Penceramah dan pakar motivasi, Pencetus Umah (PU) Syed berkongsi detik cemas apabila memaklumkan anaknya, Faathimah secara tidak sengaja telah memasukkan sebutir biji tasbih ke dalam hidungnya.
Menurut PU Syed, insiden tersebut menyebab dia terus membawa anaknya itu ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan susulan.
“Al kisah semalam dalam jam 10.40 malam, anakanda faathimah masukkan biji tasbih kristal dalam hidungnya.
“Jenuh kami usaha nak keluarkan, tapi tak berjaya. Terpaksa bawa ke unit kecemasan KPJ Ipoh.
“Tapi Dr bertugas minta datang pagi ni untuk jumpa pakar ENT. Terbang RM120 tanpa apa-apa selain jenguk sahaja,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh PU Syed menerusi akaun Instagram miliknya.
Selepas doktor menyarankan untuk datang pada keesokkan harinya, PU Syed mendedahkan dia dan insteri telah mengambil inisiatif sendiri untuk mengeluarkan biji tasbih tersebut.
“Bawa balik Faathimah, ambe dengan isteri usaha keluarkan juga dan alhamdulillah sedut punya sedut, (pakai penyedut hingus, bukan vacum tu yer) korek sikit-sikit, Alhamdulillah akhirnya kami berjaya keluarkan sekitar jam dekat-dekat 12 mlm
“Alhamdulillah, semoga jadi satu pengajaran dan pengalaman buat Faathimah dan kami, agar lebih berhati-hati,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selain turut berharap agar PU Syed dan isteri lebih berhati-hati selepas ini.
Sumber: Instagram PU Syed Bakri