Bekas penyampai radio, Fara Fauzana memberikan pendapat apabila ada segelintir netizen yang memberikan komen negatif terhadap prestasi atlet negara yang bertanding di temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Bagi Fara atau nama lengkapnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, tindakan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan. Sebaiknya, berilah kritikan yang berhemah.
“Kritikan berhemah. Saya pasti ramai dah baca apa yg Dato @leechongweiofficial katakan tentang cara kita frust kita sedih kita marah bila atlet Malaysia kalah lalu mengeluarkan kata2 yg tdk enak didengar dan di baca terutamanya dimedia sosial.
“setiap Atlet pasti mahu MENANG cuma adakala bukan hari mereka jika KALAH” – LCW.
“Guys! plsss join me and semua utk berikan sokongan kepada atlet negara kita. Saya ni pulak memang jenis suka sukan. Semua jenis laa saya akan tgk samada sukan tu saya minat atau tidak.
“Sekurang-kuranynya bila tgk sukan yg tak minat tp dengar komentator berikan info, dpt la kita faham serba sedikit ttg sukan tu,” tulisnya.
Ads
Fara turut mengharapkan seluruh rakyat Malaysia sentiasa bersama berganding bahu memberikan sokongan kepada para atlet negara untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
“Saya tak kita asal ada jea pasukan malaysia tak kira la bila level sukma ka sukan sea ka sukan olimpik apatah lagi .. lagiii kita sokong! Takde sapa paksa .. kita kalau dah suka kita akan buat sendiri .. tp kalau kita dah rakyat Malaysia .. CONFIRM SOKONG PUNYE KANN.
Ads
“Andai mereka menang kita raikan andai mereka kalah kita redakan dengan kata2 semangat, yang pasti mereka dah buat sehabis baik..utk pasukan, kami ada disini (dah habis jerit niii moga dorang dengar kat Jepun tu),” tulisnya lagi.
Vokalis Drama Band, Aepul Roza mengakui dia dan anggota kumpulan lain tiada masalah untuk membuat persembahan di mana-mana lokasi termasuk busking (muzik jalanan) jika ia mampu memdekatkan muzik mereka kepada pendengar.
Aepul yang ditemui ketika mengadakan persembahan secara busking di tapak perniagaan Lorong Belakang di Shaftsbury Square, Cyberjaya pada Jumaat, berkata, konsep persembahan sebegitu dianggap seronok selain orang ramai dapat menikmati muzik mereka secara dekat.
“Dari awal kemunculan lagi sehingga sekarang sudah 14 tahun, ini memang cara kami bawa diri. Memang tak pernah menganggap diri kami sebagai selebriti besar. Kami sebenarnya rasa sangat dihargai apabila ada orang yang mengenali dan menyanyi bersama lagu Drama Band.
“Kami juga sentiasa sedar apa yang dibuat ini (busking) juga satu kerja. Sebab itu kami tak kisah menyanyi secara busking atau di tepi jalan. Disebabkan ada yang menghargai muzik kami, jadi main saja. Memang tiada masalah.
“Macam di Lorong Belakang ini pun, konsep yang lebih kurang sama. Kami suka sebab betul-betul dapat bertemu bertentang mata dengan orang ramai dan peminat yang menyokong kerjaya kami selama ini. Sebab tanpa mereka Drama Band tidak akan sampai ke tahap sekarang,” katanya.
Sesi busking juga adalah sebagai antara rangka promosi untuk menjual tiket Konsert The Hardest Malam Drama yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 5 Oktober depan.
“Sepanjang minggu ini, kami tanpa henti keluar busking untuk promosikan konsert. Setakat ini sudah 70 peratus tiket terjual, jadi ada baki 30 peratus saja lagi.
“Kami sebenarnya sangat berterima kasih kepada Alha Alfa Cosmetics sebab sudi bekerjasama dengan kami.
“Jadi, yang baki ini kami cuba jual dengan buat busking. Memang kami bagi harga yang istimewa. Pendek kata, kami nak bagi konsert ini ‘full house’.
