Penyanyi dan pelakon Ande Bernadee telah membuat satu laporan polis berhubung satu kes pecah amanah membabitkan rakan baiknya yang didakwa tidak bersikap jujur sehingga mengalami kerugian wang ringgit kira-kira RM70,000.
Berikutan insiden yang berlaku itu, rakan penyanyi, Amir Hasan telah mangsa apabila ada yang membuat tuduhan dengan mendakwa bintang remaja tersebut sebagai individu yang dimaksudkan.
Difahamkan, tuduhan tersebut mulai tular selepas seorang penguna akaun TikTok didakwa seolah-olah menuduh Amir sebagai individy yang telah ‘mencuri duit’ penyanyi lagu Satu Peluang itu.
Perkara tersebut sekali gus membuatkan media sosial Amir atau nama sebenarnya Amir Abu Hasan turut menerima tempias atas hal yang berasas itu.
Bagaimanapun, syarikat rakaman Warner Music Malaysia sebagai label pengurusan kepada Andi dan Amir tampil memaklumkan, Amir tidak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kes berkenaan.
“Kes tuduhan terhadap Amir Hasan ini mula tular di TikTok apabila seorang pengguna TikTok telah menuduh Amir Hasan sebagai rakan yang telah ‘mencuri’ duit Andi dan akaun Instagram Amir telah diserang oleh sebilangan netizen yang tidak bertanggungjawab.
“Dengan kenyataan ini, kami ingin menafikan penglibatan Amir Hasan terhadap kes ini seperti yang telah dituduh oleh sebilangan netizen,” tulis kenyataan terbabit.
Terdahulu, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile telah membuat satu laporan terhadap kes pecah amanah tersebut di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, pagi Rabu.
Foto: Instagram Andi Bernadee, Amir Hasan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI