Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh ada memuat naik entri terbaru di Instagram miliknya menceritakan tentang insiden malang yang menimpa sebuah keluarga di sebuah pekan di Syria.
Menurut suami kepada Mizz Nina ini, seorang bayi bersama ibunya telah dilaporkan terbunuh selepas rumah mereka dibom puak pelampau.
Dikatakan bakal berdepan tindakan saman daripada peguam Abang Bas yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mendedahkan dirinya masih belum menerima sebarang surat tuntutan.
Menurut Uyaina, dia menyifatkan situasi ini sebagai lumrah dan asam garam dalam kehidupan seorang figuran awam.
“Saya tak pasti sama ada surat tuntutan itu sudah ada atau tidak. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tiada pun tetap alhamdulillah juga.
“Saya melihat perkara tersebut sebagai satu lagi ‘rempah’ dalam perjalanan seni saya. Jangan pernah takut untuk bercakap perkara yang benar.
“Apa sahaja kita perkatakan, hendaklah disertakan dengan fakta, supaya kita tidak salah,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, pengacara program Wanita Hari Ini itu juga akui sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa sahaja situasi sekiranya namanya dibawa ke muka pengadilan.
“Ya, saya sudah bersedia. Mungkin hal ini akan memberikan kesan kepada nama baik saya sendiri. Sesiapa sahaja yang kurang senang atau ingin menghantar apa-apa tuntutan, silakan.
“Biar mahkamah yang membuat keputusan,” ujarnya.
Katanya lagi, hal seperti ini tidak sesekali akan mematahkan semangatnya untuk terus bersuara dan memberikan kesedaran kepada masyarakat.
“Saya akan terus mengulas perkara-perkara yang membelenggu masyarakat. Ada yang bertanya, mengapa bila timbul isu tersebut, baru nak bersuara?
“Sedangkan pekara itu tidak benar. Mungkin orang-orang itu yang baru mengkuti saya di media sosial.
“Sejak dahulu lagi, saya memang lantang bersuara. Mungkin disebabkan kes tersebut, ia lebih mendapat perhatian,” akhirinya.
Sebelum ini, Uyaina lantang mengulas tindakan seorang pemandu bas yang didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan selepas merakam video pelajar tersebut.
Rentetan itu, keluarga pemandu bas tersebut meluahkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang sudah mencemarkan nama baiknya meskipun dia sudah dibebaskan dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000, pada 18 September lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kanak-kanak cilik, Yusuf Iskandar kali ini tampil dengan aksinya yang mencuri perhatian ramai.
Kisahnya, Hairul Azreen sedang merakam video secara diam-diam aksi Yusuf yang jalan ‘senget’ apabila dipanggil Hanis Zalikha untuk mengambil barang di dalam beg.
Namun, Yusuf sudah pun memakai kasut.
Gara-gara tidak mahu mengotorkan permaidani di bahagian ruang tamu, Yusuf ada cara tersendiri dengan cara berjalan ‘senget’.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi lucu yang dilakukan Yusuf dengan cara spontan.
Untuk rekod, Hanis mendirikan rumah tangga bersama Hairul Azreen pada Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Yusuf Iskandar, 2 tahun dan Alisa Aisyah, 2 bulan.
Debarannya kian terasa. Kini, kurang daripada dua hari sahaja lagi, juara Hero Remaja 2021 bakal dinobatkan.
Baru-baru ini, MH sempat menemu bual salah seorang finalis akhir iaitu Aqil Taqiuddin untuk bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai pengalamannya sepanjang menyertai program realiti pencarian bakat yang kini memasuki edisi ke-11 itu.
Menurut Aqil, dia mahu memanfaatkan setiap waktunya di program Hero Remaja ini menimba seberapa banyak ilmu sebagai bekalan untuk melangkah ke dunia sebenar industri seni tanah air.
Malah, pelajar jurusan Diploma Sains Sukan dari UiTM Shah Alam ini juga mahu menggunakan peluang ini untuk membanggakan kedua ibubanya.
“Hero Remaja ini merupakan sebuah platform yang membuka jalan untuk saya bertapak di dalam industri seni. Bermula di sini, saya boleh bina kerjaya saya langkah demi langkah.
“InsyaAllah perkara pertama yang saya letakkan adalah untuk membanggakan kedua ibu bapa saya. Saya teringin sangat nak bagi sesuatu yang bermakna buat mereka.
“Sebagai anak, saya akan buat apa sahaja untuk menyenangkan hati kedua ibu bapa saya. Kebahagiaan mereka adalah keutamaan saya. Sabagai tanda menghargai pengorbanan mereka, saya ingin buat yang terbaik di Hero Remaja 2021,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, anak bongsu daripada tiga orang adik beradik ini turut mengakui berasa amat bertuah kerana dikurniakan ibu bapa yang sentiasa menyokongnya dalam setiap perkara yang dia lakukan.
“Mereka memang sentiasa menyokong saya. Sejak daripada kecil lagi, apa sahaja yang saya buat, mereka akan sokong saya 100%.
“Saya main bola mereka sokong, main rugbi pun mereka sokong juga. Sampilah ke Hero Remaja ni. Mama saya pesan untuk sentiasa buat yang terbaik dan keluarga semua akan support walau apa pun keputusannya nanti,” kongsinya lagi.
Menanam minat untuk bergelar sorang pelakon, namun Aqil mendedahkan perspektifnya terhadap dunia seni tempatan seakan berubah selepas bertemu dengan pengacara tersohor tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi
“Sebelum Hero Remaja ni, saya pernah berlakon watak-watak kecil. Ikutkan kehendak hati, memang saya ingin meneruskan kerjaya di dalam bidang lakonan.
“Bagaimanapun, selepas saya menyertai kelas bersama Pak Nil sewaktu di Hero Remaja, ketika itu baru saya sedar yang saya ada bakat dalam bidang pengacaraan sebenarnya.
“Walaupun kelas tersebut hanya sekejap sahaja, tapi input-input yang dikongsikan oleh Pak Nil sangat-sangat berguna. Saya sememangnya berasa amat bertuah dan ingin berterima kasih kepada Pak Nil kerana mencungkil bakat saya itu.” akhirinya.
Terdahulu, Aqil bakal berentap bersama tiga finalis lain iaitu, Fazziq Muqris, Mierul Aiman dan Afiq Hamidon.
Pentas Final Hero Remaja 2021 bakal bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria dan On Demand pada 6 November ini bermula jam 9 malam.
Malah, peluang untuk mengundi 12 peserta bagi kategori Hero Favourite masih lagi dibuka dan hanya akan ditutup pada malam finale nanti.
Undian boleh dibuat menerusi laman sesawang www.remaja.my/hero.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!