Aduh touching betul hati MH bila membaca perkongsian pelakon popular, Zahiril Adzim mengenai anaknya, Anaqi.
Menerusi satu perkongsian Zahiril di akaun Instagramnya dia bercerita melalui ruang kapsyennya isterinya, Shera Aiyob memberitahu semasa ketiadaan Zahiril, Anaqi lah yang menjaga dirinya sewaktu sedang demam.
Apa yang menyentuh hati, Zahiril menulis jika dia sudah tiada suatu hari nanti, anaknya itu boleh mengambil alih tempatnya untuk menjadi ketua keluarga.
“Hari tu dia demam. Daddy Mummy tak boleh tengok dia demam sebab dia asyik tido je. Lemah. Tak macam Anaqi yang sentiasa ke utara selatan, tak best. Bila dah sihat, baru active balik. Now Mummy dia pulak demam.
“Bila Daddy kena pergi kerja dan tinggalkan Mummy yang tengah demam dengan Anaqi, Daddy terpikir. Janganlah diaorang ni bercakar lagi sebab Mummy tengah tak larat, demam tu.
“Dua beranak ni memang asyik bercakar je tapi langsung takleh berpisah. Nak makan, nak minum cari Mummy. Nak mandi, nak buat homework, nak tido pun cari Mummy, semua benda pun cari Mummy. Kalau Mummy pergi hilang kejap je dah bising tanya mana Mummy.
“Bila Daddy text Mummy dekat rumah tanya demam okay ke, Anaqi macam mana?
“Mummy jawab, Anaqi jaga i hari ni. Dia yang tolong sapukan Essential Oil picit kepala I yang tengah sakit ni. Siap cakap, “Mummy relax je okay, nanti Mummy sakit”. Dia memang tak suka tengok Daddy or Mummy dia sakit.
“Aku terdiam kejap dekat set sambil terfikir, yes, Anaqi memang boleh ambik alih tempat aku anytime kalau ditakdirkan aku takda satu hari nanti. Infact, aku rasa dia akan jadi lebih better dari aku. Thank you Allah. Segala puji bagiMu,” tulis Zahiril.
Rata-rata peminat dan pengikut Zahiril juga turut meninggalkam komen dan doa yang baik-baik buat keluarga Zahiril dan mendoakan agar Anaqi menjadi anak yang soleh buat kedua ibu dan bapanya.
iylia_nordin: ? sedih plak baca part paling last. Anak2 nampak buat perangai, tapi bila die tgk mak ayah dia sakit, terus baik ?
zabedah_yacob: In Shaa Allah…sudah ada tanda2 anak yg soleh. Semoga mummy anaqi segera sembuh…aamiin
dhiya.khalish: Alhamdulillah semoga Anaqi terus membesar menjadi anak yg baik n soleh serta berbakti kepada kedua org tua..aaamiin..muah! to Anaqi ❤
Dilihat juga Zahiril dan Shera turut memberi respon terhadap komen daripada peminat mereka dengan mengucapkan terima kasih atas doa-doa yang diberikan.
sheraaiyob: Alhamdulillah thank you semua untuk doa-doa yang baik-baik daripada kalian. Semoga anda semua beroleh kebaikan juga. Aameen Allahumma Aameen!
zahiriladzim: Allahumma amin. Terima kasih pada kalian yg mendoakan. Doa yang baik2 buat kalian juga. Thank u semua. ❤
MH juga mendoakan yang baik-baik buat keluarga Zahiril dan Shera, semoga rumah tangga mereka kekal bahagia hingga ke syurga.
Ini dia beberapa gambar keluarga bahagia ini…
Sumber: Instagram Zahiril Adzim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI