Baru-baru ini, topik mengenai ada pasangan yang sanggup berhutang demi untuk melangsungkan majlis perkahwinan yang mewah telah menjadi perbualan hangat di laman media sosial.
Pelakon, Rozita Che Wan atau sinonim dengan panggilan Che Ta sempat memberikan kata-kata nasihat dan pendapat mengenai perkara tersebut.
Kongsi Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar berkata majlis perkahwinan sepatutnya diadakan dengan secara bersederhana dan bebas dari segala hutang.
“Skrg ni tgh hangat isu berqutang sb nak kawen , anak dh selori hutang kawen tak habih lagi, Adoiiiiii masalah ni bukan setakat tepuk daie, baik p hantuk kepala kt dinding buang !
“Kalau dh sblm kawen pun tk dak duit, apatah lagi bila dh beqanak pinak … lambat lagiiiiiii boleh bayaq hutang! Ukur baju di badan sendiri !
Ads
“Sepatutnya buat apa yg termampu ja.. bukan majlis perkahwinan yg gilang gemilang yg di tuntut, tp kehidupan selepas tu yg perlu dititik berat kan ..
“Kalau mampu tk pa, buat la 14 haqi 14 malam pun .. tp kalau mas kawen 22 henggit pun share, takut lepaih beceqai dok ungkit plk , seluaq dalam selai pun laki tk penah beli lol ..
“Sapa yg dok pikiaq2 nk kawen , jgn sampai mcm tu na..Tanggung jwab lelaki biaq depa pikui .. biarpun sederhana .. .
Ads
“Ni kami kt majlis kawen di jelebu , walaupun perkahwinan ni sederhana saja, tk pakai catering , masak rewang ttp meriah dan yg penting Letuppppp pelamin depa ,” tulisnya.
Bakal mempersembahkan lagu Tinting yang dipopularkan oleh Noraniza Idris, Naqiu akui ia menjadi cabaran paling besar buatnya dalam saingan Gegar Vaganza 6 (GV6) setakat ini.
Apa tidaknya, bintang berusia 33 tahun itu mengakui lagu-lagu asli merupakan antara genre yang jarang dinyanyikan.
“Lagu wanita dan tradisional. Dulu saya pernah sertai pertandingan nyanyian lagu asli ketika usia 13 tahun. Selepas itu saya tidak nyanyian lagu asli langsung.
“Saya pernah dengar lagu tersebut tetapi tak pernah nyanyi dan lirik pun tak ingat,” katanya jujur sejurus sidang media.
Malah kongsi Naqiu lagi, kali terakhir ia menyanyikan lagu tradisional adalah kira-kira 19 tahun lalu menerusi sebuah pertandingan.
“Kali terakhir tahun 2000 saya nyanyikan lagu tradisional peringkat kebangsaan.
“Sebenarnya arwah mak saya adalah ‘champion’ kepada lagu-lagu irama asli,” jelas Naqiu yang pernah muncul johan dalam pertandingan ghazal peringkat kebangsaan.
Tinting merupakan lagu kedua dari penyanyi wanita yang dipersembahkan Naqiu.
Menerusi saingan minggu kelapan Ahad lagu, penyanyi itu mendendangkan lagu Percayalah, nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Naqiu turut berkongsi kesukaran menyanyikan lagu berkenaan menerusi YouTube Media Hiburan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seramai 50 pemandu lori hadir bagi membuat kejutan dan sebagai sokongan kepada stesen radio Suria FM sempena Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire yang berlangsung di perkarangan AEON Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.
Apa yang menarik,mereka hadir dengan membawa lori berhias masing-masing, sekali gus mencuri tumpuan pengunjung.
Wakil pemandu, Nik Ahmad berkata, mereka hadir sebagai pendengar setia Suria FM terutamanya segmen Suria Cinta yang dikendalikan DJ Lin.
“Kami semua memang pendengar Suria FM dan Suria Cinta khususnya. Jadi bila kami dapat tahu ada siri jelajah ini di kawasan ini, kami hubungi pihak Yaya Empire untuk hadir untuk memberikan sokongan.
“Syukur dapat jumpa sendiri dengan DJ Lin dan Puan Yaya di depan mana. Mereka sangat merendah diri dan sambut kedatangan kita dengan baik,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau mesra disapa DJ Lin akui terharu apabila dimaklumkan kumpulan pemandu lori itu hadir bagi memeriahkan jelajah kaliini.
“Tak sangka mereka sanggup hadir dengan membawa lori yang dihias cantik dengan lampu-lampu yang seterusnya memeriahkan jelajah di Kota Bharu kali ini yang kali pertama diadakan.
“Kami berbesar hatidengan sokongan malah mereka mengakui memang memutarkan Suria FM setiap kali memandu lori ke destinasi yang dituju,” katanya yang mengakui kumpulan pemandu lori antara pendengar setia Suria FM sejak dulu lagi.
Mengulas mengenai Suria Kuasa 2 Yaya Empire di negeri Cik Siti Wan Kembang, DJ Lin menyifatkan kerjasama ini sebagai istimewa kerana dijalankan secara serentak bersempena Hari Sukan Negara peringkat negeri Kelantan.
DJ Lin menambah, menurut data daripada pihak AEON Kota Bharu, kehadiran pengunjung mencecah hampir 50,000 orang bagi kedua-dua hari jelajah di adakan iaitu pada Jumaat dan Sabtu lalu.
“Kami bersyukur dengan jumlah kehadiran dan sokongan pengunjung yang sangat meriah lebih-lebih lagi sempena Hari Sukan Negara dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSK).
“Setiap acara yang dianjurkan mendapat sambutan termasuk persembahan konsert pada hari kedua yang dimeriahkan persembahan artis dan dikir barat,” katanya.
Pengarah Urusan Yaya Empire, Nadia Mat Isa turut menjadi ‘buruan’ pengedar produk kecantikan sejak Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire berlangsung.
Dia yang mesra disapa Kak Ya berkongsi, setiap hari menerima permintaan pengedar dari seluruh negara untuk tambahan stok kerana jualan memberangsangkan.
“Terima kasih DJ Lin dan Suria FM kerana membantu jualan dan jenama kami sejak sertai jelajah ini dan setiap hari pengedar produk saya meminta stok tambahan.
“Alhamdulillah juga jualan keseluruhan mencecah lebih enam angka dan kami berjaya mendapat lebih 100 usahawan baharu produk Yaya Empire sepanjang jelajah diadakan,” katanya.
Antara artis yang memeriahkan Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di Kota Bharu ialah Poey Sting, Baggio Damasutra, Afieq Shazwan, Floor 88 dan Sri Budi Jati.
Pelbagai aktiviti diatur termasuk pertandingan sepak bola antara penyampai Suria FM, JBSK, Yaya Empire dan AEON, persembahan silat dan pertandingan nyanyian lagu Dialek Kelantan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
@mediahiburanofficial Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin mengucapkan tahniah atas kejayaan Khairy Jamaluddin atau KJ yang meraih trofi Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular BH, baru-baru ini. Menurut pengendali segmen Suria Cinta itu, aura KJ cukup kuat sejak awal kemunculannya menerusi industri radio sebagai penyampai dan menyifatkan kemenangan KJ sebagai antara yang diramal ramai. Sebelum ini, DJ Lin pernah empat kali merangkul Anugerah Penyampai Radio Popular. #MHnews#MediaHiburan#FYP♬ slow piano music(1297827) – syummacha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...