“Anak Saya Pula Telah Disoal Dan Diperiksa Seluruh Badan. Kami Harus Turun Naik Kebajikan Masyarakat,” – DS Aliff Syukri

Share

Tidak semua yang dipaparkan di Instagram menceritakan latar sebenar yang berlaku.

Menurut Datuk Seri Aliff Syukri sewaktu ditemui pada majlis rumah terbukanya baru-baru ini, Instagram adalah ruang untuk dia berkongsi segala yang berlaku dalam kehidupan, namun hanya secara dasar saja.

Namun, ia sering kali disalah anggap netizen dan pasti berakhir dengan kecaman dan kritikan seperti kes dakwaan mendera Qadeeja dan pilih kasih terhadap anak angkatnya, Ameena sehingga menyumbang kepada punca keguguran kandungan kembar isteri, Datin Seri Shahida Mac lalu.

Mengimbau kembali detik keguguran, Aliff menyatakan antara punca disebabkan dakwaan penderaan anak-anak.

Waktu kandungan dua bulan, doktor mengatakan ada dua kantung dan degupan jantung. Jadi doktor menyarankan agar isteri berehat dan waktu itu saya belum umumkan kepada semua.

“Dan selepas itu, sekitar jam 11.00 malam, pihak polis datang dan mengatakan mereka akan menyelongkar rumah. Anak-anak saya pula telah disoal dan diperiksa seluruh badan. Kami harus turun naik kebajikan masyarakat.

“Isteri saya keguguran kerana tekanan perasaan. Tapi saya tak salahkan sesiapa. Saya ingin memohon maaf kepada semua.

Cuma tidak adil kerana saya tidak memukul anak sebaliknya hanya memberi ubat. Tapi orang membesarkan cerita kerana saya Aliff Syukri,” ulasnya yang turut berdoa agar dikurniakan anak perempuan selepas ini.

Menurut Shahida, dia hanya menyedari sesuatu berlaku terhadap kandungan sewaktu ingin menunaikan solat Asar.

“Mula-mula kami tidak tahu kandungan kembar, sekiranya tidak, saya akan duduk berehat sahaja di rumah. Saya sedar keguguran selepas dua jam dan sewaktu ingin menunaikan solat Asar. Waktu itu darah mengalir dengan banyak. Lagipun tidak pernah ada pengalaman gugur sebelum ini.

“Pada permulaan, kami tidak ke hospital kerana pada tanggapan saya buat apa bergegas ke hospital sebab kandungan pun sudah gugur. Namun pembantu nasihatkan saya untuk membuat pemeriksaan.

“Dan di sana baru kami tahu saya hamil anak kembar. Bila doktor membuat pemeriksaan, doktor mengatakan satu kantung masih berdenyut manakala yang satu lagi tiada denyutan dan itu yang menyebabkan pendarahan. Hari kedua kami buat imbasan, hanya satu sahaja kantung yang tinggal,” tambahnya lagi.

Walaupun mendapat layanan yang baik daripada pihak terbabit, namun tekanan melanda kerana terlalu banyak prosedur yang harus dijalani.

“Memang diakui saya tertekan dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi mengenai Qadeeja.

“Tidak dinafikan kami mendapat layanan baik daripada pihak polis dan doktor, namun disebabkan tidak biasa dengan apa yang berlaku telah menyebabkan tekanan. Syukur tiada pendakwaan,” katanya yang sedang hamil lima bulan.

Pasangan ini turut mengulas isu dakwaan berat sebelah terhadap anak angkatnya, Ameena sehingga menutup ruangan Instagram.

Memang kami sudah lali dengan kecaman namun kadang kala orang luar agak melampau. Ada juga yang mendakwa kami menumpang populariti Ameena. Apa sahaja yang berlaku kepada Ameena, kami akan dikecam sedangkan layanan yang sama kami diberikan kepada Yusof.

“Dan sejujurnya saya tidak mahu mengambil Ameena kerana dia tiada status warganegara, namun ibunya terus merayu. Netizen pula serba tidak kena, berbuat baik pun dikecam. Saya takut lama kelamaan perasaan saya pula tidak ikhlas dan disebabkan itu saya menutup Instagram Ameena.

“Kami masih berhubung dengan ibu kandung Ameena kerana tidak mahu memutuskan hubungan silaturahim,” akhiri Aliff sambil ditemani isteri.

Published by
Noraini Abd Wahab