“Anda Akan Selalu Menjadi Hero Kepada Noah,” – Kongsi Video Allahyarham Suami Gurau Senda Dengan Anak, Titip Kata BCL Jentik Jiwa

Share

Sempena dengan sambutan Hari Bapa hari ini, ramai selebriti berkongsi moment indah serta memuat naik ucapan khas buat mereka yang bergelar bapa di media sosial.

Tidak terkecuali selebriti Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang turut menitipkan nukilan kata buat Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.

BCL menerusi Instagram memuat naik video arwah Ashraf yang sedang bergurau bersama anak lelakinya, Noah Aidan Sinclair.

Posting berkenaan nyata menerima perhatian ramai dan sehingga kini, video pendek itu sudah pun ditonton lebih dua juta kali.

“Happy Father’s day. Terima kasih telah memberikan banyak sekali tawa dan kebahagiaan untuk Noah.

“Terima kasih telah mengajarkan Noah tentang kehidupan. Terima kasih telah mengajarkan Noah untuk mencintai dirinya, memaafkan dirinya sendiri bila salah, dan belajar dari kesalahan itu.

“Thank you for teaching him how to be a man.. U will forever be Noah’s hero,” tulisnya sebagai kapsyen.

Untuk rekod, Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 lalu, dipercayai akibat serangan jantung.


Foto: Instagram Bunga Citra Lestari

Published by
MH