“Sebanyak 23 lagu kita akan persembahkan di konsert nanti dan Insya-Allah, isteri saya, Leez Rosli dan rakan penyanyi, Putera Muhammad juga akan turut membuat persembahan di konsert kami nanti,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Youth Ventures Asia yang juga penganjur tapak Lorong Belakang Hanif Marzuki, 30, berkata, kumpulan itu memang satu-satunya pilihan mereka untuk dibawa menjayakan persembahan di sana.
“Kali terakhir acara sebegini pernah dibuat Datuk Sudirman di Chow Kit Road, tapi ketika itu dia datang nyanyi. Selepas itu tak ada lagi. Jadi, macam mana kami boleh bawa Drama Band adalah selepas mereka muncul di podcast dan menyuarakan hasrat untuk buat persembahan sebegini sambil nak jual tiket.
“Sebenarnya, Drama Band memang satu-satunya pilihan kami untuk dibawa ke Lorong Belakang. Sebab ini pertama kali buat macam ini. Kalau pentas pasar malam di sini boleh bawakan Drama Band, bermaksud band lain pun boleh juga. Alhamdulillah, sambutan penonton sangat ‘happening’.
“Kehadiran Drama Band ini juga menaikkan lagi imej pentas Lorong Belakang. Kebanyakan yang buat persembahan sebelum ini busker biasa. Dua bulan lepas kami panggil sekolah seni untuk buat persembahan. Sekarang panggil artis.
“Idea untuk pelbagaikan. Bukan setakat band ternama, tapi kami pernah juga panggil pelajar Aswara. Kita nak tengok pentas ini boleh buat apa saja muzik. Pada akhirnya Lorong Belakang adalah budaya kerana pasar malam adalah budaya kita. Jadi, kami nak pelbagaikan artis, muzik dan genre,” katanya.
Menurutnya, dianggarkan antara 10,000 sehingga 15,000 pengunjung direkodkan pada setiap minggu yang datang dari seluruh negara dan Lorong Belakang beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad.
“Lorong Belakang ini sudah beroperasi sejak 2019 lagi, namun ketika pandemik melanda negara ia terhenti. Malah, selepas semua aktiviti kembali beroperasi tapak ini masih belum mendapat sambutan. Ketika itu ia berlangsung pada awal dan hujung bulan dengan pembabitan antara lima hingga lapan vendor saja.
“Selepas itu, dengan kerjasama penuh Shaftsbury Square, kami terus melancarkan Lorong Belakang ini yang kini berlangsung pada hari Jumaat hingga Ahad pada setiap minggu dan dibuka sehingga jam 12 malam.
“Apabila semakin mendapat perhatian dan tular di media sosial, bukan saja pengunjung yang bertambah tapi jumlah peniaga pun semakin meningkat,” katanya.
Menariknya juga, Lorong Belakang turut memberi peluang kepada pelajar universiti di sekitar Cyberjaya untuk bekerja secara sambilan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Bagi mereka yang tidak pernah terlepas menonton program realiti Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) musim terbaru, pastinya ada yang perasaan ada ‘sesuatu’ istimewa yang terdapat di atas meja para juri.
Mana tidaknya, terdapat dua bakul ayam KFC yang membuatkan penonton terliur melihatnya.
Tambahan pula, juri tetap program tersebut, Scha Al-Yahya telah memuat naik beberapa keping foto di Instagrammya.
Kini genap 25 tahun, Fikry Ibrahim merakamkan ucapan penghargaan kepada peminat atas kiriman doa sempena hari kelahirannya.
Sempat juga bersenda mengatakan umurnya masih muda walaupun tubuh berbulu…hahaha
“Terima kasih kepada semua yang menyampaikan ucapan serta mendoakan yang indah-indah sempena hari lahir yang ke 25 ini.
“Bulu saja banyak tapi umur masih muda. Agak terharu kerana walaupun kita kurang mengenali satu sama lain tapi anda tetap teguh menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk saya dan keluarga,” tulisnya.
Pelakon kacak ini juga berharap agar wanita comel di luar sana dapat membalas cintanya. Amboi, sempat lagi ‘pick up line’ ya.
“Semoga Allah dapat membalas jasa anda. Semoga awak yang comel tengah baca caption saya ni pula dapat membalas cinta saya.”
Pelakon Nadhir Nasar mengakui masih mencari pasangan hidup dan tidak menafikan mengimpikan wanita dari Kelantan sebagai suri hatinya.
Menurut pelakon drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi...