“Mama nak akak jadi seorang yang kuat dalaman, mental dan boleh fikir dengan rasional”. Itu antara nasihat usahawan Liana Rosli kepada anak sulungnya, Nabila yang kini berusia 16 tahun.
Kongsi Liana atau mesra disapa Kak KM, dia mahukan yang terbaik buat anak-anaknya dalam meniti hari-hari yang mendatang.
“Jangan selalu lindungi anak dari masalah,
Tapi kuatkan dia agar bisa menghadapi masalahnya sendiri.
“Da besar anak sulong mama @nabilamalu
Kehidupan ni masanya panjang lagi
Banyak benda akak kene tempuh, kene lalui segala dugaan.
“Mama nak akak jadi seorang yang kuat dalaman, mental, bole fikir dengan rasional.
“Jangan biar orang pijak kita. Akk mesti pertahan kan apa hak akk,” luahnya lagi menerusi Instagram.
Dalam pada itu, Kak KM turut mendoakan agar anak sulungnya itu mampu memikul tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya.
“Andai satu hari nanti mama dah takde kat dunia ni, akak lah yang kene amik tanggungjawab jaga adik2 ok.
“Mama tau akak anak yang baik, boleh harap. Mama tak pernah putus doa untuk kejayaan anak2 mama… mama sayangggg akak. Selamat hari lahir 16 tahun anak,” akhirinya.
Menerusi foto yang dikongsikan itu, Kak KM turut meraikan ulang tahun kelahiran anaknnya yang ke-16 di sebuah kafe.
Terdahulu, Kak KM telah meraikan ulang tahun kelahiran anak lelakinya, Faris Razman yang ke-13 tahun pada Ogos lalu dan menghadiahkan sebuah iPhone 8 kepada anak terunanya itu.
Foto : Instagram Liana Rosli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI