Tahniah diucapkan buat pelakon, Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah yang kini sudah pun bergelar nenek apabila anak sulung, Andriana Balqis selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.5 kilogram pada Isnin.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, bintang berusia 42 tahun itu turut mendedahkan anaknya selamat bersalin secara normal.

Andriana mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannyq pada Mac tahun lalu.

“Assallamualaikum… Alhamdulilah anak sy dah selamat melahirkan baby gurl 2.5kg.

IKLAN

“Allahuakbar syukur ya Allah dua2 sihat.. tq sume yg mendoakan anak sy dan cucu gurl sy.. now im officials Tokmamok.

“Alhamdulilah terima kasih ya Allah atas nikmat ni,” tulisnya sambil dihujani dengan ucapan tahniah dari peminat pada ruangan komen.

IKLAN

Terdahulu, Enot ada memuat naik perkembangan proses kelahiran cucunya itu menerusi Insta Stories selain turut merakam perasaan sebak ketika menanti detik Andriana yang sedang melahirkan anak pertamanya.

Enot yang pernah berkahwin sebanyak dua kali juga merupakan ibu tunggal kepada Ariana Qaseh Qistina yang kini berusia 13 tahun.

IKLAN

Enot sebelum ini pernah berkongsi sekeping foto bersama Andriana sambil menggambarkan jarak usia di antaranya bersama cucu yang bakal lahir.

View this post on Instagram

Assallamualaikum besar dah perut kakak lg 2 bln jer lg nak bersalin..2 bln jgk lah aku bakal ada cucu huhuhuhuh Dpt cucu pun kira rezeki untung org kata aku muda dah rasa ada cucu bsk cucu aku 20thn aku baru 62 thn hahhahahha in sha Allah smoga Allah pnjgkan umur aku.. aku panggil cucu aku #budakcheese sbb hr2 mak dia mngidam mkn #burncheesecake yelah dia lahir tahun tikus lah plak mmg hantu cheeselah.. Alhamdulilah dia blum keluar lg mcm2 org bg kat dia murah rezeki.. sbb tu org kata setiap kt yg hdp Allah dah sediakan rezeki untk kt,rezeki mcm 2 bentuk Allah bg btl x? so korg mane nak wat review baju baby ke brg2 baby ke bole lh dm tokmamok dia ok hahhahaha gitew.. apa2 pun mmg super xcited nak tggu dia keluar smoga Allah permudahkan segala2nya Aamin.. #tokmamokvogue #sapakatakitatua #buatbaikramaiorgsayang #alhamdulillah #rezekimcm2bentuk

A post shared by ENOT (@enot_78) on

Foto: Instagram Enot

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI