Sejak bergelar ibu kira-kira lima bulan lalu, Mawar Rashid tidak pernah lekang dari berkongsi perkembangan permata hati pertamanya, Raden Muhammad Rafael Raden Ahmad Faizal menerusi Instagram.
Malah, perkongsian yang dibuat adik ipar kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob itu membuat rata-rata peminat tersenyum dek gelagat anak lelakinya itu.
Terbaru, Mawar ada memaklumkan berat badan anaknya kini sudah pun mencecah lebih tujuh kilogram.
Ads
“Anak sholeh mommy ni da 5 bulan da.. makin banyak demand, makin manje sebab tahu orang akan layan die. Berat die pun da 7.2kg.
“Alhamdulillah Rafael sihat & kuat. Doakan yang baik2 cemua,” tulisnya.
Penyampai radio, Fizi Ali meluahkan rasa syukur apabila dia kini sudah pun sembuh sepenuhnya selepas disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.
Berkongsi kesakitan yang dilalui, bapa tunggal ini menjelaskan pengalaman yang dilalui lebih terasa apabila terpaksa melawan virus tersebut sendiri.
“Alhamdulilah saya dah sembuh dari covid 19. Sakit weyy kena sebenarnya. Lagi masa sakit sorang-sorang. Terasa betul masa tu, dengan family tak ada dengan Ameena pun tak ada dekat dengan kita.
“Sakit nangis sorang-sorang je. Tak nak susahkan mana-mana pihak sebenarnya. Tapi alhamdulillah saya boleh survive sorang-sorang, dah baik,” tulisnya.
Lalu, aktiviti pertama yang dilakukan sejurus disahkan bebas Covid-19 ialah bersua dengan anak kesayangan, Ameena.
“Perkara pertama nak buat jumpa Ameena. Sebelum ni dapat kekuatan dari jauh je. Sekarang dapat depan-depan. Thanks umi Ameena jugak bagi jumpa Ameena.
“Apa nak buat dua tiga hari ni,mari tolong abam plan untuk Ameena,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan rasa syukur kerana diberikan kesembuhan dan mendoakan yang baik-baik buat bekas suami pelakon, Shakila Khoriri ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bukan seorang dua selebriti lelaki pernah digosipkan dengan penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha.
Sebelum ini juga dia pernah dikatakan menjalinkan hubungan istimewa dengan rakan pelakon seperti Aedy Ashraf dan Ben Amir.
Malah, baru-baru ini namanya kembali hangat diperkatakan bersama Aedy susulan mereka menghadiri konsert band popular British, Coldplay di London, bersama baru-baru ini.
Diminta mengulas mengenai hubungannya dengan aktor berusia 29 tahun itu, Daiyan mengakui Aedy merupakan teman baiknya.
“Tidak ada apa yang perlu saya ulas mengenai kehadiran saya bersama Aedy di konsert Coldplay itu.
“Saya tidak sangka gambar itu akan viral kerana niat saya nak berkongsi kenangan manis menyaksikan konsert itu.
“Kalau saya tidak berkongsi gambar bersama Aedy pun, nanti ada yang pertikaikan bila tahu dia pun ke sana.
“Saya pun tidaklah kisah sangat diaju soalan peribadi, cuma bila ada perkara baharu seperti ini (pencalonan AIM), rasa sedih juga bila orang lebih memberi perhatian mengenai perkara lain,” katanya kepada MH.
Daiyan ditemui pada majlis sidang media pengumuman calon Top 5 Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.
Daiyan tercalon menerusi dua kategori iaitu Lagu Pop Terbaik dan Video Muzik Terbaik. Kedua-duanya menerusi karya lagu yang sama iaitu Penat, nyanyian Daiyan bersama Tuju K-Clique.
“Saya sangat-sangat gembira bila tercalon walaupun untuk dua kategori sahaja tetapi salah satunya adalah kategori utama.
“Apatah lagi mengetahui saya bersaing dengan 600 pencalonan dan akhirnya kami berada dalam lima terbaik.
“Saya memang mengharapkan untuk menang, tetapi berada dalam top 5 juga sudah membuatkan saya gembira.
“Sekurang-kurangnya AIM menjadi salah satu platform untuk artis menghasilkan karya berkualiti dan bagi yang tidak begitu mainstream, boleh diangkat martabat mereka,” katanya.
AIM23 bakal bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11 September ini. Ia akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Syasya Rizal mengakui dirinya mudah tersentuh apabila ada pihak yang bercakap buruk mengenai anaknya, Muhammad Yassir Hayyan.
Menurut Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, tuduhan yang mendakwa dia hamil sebelum bernikah adalah keterlaluan dan tidak berasas.
“Mungkin ini perubahan bila sudah bergelar ibu. Bila orang sentuh fasal anak, saya jadi mudah emosi. Kalau orang sentuh fasal saya, okay sahaja.
“Terdetik dalam hati, kenapa nak sentuh anak saya pula? Mungkin silap saya juga kerana membalas komen tersebut,” luahnya kepada MH.
Insiden tersebut turut membuatkan suaminya, Nasrullah Mohd Sapie menasihatinya agar tidak mudah melayan komen-komen negatif yang boleh mengganggu emosi dan ketenangan.
Tidak Peduli Kata Orang
Malah, bekas anggota kumpulan Dolla itu memaklumkan dia kini lebih bertenang dan tidak mahu mengambil hati dengan tanggapan segelintir pihak.
“Saya faham setiap orang ada pendapat masing-masing. Cara mereka mentafsir sesuatu perkara juga berbeza. Cukuplah sekadar orang-orang di sekeliling yang tahu kisah sebenar.
“Bukan semua orang luar sana kenal Norsyasya Afiqah,” katanya lagi yang hanya mahukan apa saja yang terbaik buat permata hatinya itu.
“Sifat melindungi itu sudah tentu ada. Siapa sahaja yang tak sayangkan anak? Namun, saya tidaklah overprotective. Saya mahu anak saya menerokai dunianya sendiri,” jelasnya lagi.
Masih Belajar
Dalam pada itu, Syasya turut berkongsi dia dan suami masih berada dalam fasa pembelajaran untuk menjadi ibu bapa yang baik.
“Saya sangat seronok. Alhamdulillah, Yassir bukanlah bayi yang terlalu kuat meragam. Mungkin belum lagi. Segalanya masih aman damai. Namun, ada juga hari-hari yang agak huru-hara.
“Saya rasa Yassir sangat memahami. Dia tahu ibu dan ayahnya perlu bekerja. Jika saya hantar dia kepada ibu atau pengasuh, dia sangat mudah dijaga,” katanya.
Sebelum ini, seorang individu menuduh Syasya hamil sebelum berkahwin, susulan keputusannya meninggalkan kumpulan Dolla.
Penyanyi itu bagaimanapun tidak berdiam diri dan berharap fitnah tersebut dibalas di akhirat nanti.
Terdahulu, Syasya mengejutkan peminat apabila mengumumkan perkahwinannya dengan Nasrullah Mohd. Sapie pada 20 April tahun lalu, selepas meninggalkan Dolla atas sebab peribadi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Firsta Yufi Amarta Putri dari Jawa Timur dinobatkan sebagai Puteri Indonesia 2025 dalam acara gilang-gemilang yang berlangsung semalam, 2 Mei 2025, bertempat di Pusat...