Pelakon dan penyanyi, Erry Putra memaklumkan kakaknya, Rozi Hamzah meninggal dunia pada pukul 1 petang, Jumaat.

Menerusi laporan mStar, bintang berusia 42 tahun itu menjelaskan, arwah kakaknya sudah lama mengidap penyakit kecing manis dan darah tinggi, namun tahun lalu arwah mengalami kerosakan di bahagian organ utama iaitu jantung, hati dan buah pinggang.

“Arwah ada kencing manis dan darah tinggi dah lama sebab keturunan. Tapi sejak tahun lalu, jantung, hati dan buah pinggang pula rosak.

“Selain itu dia ada masalah paru-paru berair. Sepatutnya kaki arwah pun nak kena potong tapi tak sempat. Jadi, banyak organ utama rosak sebab dia sakit.

“Baru-baru ini arwah diserang angin ahmar sehingga menyebabkan badannya separuh strok dan dia tidak boleh berjalan,” kata seperti yang dipetik.

Ads

Erry atau nama penuhnya, Mohd Razlan Hamzah ini turut berkongsi berita sedih itu menerusi laman Instagram miliknya sebelum ini.

View this post on Instagram

Sebenarnya record nk kasitau bahwa aku nk minta maaf xdpt hiburkan korg dengan sambungan Rahul Anjali.,tapi mulut aku xleh nk berkata2 pulak…emmm…aku tau korg mesti tunggu…..sebab kakak aku tiba2 kembali jatuh sakit dari tadi tunggu kat hospital untill now sorang2 masih lum dpt apa apa perkembangannya…adik2 nk dtg pun xleh ,esok lusa da nk pose huhu…1st time lalui sorang2 jgn aku gila da la pasni huhu..Gurau je..Doakan jap lagi dpt Good news pasal kakak aku ya now dia still di zone merah..coz masih belum sedar dan nafasnya laju macam org lepas berlari…coz dia ada kencing manis darah tinggi,jantung,buah pingang,paru2 berair..byk sgt masalahmya tu..😔..Insyallah aku akan kembali kasi korg ketawa lepas smuanya ok ya 😔 (Im sorry)

A post shared by tuanerryputra@gmail.com (@errypu7ra) on

Sementara itu menerusi satu posting di Instagram yang telah dikemas kini, Erry ada mendedahkan dirinya menguruskan sendiri mengenai urusan melibatkan arwah atas situasi kini yang berlaku.

Ads

Malah, dirinya turut mengakui ada diperli atas kematian kakak tersayang.

“Saya tak maksubkan sy akan gila bila kakak sy meninggal,maksub sy, sy urus sorang2 bagai nk gila bila adik bradik sedara mara smua xleh dtg sebab pkp.

“Tapi sy diperli akak je pun pergi. Ye memang akak je pun, tapi dia lah mak dia la bapak sejak mak bapak sy meninggal.

Ads

“So anda yg ada mak bapak tu jaga la mereka sebaik2nya sementara mereka masih ada ya. Thank you atas ucapan, xpe sy maafkan anda,” tulisnya.

Difahamkan, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Sg Sekamat Batu 12, Cheras, Kajang pada petang, Jumaat.

Foto: Instagram Erry Putra

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI