Tanggal 12 Jun 2019 menjadi detik bersejarah buat pelakon,Khir Rahman apabila bapa kesayangan, Datuk A Rahman Hassan menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.
Mahu mengabadikan momen indah bersama, Khir atau nama lengkapnya Khairulizam telah memuat naik video bapanya di Instagram.
“Antara yg pernah saya jadikan story di IG.
“Arwah abah ketawa sendiri melihat telefon.. Ntah apa yg menggelikan hatinya.
“Izinkan saya abadikan disini. Hujung minggu andai tak punya kerja, memang mudah sangat teringat pada arwah,” tulisnya.
Menerusi video hitam-putih itu, arwah yang juga penyanyi popular era 1960-an, tersenyum sendirian sambil matanya menatap telefon bimbit.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton hampir 20,000 tontonan.
Terdahulu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun di Hospital Ampang akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Keramat,Kuala Lumpur.
Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Fadilah Mansor dan dua anak iaitu Khir Rahman dan Khairulazmi.
Anak kedua arwah, Allahyarham Khairul Ilmi meninggal dunia pada 2016 akibat kanser.
Video/Foto : Instagram Khir Rahman,Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hari Guru & Hari Jadi Ayah Selang Sehari Je,”- Syahdu… Joy Revfa Imbas Memori Arwah Ayah, Digelar Guru Cikgu Paling Hensem!
Bersempena dengan Hari Guru semalam, usahawan Joy Revfa ada berkongsi kisahnya bersama arwah ayah tercinta, Mohd Amin bin Awang.
Malah, arwah ayahnya juga merupakan seorang guru yang penyanyang dan digelar ‘Cikgu Paling Hensem’ di sekolah.
“Hari ni Hari Guru, biasa Hari ni ayah akan dapat banyakkkk sgt hadiah.. hadiah dari anak2 murid dia kt sekolah rendah. Mcm2 hadiah yg comel2 & joy la paling rajin baca satu persatu card2 Hari Guru & “surat cinta” dari anak2 murid cilik dia semua tu.. ayah selalu dapat hadiah paling banyak antara cikgu2 yg lain sbb Hari Guru & Hari Jadi ayah selang sehari je ? 16hb ( hari guru ) & 17hb ( hari jadi ayah ).. .
“Ayah selalu dapat Anugerah Cikgu Paling Hensem kat sekolah ? sbb tu ayah banyak sgt peminat2 dari anak2 murid dia kt sekolah rendah tu.. Setiap kali baca , sure kami akan ketawa sama2,” tulisnya panjang lebar.
Dalam pada itu, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin menjadikan kenangan tahun 2009 sebagai tahun terakhir ayahnya bergelar seorang guru.
“Ingat lg, tahun 2009.. ayah dapat hadiah & card2 ucapan lebih banyak dari tahun2 sebelum ni.. Joy pun pelik.. puas duk tolong bukak hadiah satu persatu. Tak habis2 rasanya sbb byk sgt ? Kebanyakkan anak2 murid nya bagi ucapan “maafkan silap saya selama menjadi anak murid cikgu..” ucapan yg sama dari murid2 yg lain juga..
“Rupa2nya, tahun 2009 adalah tahun terakhir ayah jadi cikgu kepada mereka.. ? seakan2 anak2 murid nya terasa yg mereka akan kehilangan cikgu yg paling mereka sayang.. .
“Alhamdulilah, ayah pergi mengadap ilahi pada hari yg sgt baik & keadaan yg tenang pada 10.10.2009.. Tapi kami tetap tak anggap ayah meninggal tapi dia hanya “pergi” dulu je.. ayah tunggu kami kt sana.. tunggu kt pintu syurga. Mohon sedekahkan Al Fatihah buat Arwah ayah joy iaitu Mohd Amin bin Awang.. ? Ayah sentiasa mekar di dlm hati kami sekeluarga buat selama lamanya.. @sofiaabbas61@zharif_sofia @dyanasofia #rinduayah,” tulisnya lagi.
Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap posting tersebut.
View this post on InstagramA post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on
View this post on InstagramA post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on
Foto : Instagram Joy Revfa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menitis Air Mata Ibu Tiri Siti Sarah Luah Cerita; “Sekarang Ini Sudah Tidak Ada Teman Untuk Berkongsi.”
“Saya pernah menangis depan suami. Saya cakap padanya dulu kalau ada apa-apa hal mengenai syarikat, saya akan kongsi dengan Siti (Sarah), tapi sekarang tak ada.”
Demikian luah rasa yang dikongsikan Pengasas Loveta, Siti Fatimah Suberi, 35, selepas ditanya momen paling dirindui dalam menguruskan Loveta susulan pemergiaan rakan kongsi yang juga anak tirinya, penyanyi Siti Sarah hampir dua tahun lalu.
Siti Fatimah yang mesra disapa Makder berkata, arwah yang dipanggilnya Siti bukan sahaja ahli keluarga, tetapi sahabat yang menjadi tempat mengadu.
“Tapi sekarang ini sudah tidak ada teman untuk berkongsi. Kata suami tidak mengapa, kalau ada apa-apa yang nak dikongsi, boleh luahkan kepadanya. Suami saya ada sakit jantung. Kalau boleh saya tidak mahu stres atau bebankan dirinya terhadap apa yang saya nak kongsikan.
