“Now @muhamadrayyankhalafofficial is 3months old,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat kecomelan anak Elfira yang semakin lincah dan aktif.
Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama, Muhamad Rayyan Khalaf, 3 bulan.
Video: Instagram Elfira Loy