“Anda Yang Pilih Untuk Sakit Hati,” – Ada Yang Dengki & Plan Nak Menjatuhkan, Ini Nasihat ‘Padu’ Hazeman Huzir Buat Para Ex Girlfriend

Share

Pengacara dan Youtuber, Hazeman Huzir ada memberikan pendapatnya mengenai perangai dan tabiat segelintir bekas kekasih masa kini.

Menurut Hazeman yang lebih sinonim dengan panggilan Haze, mereka tidak sepatutnya berasa iri hati dengan segala pencapaian yang kita kecapi walaupun tanpa mereka di sisi.

“Dear Exes in the world, jika anda nampak kami berjaya, tenang, bahagia, gembira di media sosial tanpamu.

“Kemudian anda sakit hati, berdendam, dengki & plan nak menjatuhkan. Anda yang pilih untuk tengok dan pilih untuk sakit hati.

“It’s not our job anymore untuk jaga hati anda,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas pengacara program Motif Viral itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Malah, dia turut mengingatkan bahawa kini bukan tugas kita lagi untuk menjaga hati bekas pasangan tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju malah turut terhibur mendengar kenyataan tersebut.

Selepas tidak lagi mengacarakan program Hlive dan Motif Viral, Haze kini dilihat sibuk menguruskan channel Youtube miliknya sendiri yang kini memiliki hampir 400,000 subscribers.

Sumber: Twitter Hazeman Huzir

Published by
Aizam Manaf