Penerbit terkenal, Datuk A Aida tidak dapat menahan sebak ketika diminta memberikan ucapan apabila puteri sulung kesayangannya, Wan Az Aleesa Wan Aminuddin, 27, kini sah menjadi milik juruterbang, Zain Azrai Abdul Aziz, 27.
Lebih bermakna, bekas suaminya yang juga penyanyi Ameng Spring menikahkan sendiri Wan Az Aleesa dengan disaksikan Penolong Pendaftaran dan Imam Genting Highlands, Fawwaz Zarin Che Lah.
Dengan sekali lafaz, Wan Az Aleesa sah bergelar isteri kepada Zain pada majlis pernikahan yang berlangsung di pusat peranginan, Kasturi D’Manggis, di sini, kira-kira jam 11.15 pagi.
“Buat puteriku Aleesa, rupanya sudah sejauh ini kita berjalan bersama. Sebegitu deras waktu bergulir tanpa henti, begitu pantas juga dikau tumbuh dan dewasa dalam peribadi penuh mandiri.
“27 tahun lalu. Ya, Mama masih ingat akan detik itu. Ketika ada satu nyawa dalam kandungan, ia memberi erti yang sangat istimewa.
“Mengandungkan Aleesa selama 9 bulan 10 hari, seluruh hidup Mama berubah. Ketika itu, Mama temui makna cinta yang sebenarnya.
“Pada hari kelahiranmu, lengkaplah perjalanan hidup Mama sebagai seorang wanita. Kehadiran Aleesa memberikan Mama gelaran baharu, seorang ibu.
“Aleesa mengangkat martabat dan darjat Mama kepada satu persinggahan yang abadi, melestari mimpi indah seorang perempuan.
Ads
“You are my sun, my moon, and all of my stars’,” luah A Aida.
A Aida menambah, Aleesa adalah bukti kehidupannya dalam setiap susah dan senang.
@mediahiburanofficialAlhamdulillah dengan sekali lafaz, anak kepada penerbit Datuk A. Aida, Wan Az Aleesa Wan Aminuddin sah bergelar isteri kepada juruterbang, Zain Azrai Abdul Aziz sebentar tadi . Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Wan Aminuddin Wan Ismail (Ameng Spring).♬ original sound – Media Hiburan
“Aleesa saksi setiap duka nestapa dan senyum bahagia Mama. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar makna, kita hadapi bersama selama 27 tahun ini.
Ads
“Teguhnya kasih sayang Aleesa menjadikan Mama tidak pernah berasa kekurangan. Hormat, kasih sayang dan cinta Aleesa menjadikan adik-adik juga rasa dihargai dalam kasih sayang yang tidak permah berkurangan.
“Demikian hebatnya Aleesa yang dikirimkan oleh Tuhan.
“Mama melepaskan Aleesa. Mama gembira Aleesa bersatu dengan lelaki yang menyayangi, mengasihi dan bertanggungjawab.
“Zain adalah jawapan kepada masa depan Aleesa. Mama memberi sepenuh-penuhnya restu.
Ads
“Doa Mama, Aleesa akan menjadi isteri terbaik buat Zain. Aleesa mampu menjadi ibu yang baik buat anak-anak kalian nanti.
“Doa Mama buat Aleesa dan Zain tidak akan pernah terhenti. Akan selalu ada sehingga ke nafas akhir Mama,” katanya lagi.
Pada majlis itu, Wan Az Aleesa menerima mas kahwin sebanyak RM22.50 dan seutas gelang emas dengan lima hantaran dulang berbalas tujuh.
Malah, terdapat sesi simbolik pelepasan burung merpati dilakukan sejurus selesai majlis akad nikah.
Pasangan mempelai turut diraikan dalam majlis resepsi yang diadakan pada lokasi sama pada sebelah petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
November lalu, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira telah mencipta rekod dalam pilihan raya sebagai selebriti pertama di Malaysia yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau yang bertanding atas tiket Barisan Nasional telah mengalahkan lawan lain daripada Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan. Seiring dengan kemenangan itu, beliau kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Melaka.
Kelmarin beliau sekali lagi mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Timbalan Speaker bagi DUN Melaka. Pelantikan ini menjadikan beliau sebagai ahli politik wanita pertama di negeri itu yang dilantik untuk memegang jawatan tersebut.
Dira yang juga sebelum ini bergiat aktif sebagai pelakon, pengacara dan pengarah dalam industri seni tempatan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UiTM dan Sarjana Dasar Awam Universiti Malaya.
Wanita berusia 37 tahun ini bukanlah asing dalam dunia politik memandangkan beliau merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar.
Dalam perkembangan lain, Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas kelmarin menyaksikan veteran politik yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Ibrahim Durum dilantik sebagai Speaker DUN.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Ayah Cik Man baru minggal sebentar tadi (Isnin). Doa kan dia ye,” tulisnya ringkas.
Dikesempatan itu juga, Cik Man turut menyeru kepada semua untuk sama-sama mendoakan semoga arwah bapanya itu ditempatkan dikalangan para solihin.
Dalam pada itu, pelakon drama, 4 Abdul ini juga turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah hadir dan membantu menguruskan jenazah bapanya itu.
“Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikkan. Terima kasih banyak kepada yang datang bantu uruskan jenazah ayah Cik Man, yang datang ziarah dan mendoakan.
“Semoga segala doa kebaikkan itu kembali semula kepada si pendoa,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Cik Man.
“Allahu, salam takziah Cik Man
“Salam takziah Cik Man. Semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman.
“Semoga arwah ditempatkan bersama para solihin. Sabar ye Cik Man.
“Semoga Cik Man tabah hadapi dugaan Allah ini.
“Semoga Allah ampunkan beliau dan dijauhkan dari azab kubur,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Pada Januari lalu, Cik Man sempat berkongsi momen indahnya bersama arwah bapa sewaktu menyambut hari kelahirannya di kampung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram PU Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan pelakon, Sherry Al Hadad tampil sebagai pengganti kepada rakan hos program Gegar Vaganza 11 (GV11), Jihan Muse bermula minggu kelima konsert.Untuk minggu-minggu...