Pelakon Dayana Roza mendedahkan wajah bayi pertama selepas lebih sebulan melahirkan permata hatinya itu secara pra-matang pada 20 Julai lalu.
Menurut Dayana atau nama sebenarnya, Nur Dayana Kamsun Baharin, bayi perempuan yang dilahirkan secara normal itu diberi nama Astrid Raheeya.
Jelasnya lagi, dia sepatutnya melahirkan anaknya bulan depan namun bersyukur kerana kesihatan diri serta baik perempuannya berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah keadaan serta kesihatan saya dan anak semuanya okey. Anak sulung saya dilahirkan dengan berat 2.4 kilogram jam 11 malam di sebuah hospital swasta di ibu kota.
“Keadaan hingga saat ini semua terkawal. Cuma ikutkan perihal lahir tak cukup bulan ini sudah jadi perkara biasa dalam hidup keluarga saya.
“Saya sendiri lahir tak cukup bulan. Malah adik saya pun mengalami situasi sama seperti saya dan anak. Jadi saya rasa tak pelik. Cuma syukur tak ada komplikasi apa apa dekat anak saya,” katanya.
Dia pada masa sama menambah, sebelum melahirkan anaknya pada sambutan AidilAdha lalu itu, dia sempat menjamah beberapa hidangan raya.
Ads
“Saya bedal macam-macam termasuk lemang, rendang dan sebagainya. Sebelah petang sebelum dimasukkan ke hospital, saya sebenarnya mengalami pendarahan. Tapi tidaklah teruk sangat.
“Hinggalah membawa ke malam saya selamat melahirkan anak. Takut juga sebab saya lahir tak cukup bulan bimbang apa apa terjadi. Tapi semua baik-baik saja. Seminggu juga saya bermalam di hospital,” katanya.
Sementara itu sepanjang kehamilan, Dayana akui ada mengamalkan pengambilan minuman susu kambing selain makanan tambahan lain demi kebaikan ibu dan anak.
Ads
“Malah hingga sekarang saya terus amalkan rutin minum susu kambing dan makanan tambahan lain.
“Lagipun saya menyusu badan dan perlu banyak tenaga serta khasiat untuk diri sendiri serta anak,” katanya yang turut berkongsi perihal makna di balik nama ‘baby girl’.
“Astrid itu kalau dicari maksudnya di internet membawa maksud keindahan dan kekuatan. Raheeya pula diambil daripada nama arwah ibu suami saya.
“Cuma ejaan asal arwah ibu mentua dieja Rahiya. Tapi saya ubah ejaannya jadi Raheeya dan membawa maksud seperti setia serta penyayang,” katanya.
Ads
Sekadar info, Dayana dan suaminya, A’dale Adham Ayahudin mendirikan rumah tangga pada 25 Disember tahun lalu.
Sebelum itu, pasangan ini terlebih dulu mengikat tali pertunangan pada Ogos 2020.
Dayana turut berkongsikan foto penuh anaknya itu menerusi satu hantaran terbaru di Instagram.
Pelakon berbakat, Azhan Rani merakamkan rasa syukur apabila dia diberikan pengharagaan menerusi Anugerah Telenovela 2019 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Jumaat lalu.
Atas keberkesanan lakonan yang ditampilkan menerusi drama bersiri Nur, bintang berusia 43 tahun itu mendapat Anugerah Khas Juri atas persembahan lakonan yang memberi kepada masyarakat.
Apresiasi atas kemenangannya itu dikongsikan Azhan menerusi entri di Instagram.
“Selalu jadi tukang tepuk malam ni hambek aku pulak kena tepuk.. semoga bukan anugerah kesian sebab ini merupakan anugerah khas juri.. setinggi2 terima kasih buat juri2 atas penghargaan ini.
“Tak lupa juga buat @radius.one terutama penulis dan pengarah kesayangan malaya @budakijat yang menyebabkan AZHAN RAN naik stage malam ni.. pastinya akan berderet ucapan tahniah untuk ini, apapun aku dahulukan dengan terima kasih.. memadailah puji2an buat Allah SWT yang mengizinkan segala kebaikkan.
“Yang lebih penting disebalik seketul award, puji2 dan tepuk sorak apa yang akan jadi esok.. semoga malam ni bukan sekadar penerus tradisi malam anugerah namun yang lebih penting andai malam ini dapat mencetuskan lebih banyak kebaikkan untuk kemajuan penulisan juga pembikinan drama dan filem kita.
“Banyak isu serius samada isi kandung dan tanggungjawab sosial karya, kebajikan, pengurusan, masa depan pengkarya baik yang di depan kamera mahupun di belakang kamera yang patut dibuat penambahbaikkan.
“Moga sama2 kita betulkan nawaitu.. andai esok lebih baik buat kita semua ianya adalah anugerah yang paling manis buat kita semua.. in shaallah,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #syukur #yayasanpembangunanbukunegara dan #anugerahtelenovela2019.
Sementara itu, menerusi salah satu posting lain, pelakon ini turut berterima kasih atas restu serta doa dari ibu tersayang yang tak pernah putus.
Malah maklumnya lagi, meski si ibu agak jarang menonton program televisyen selain berita, namun ibunya tetap menitpkan namanya dalam doa.
“Percaya tak, heboh la 1 malaysia tengok drama #nur tu mak aku bukan la tengok sangat pun.. memang dari dulu dia susah nak berjaga malam tengok tv.. lepas berita biasa dia akan masuk tidur.
“Tapi mak kata mak selalu sebut aku dalam doa dia.. tak pernah tinggal walau sehari pun.. rasanya esok pagi baru mak aku tau pun apa yang jadi malam ni.. terima kasih buat doa dan restu yang tak pernah putus.
“Kalau abah ada dia akan jadi penyampai untuk mak.. harap boleh bagi mak sikit gembira dengan hariah malam ini.. maaf abah, tak banyak detik gembira dapat an bagi untuk abah dulu.. terima kasih yang yang tak terhingga untuk budi yang tak terbalaskan buat kedua syurgaku #syurgaku #alfatihahbuatabah #allahyarhamabdulranibinsabri,” tulis Azhan Rani panjang lebar.
Foto: Instagram Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!