“Anda Silap Jika Sangka Anak Comel Ini Tidur,”- Rumah Dibom Lalu Terbunuh, Cerita Noh Salleh Fasal Bayi Ini Jentik Sanubari

Share

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh ada memuat naik entri terbaru di Instagram miliknya menceritakan tentang insiden malang yang menimpa sebuah keluarga di sebuah pekan di Syria.

Menurut suami kepada Mizz Nina ini, seorang bayi bersama ibunya telah dilaporkan terbunuh selepas rumah mereka dibom puak pelampau.

“Anda tersilap jika menyangka anak comel ini sedang tidur.

“Bayi ini dibunuh semalam bersama ibunya di pekan Maar Shoreen di selatan Idlib selepas rumah mereka dibom oleh rejim.

“Beliau dinamakan Mariam sebelum dikebumikan bersama ibunya. Selamat bermain di syurga, sayang,” tulisnya.

Malah, entri tersebut turut disertakan dengan gambar wajah lembut bayi tersebut sebelum dikebumikan

Di bahagian komen, rata-rata netizen turut mengzahirkan rasa sedih dengan perkongsian suami kepada bekas penyanyi, Mizz Nina itu.

Terdahulu, Noh dan isteri baru sahaja pulang daripada melakukan aktiviti kemanusiaan di beberapa buah negara.

Turut sama terlibat dalam misi sama ialah rakan selebriti lain seperti Altimet dan Aizat.

Sumber: Instagram Noh Salleh

 

 

Published by
Aizam Manaf