Pelakon dan usahawan Fizo Omar bersyukur dalam gembira selepas anak tunggalnya, Wan Maryam kini sudah bebas Covid-19 dan kini mereka berdua sudah dapat isi masa bersama.
Sebelum ini, Maryam yang mencecah usia 3 tahun dan bekas isterinya, Mawar Karim telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas disahkan positif pandemik berkenaan.
Sambil menyifatkan anak perempuannya itu seorang yang kuat, bintang berusia 35 tahun itu juga turut berpesan kepada semua agar sentiasa menjaga diri.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah Maryam da sihat,terima kasih yg mendoakan kesihatan maryam dan sihat dari covid-19.
“Shes very strong girl, alhmdllh dia xde symptom covid spt batuk,selsema dan sakit tekak.dia aktif mcm biasa.
“So guys, please jaga diri,jaga keluarga smua k,” tulisnya dalam satu entri di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama memanjat rasa syukur dan mendoakan yang baik-baik buat Fizo sekeluarga.
Sementara itu menerusi platform sama, Fizo turut memuat naik video pertemuannya dengan Maryam sambil berborak sama di dalam kereta.
View this post on Instagram
Foto: Instagram Fizo Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI