Ibu bapa mana yang tidak gembira melihat kejayaan anak,apatah lagi dalam ilmu ukhrawi.
Itulah perasaan yang dialami pelakon Norman Hakim apabila anak gadisnya, Marissa Dania Hakim telah mengungguli anugerah hafazan Qasidah Burdah Al-Busiri.
Momen indah itu turut dikongsikan Norman di Instagrammya.
Majlis tersebut diadakan di ibu kota turut dihadiri bekas isteri Norman,Abby Abadi namun dia yang keluar awal kerana anak kecilnya mula meragam.
Susulan itu, netizen turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Marissa terus sukses!
Terdahulu, Norman dan Abby meraikan kejayaan anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim yang berjaya menghafaz Al-Quran peringkat Selangor Oktober lalu.