Rapper, Kmy Kmo meluahkan rasa syukur apabila memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada tanggal 23 Jun lalu.
Jelas Kmy atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim, isteri dan bayi lelakinya itu kini dilaporkan berada dalam keadaan yang sihat.
Katanya lagi, dia dan isteri juga telah bersepakat untuk menamakan putera mereka itu Abdul Akbar Naseem.
“Anakanda saya dan isteri saya @syifadiana312 selamat dilahirkan pada 7hari lepas. Alhamdulillah, sihat seadanya Pertama, Abdul Jabbar Rakeem @abduljabbarrakeem (2 Tahun lebih) dan kedua, Abdul Akbar Naseem (7 Hari).
“Kedua dua Putera saya ni adalah cahaya mata yang sering memberikan semangat kepada saya untuk terus berjuang demi kelangsungan hidup hingga ke hari ini,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh penyanyi lagu 7 Nasihat itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Kmy turut memaklumkan kedua-dua anak itu merupakan sumber kekuatannya untuk terus cekal bagi menghadapi cabaran hidup terutamanya ketika detik sukar ini.
Dikesempatan itu juga, Kmy turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa mengutamakan kelurga dalam apa jua hal sekalipun
“Kadang bertakung air mata, kadang sebak didada, kadang berjuta juta visual bermain dilayar akal. Didalam musim yang penuh pancaroba ini, Hidup la kita untuk silaturahim kita, usah lagi mengharapkan pada sesuatu janji yang belum pasti telus tanpa ada agenda.
“Kuatkan la semangat mu demi anak-anak, ibu, isteri, ayah, dan adik beradik yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kita setiap hari.
“Aku kuat, demi orang yang aku sayang, sama la dengan engkau, engkau pun kuat untuk orang yang kau sayang. Terus bersemangat semua, ayuh,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga segala urusan Kmy dan keluarga akan sentiasa dipermudahkan.
“Salam tuan, tahnih diatas kelahiran cahaya mata baru ni. Semoga anak ini sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT dan dirahmati dalam segala hal.
“SubhanAllah semoga menjadi insan yang soleh dan hebat.
“Alhamdulillah, semoga sihat-sihat belaka. Ameen.
“Alhamdulillah, semoga kelahiran cahaya mata baru, bisa mengeratkan ikatak cinta kalian. Terus berkarya bro,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Kmy Kmo