Anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly, Uzair Haqimy ada memuat naik sekeping foto bersama seorang pelakon wanita di Instagramnya baru-baru ini.
Foto tersebut merakamkan mereka bergambar rapat sedondon mengenakan persalinan gelap.
Lalu menerusi ruangan komen, dilihat bapa Uzair iaitu Azman Hj Yahya atau mesra disapa Jinggo turut meninggalkan komen.
Malah, ada segelintir netizen menyifatkan bahawa gambar tersebut telah disunting.
Bagaimanapun, ada juga yang kurang bersetuju andai wujud hubungan mesra antara mereka berdua.
Terdahulu, Uzair pernah dikaitkan dengan adik kepada pelakon popular, Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha
Foto : Instagram Uzair
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Baby Bump’ Jelas Kelihatan, Nicki Minaj Umum Hamil Anak Pertama
Penyanyi dan rapper sensasi, Nicki Minaj mengejutkan ramai pihak apabila berkongsi berita gembira mengenai kehamilan pertamanya, pada Isnin.
Memuat naik beberapa keping foto terkininya yang secara jelas menampakkan ‘baby bump’, bintang seksi ini turut memberikan bayangan serupa menerusi ruangan kapsyen di Instagram.
“#preggers,” tulisnya sambil disusuli denfan ucapan tahniah dari peminat seluruh dunia.
Malah, posting terkini dari penyanyi Anaconda ini turut terkait mengenai kehidupan peribadinya.
“Cinta, pernikahan, kereta bayi, penuh dengan kegembiraan dan kesyukuran, terima kasih untuk semua ucapan,” tulisnya lagi.
Sebelum ini, bintang seksi berusia 37 tahun itu mengejutkan ramai apabila mengumumkan telah berkahwin dengan teman lamanya, Kenneth Petty.
Pengumuman tersebut dibuatnya Oktober lalu. Bagaimanapun, penyanyi ini masih aktif dalam seni bersama barisan projek baru yang menanti.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Abang Pengacara Fedtri Yahya Korban Terbaru Covid-19, Al-Fatihah
Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya berkongsi khabar duka selepas memaklumkan abangnya, Zahari baru sahaja meninggal dunia setelah berjuang melawan Covid-19 sejak beberapa hari lalu.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program Jejak Rasul itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman Twitter.
Dengan berat hati saya ingin memaklumkan abang saya, Zahari, telah kembali ke rahmatullah baru sebentar tadi 😭 setelah berjuang dengan #covid19
— Fedtri Yahya🇲🇾 (@fedtriyahya) July 26, 2021
“Dengan berat hati saya ingin memaklumkan abang saya, Zahari, telah kembali ke rahmatullah baru sebentar tadi setelah berjuang dengan #covid19,” tulisnya.
Khabar duka itu nyata mengejutkan ramai pihak terutamanya buat mereka yang mengikuti rapat mengenai perkembangan keluarga Fedtri sejak mereka dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan doa semoga buat Fedtri semoga arwah abangnya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beirman.
“Salam takziah buat @fedtriyahya sekeluarga. Semoga arwah kekanda ditempatkan disisi para solihin dan dijauhkan azab kubur. Amiinn.
“Semoga Abang Fed dan sekeluarga tabah, dikurniakan kesabaran dan arwah dicucuri rahmatNya.
“Takziah fed. Moga diberikan ketabahan saat ini.
“Innalillahiwainnalillahirojiun. Salam takziah. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama dengan orang yang beriman. Al fatihah.
“Salam takziah buat semua ahli keluarga. Ya Allah, ampunilah arwah dan tempatkanlah dia dalam kalangan org2 yg soleh. Aamiin,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, bapa dan seluruh ahli keluarga abangnya telah pun dimasukkan ke hospital selepas disahkan dijangkiti wabak Covid-19 pada 20 Julai lalu.
Setakat semalam, angka jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan 17,045 kes dalam tempoh 24 jam, rekod tertinggi sejak pandemik ini bermula.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah telah pun mencecah lebih satu juta.
Sumber: Twitter & Instagram Fedtri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Lahir Secara Pembedahan, Nourul Depp Terpaksa Buang ‘Abnormal Cell’
Penyanyi Nourul Depp memaklumkan bahawa akan menjalani pembedahan bagi membuang ‘abnormal cell’ di bahagian serviks.
Pembedahan itu dilakukan pada 14 Ogos depan.
Kongsi Nourul, pembedahan tersebut terpaksa dilakukan kerana anak bongsunya, Isabella Depp dilahirkan secara pembedahan.
“Saya baru balik dari hospital. Minggu depan saya perlu menjalani ‘minor operation’.
“Hanya memakan masa selama 30 minit sahaja. ‘Abnormal cell’ dekat serviks kena dibuang.
“Puncanya Isabella lahir keluar kut tingkap tapi takpa benda nak jadi,” katanya ketika merakam video di Instagram TV.
Tambah penyanyi lagu Kerana Terluka itu, dia berpesan kepada kaum wanita untuk melakukan pemeriksaan ujian saringan setiap tahun.
“Itulah jadi perempuan banyak perkara yang perlu dijaga. Jangan lupa lakukan pemeriksaan ‘pap smear’ iaitu ujian saringan bagi mengesan kanser serviks.
“Saya setiap tahun melakukan pemeriksaan, nasib baik boleh kesan awal. Kalau lama boleh menyebabkan kanser,” katanya lagi.
Untuk rekod, Nourul mendirikan rumah tangga bersama Eric Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.
Terdahulu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.
Foto: Instagram Nourul Depp
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI