Penyanyi Datuk Sri Siti Nurhaliza menerusi jenamanya SIMPLYSITI, telah melancarkan koleksi kosmetik
terbaharunya yang disasarkan kepada semua golongan masyarakat di Malaysia, pada Khamis.
Memanjatkan rasa syukur, Siti dalam satu kenyataan turut yakin dengan sambutan yang bakal diberikan pengguna menerusi koleksi terkininya itu.
“Berkonsepkan ‘SIMPLYSITI FOR ALL’, saya yakin rangkaian kosmetik terbaharu ini akan dapat memenuhi citarasa ramai kerana rona warna yang disediakan sesuai untuk semua warna kulit wanita Asia dan peringkat umur.
“Ia sesuai bagi penggemar kosmetik yang inginkan penampilan ‘matte’ semulajadi,” katanya.
Ads
Rangkaian kosmetik ini mula berada di pasaran bermula 9 September dan ia menampilkan koleksi solekan yang terdiri dari SimplySiti ‘2-way Cake’, ‘Compact Powder’, ‘Loose Powder’, ‘Cushion Foundation’, ‘Liquid Foundation’ dan ‘Powder Blush’.
Turut dilancarkan ialah rangkaian gincu dengan tiga kemasan iaitu ‘matte’, ‘semi-matte’ dan ‘moist’, ‘9 in 1 Eyeshadow’, ‘SimplySiti Valumizing dan Lash Extension Mascara’, ‘Eyeliner’ bersama ‘Eye Brow Pencil’ dalam rona hitam dan coklat serta ‘Micellar Water’.
Menurut Siti lagi, setelah 11 tahun berada di pasaran, dia teruja dengan pelancaran kosmetik terbaharu ini kerana pada masa sama, wajah baharu ‘Brand Ambassador’ SimplySiti turut diperkenalkan.
Wajah wakilan ini akan bersama-sama beliau untuk mempromosi koleksi kosmetik, rangkaian penjagaan kulit dan semua produk keluaran SimplySiti yang akan datang.
Ads
Zahra Zura Aziza Zahanor, 20, merupakan gadis bertuah yang terpilih sebagai ‘Brand Ambassador’ SimplySiti.
Gadis cantik ini berjaya menjadi ‘top finalist’ melalui Pertandingan Pencarian Wajah SimplySiti yang diadakan pada bulan Jun yang lalu, di mana pihak SimplySiti telah menerima lebih dari 700 penyertaan.
Ads
Zahra ialah pelajar tahun akhir, Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Insurans UiTM, anak pertama dari dua orang adik-beradik.
Berasal dari Kuala Lumpur dan bercita-cita untuk menjadi Pembaca Berita selain meneruskan kerjaya dalam bidang Insurans.
“Saya amat berbesar hati dengan pemilihan ini dan tidak menyangka menjadi ‘top 4’ dan seterusnya pemenang bagi pertandingan ini.
“Saya juga tidak pernah bermimpi untuk berkerjasama dengan Penyanyi Nombor 1 Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza, dan saya tidak akan mensia-siakan peluang keemasan ini,” katanya.
SimplySiti yang ditubuhkan pada tahun 2010, merupakan jenama kosmetik dan penjagaan kulit keluaran tempatan yang dirumus secara saintifik dan terbukti secara klinikal serta mempunyai Sijil Halal Jakim, dimana ia menjadi pilihan wanita islam di Asia.
Jenama SimplySiti mencerminkan gaya hidup Datuk Sri Siti Nurhaliza sendiri yang praktikal, mudah dan sentiasa tampil menawan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Faye Kusairi ada meluahkan rasa sayang dengan berkongsi foto keluarganya bersama peminat di akaun Instagram.
Faye atau nama penuhnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi memaklumkan kenangan dirinya bersama orang tersayang merupakan kenangan yang terbaik dalam hidupnya.
“Kenangan terbaik dalam hidup tidak dapat digambarkan dengan kata-kata atau gambar. Ia hanya dapat dirasakan dari hati dan minda akan mengimbau kembali kenangan sentiasa.
“Saya sangat bersyukur, benar-benar diberkarti dan bersyukur untuk apa yang saya ada dalam hidup. Alhamdulillah …,” tulis bintang televisyen ini.
Model terkenal era 90-an, Stella Tennant dilaporkan meninggal dunia pada usia 50 tahun, lima hari selepas menyambut ulang tahun kelahirannya.
Berita sedih itu dimaklumkan oleh ahli keluargannya dan setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengumumkan punca kematian bintang terkenal itu.
Dalam satu kenyataan ahli keluarganya bersedih atas berita tersebut.
“Dengan sangat bersedih hati kami mengumumkan kematian Stella Tennant pada 22 Disember 2020.”
Terdahulu, peragawati berkenaan merupakan antara model yang cukup terkenal pada era kegemilangannya dan pernah bekerjasama dengan pelbagai jenama fesyen terkemuka seperti Alexander McQueen, Calvin Klein, Jean Paul Gaultier dan banyak lagi.
Dia cukup sinonim menerusi penampilan androgynous selain berketurunan keluarga aristocrat.
Serentak dengan berita mengejutkan itu, pencinta dan penggiat industri fesyen turut sama memberikan penghormatan terakhir buatnya di media sosial.
RIP Stella Tennant. The muse, the mother, the fashion icon but also the activist. She mixed fragility and an innate elegance with an androgynous look that inspired designers like Karl Lagerfeld, Pier Paolo Piccioli or Sarah Burton. pic.twitter.com/typejzcY3i
Versace is mourning the death of #StellaTennant. Stella was Gianni Versace’s muse for many years and friend of the family. We will miss you forever Stella. Rest In Peace.
Stella Tennant, the iconic British model famed for her statuesque beauty and inimitable personal style, has passed away at the age of 50. https://t.co/08t5XcG1GV