“Malah arwah pun pernah beritahu saya kalau boleh tak mahu kongsi apa-apa masalah dengan Raisuddin bagi mengelakkan dirinya tertekan. Bimbang kalau dia hadapi stres yang melampau, akan beri kesan kepada sakitnya tu,” katanya.
Usahawanita ini ditemui sejurus pelancaran koleksi tudung terbaharu Loveta, Assyfa Manes di di Rumah Bakti Al Kausar di Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Ditanya apa inisiatif yang dilakukan sebagai cara untuk tenangkan diri, Fatimah selesa memberi ruang masa kepada diri sendiri.
“Biasanya saya akan duduk seorang diri sambil tonton video arwah. Video klip nyanyiannya pun sudah memadai. Selebihnya saya berdoa kepada Allah SWT dan pendam,”katanya lagi.
Dalam pada itu, Assyfa Manes yang hanya memakan masa 7 saat untuk digayakan tampil dengan 8 pilihan warna menarik menerusi fabrik jenis premium soft pleated chiffon.
“Sebelum ini koleksi Assyfa pernah tampil dengan koleksi rekaan Assyfa cinta yang telah mendapat permintaan tinggi. Koleksi ini pernah pernah mencatat jualan sebanyak 50,000 helai dalam tempoh sebulan.
“Justeru kami tampilkan koleksi terbaharu bagi para pelanggan yang sentiasa menantikan rekaan terkini kami,” katanya yang turut menyasarkan jualan Assyfa Manes sebanyak 70,000 helai dijual dalam tempoh sebulan.
Memilih Rumah Anak Yatim Al Kausar sebagai lokasi perlancaran, Siti Fatimah berkata dia ingin menyambung usaha murni yang pernah dilakukan penyanyi lagu Kesetiaan itu ketika hayatnya.
“Arwah pernah berkata kepada saya permulaan yang baik pasti ada kemanisan yang Allah akan berikan. Jadi saya pun ambil peluang ini dan meraikan bersama anak-anak yatim. Dalam majlis ini juga saya adakan bacaan yaasin untuk arwah.
“Antara sebab lain saya adakan disini juga adalah kerana saya belum dikurniakan zuriat, sekurang-kurangnya anak-anak ini boleh mendoakan saya semoga perniagaan terus maju dan memiliki cahaya mata.” Katanya.
Di dalam majlis sama, program dimeriahkan dengan menyantuni penghuni perempuan menerusi sesi makeover dan tatarias.
Seramai 15 kanak-kanak dan remaja perempuan berusia antara 10 hingga 17 tahun diberi sentuhan jurusolek menggayakan koleksi persalinan serta tudung Loveta.
Siti Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 meninggalkan suami yang juga penyampai radio, Shuib dan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tampil Hijab Penuh di Milan Fashion Week, “Saya Rasa Bangga, Dapat Bawa Gaya Hijab Penuh Ke Ruang Fesyen Antarabangsa.” Penampilan Neelofa Cetus Sensasi
Tidak dinafikan, antara fokus yang sering dikaitkan dengan Neelofa dan fesyen adalah hal berkaitan stail hijab yang digayakannya saat menghadiri acara-acara besar atau ketika berpergian ke luar negara.
Lalu, penampilan hos dan pengusaha Naelofar Hijab berusia 30 tahun itu menjadi bualan ramai, terutama peminat dunia fesyen.
Misalnya gaya serta penampilan Neelofa yang dilihat mengenakan hijab penuh ketika menghadiri pertunjukan fesyen MaxMara di Milan, Itali baru-baru ini mencetuskan sensasi di media sosial.
Rata-rata peminat dan pencinta fesyen hijab memberi reaksi positif serta memuji penampilan figura jelita asal Kelantan ini.
“Sekitar setahun lalu, saya tampil dengan imej turban setiap kali berjumpa individu fesyen penting di luar negara kerana mahu memperkenalkan kepada mereka yang wanita berhijab juga mampu melaram dan kelihatan bergaya.
“Saya tahu, jika mengenakan tudung dengan gaya normal, saya sukar diterima di sana. Disebabkan hal itu, saya cuba tampil dengan stail kreatif ketika berada di luar negara,” kata Neelofa kepada MH.
Bagaimanapun, bagai memberi satu kelainan, Neelofa tampil ‘wow’ dengam mengenakan gaya dalam hijab penuh polos putih sedondon sut yang digayakan.
“Namun, ketika menghadiri pertunjukan fesyen MaxMara sebagai satu-satunya tetamu yang mengenakan hijab penuh, dan diminta bergambar oleh beberapa jurugambar, saya berasa hajat saya untuk membawa stail hijab penuh ke luar negara telah terlaksana.
“Saya berasa bangga. Bukan kerana dapat menghadiri majlis fesyen, tetapi dapat membawa gaya hijab penuh ke ruang fesyen antarabangsa.” katanya optimis.
Neelofa sebelum ini turut berada di New York bagi memenuhi undangan beberapa label fesyen di sana untuk menonton koleksi fesyen terkini bersempena dengan Minggu Fesyen New York.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI