Pelakon Farah Nabilah akhirnya berkongsi nama anak sulungnya iaitu Andre Omar Mohamed Amirul selepas hampir seminggu kelahiran.
Perkata tersebut dimaklumkan bintang berusia 28 tahun itu menerusi Instagram.
“My precious, Andre Omar bin Mohamed Amirul,” tulisnya sambil berseloroh dengan keadaan pipi bayinya yang tembam.
Terdahulu, Farah dan suami yang juga juruterbang, Mohammed Amirul Yunus selamat diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Hotel Royale Chulan Damansara.
Foto: Instagram Farah Nabila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Berhenti Jadi Tuhan…,”- Nama Trending Di Twitter, Anak Azhar Sulaiman Dikritik Gara-Gara Rakam Video Tik Tok Dalam Kelas?
Tidak semena-mena, nama anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona hangat diperkatakan sehingga trending di platform media sosial sejak semalam.
Ia susulan selepas ada individu yang bertindak memuat naik sebuah tweet memaklumkan bahawa dia kurang selesa melihat Leona yang sering merakam video Tik Tok di mana-mana sahaja dia berada termasuklah ketika di dalam kelas.
“Anak Azhar Sulaiman doing tiktok all the time, everywhere, even in a class and i be like- girl can u just be a normal one…?” tulis individu berkenaan.
Melihat posting tersebut ini respon balas yang diberikan oleh anak gadis berusia 18 tahun itu.
“The tiktoks youu see are either during free time or before/after the lesson. Why would i make tiktoks if it made my teacher and classmates uncomfortable, they literally don’t mind and they also join it occasionally
“Btw I have a name haha if you wanna talk about me next time, make sure to mention LEONA or don’t talk about me at all. So brave to talk but too pussy to be confronted.
“Im so touched and flattered by all the nice comments. I don’t really talk about it but it’s been really tiring to have my notifications flooded with hate everyday so this feels like a nice break.
“And stop playing god as if you know your sins so well to remind other people about theirs. What, do you keep a point system? Tiktok – 100 points, middle finger – 200 points ?
“And you? Your sins? Or are you just keeping track of mine because you feel a sense of duty?,” katanya lagi.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Leona menerusi akaun Twitter miliknya.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Leona supaya tidak mempedulikan komen-komen negatif tersebut.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
NU Ideaktiv, EML Bergabung Meterai MoU Kuasai Segmen Pengiklanan PKS
Syarikat media, NU Ideaktiv Sdn Bhd (NU Ideaktiv) dan Enrichment Media Lab (EML) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menyediakan lebih banyak ruang dan peluang untuk segmen pengiklanan media bagi memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada Khamis.
Ketua Pegawaai Eksekutif NU Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, dengan termeterai kerjasama itu, EML akan bertindak sebagai rakan pakar media yang menyediakan perkhidmatan dan perundingan untuk pakej pemasaran serta pengiklanan eksklusif bagi segmen PKS.
“Agensi media itu berpengalaman dalam pelaksanaan projek skala besar dan sederhana, banyak kerjasama yang telah dijalinkan dengan jenama terkenal dalam perniagaan PKS.
“Melihat kepakaran EML dalam segmen industri pengiklanan dan pengetahuan mereka terhadap strategi pemasaran PKS, ini satu peluang dan kelebihan bagi Nu Ideaktiv berkolaborasi untuk menguasai segmen pengiklanan media PKS,” katanya ketika berucap pada majlis Menandatangani MoU antara NU Ideaktiv dan EML yang diadakan di Shah Alam, Selangor.
Menurutnya, pengiklanan itu melibatkan industri kecantikan, kesihatan, makanan dan minuman, pakaian, perabot, pendidikan serta bimbingan.
Sementara itu, Pengarah Urusan EML, Ashraf Nasir berkata, pihaknya akan memperhalusi dan meneliti setiap harta intelek (IP) di bawah NU Ideaktiv.
“Kita akan lihat kelebihan dan cabaran yang ada untuk bantu melonjakkan jenama dan pasaran PKS.
“NU Ideaktiv mempunyai idea yang hebat, tetapi daripada segi PKS pula, mereka memerlukan pendekatan atau pengiklanan dengan cara yang berbeza kerana perniagaan dalam dunia maya ketika ini sangat kompetitif.
“Jadi kami berperanan menghubung kaitkan kelebihan IP NU Ideaktiv dan keperluan PKS untuk menjalinkan satu kolaborasi daripada segi pengiklanan dan penjenamaan,” tambahnya.
NU Ideaktiv merupakan syarikat media usahasama Astro dan Karangkraf telah ditubuhkan secara rasmi pada Mei 2018. Sebelum ini dikenali sebagai Grup Majalah Karangkraf, NU Ideaktiv memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam industri media dan peneraju dalam kandungan media berbahasa Melayu.
Memahami keperluan masyarakat Malaysia dan Nusantara yang berasal dari akar yang sama, NU Ideaktiv menawarkan kandungan 360 platform menerusi media digital, media sosial, TV, radio, media cetak eksklusif dan aplikasi.
Manakala, Enrinchment Media Lab merupakan agensi media dan penasihat jenama yang pakar dalam idea, konsep dan kajian perniagaan relevan. Berpengalaman dalam pelaksanaan projek skala besar dan sederhana dan kerjasama jenama terkenal dalam perniagaan SME.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mati-Mati Ingat Kak Haiza Tadi, Copy Habis Muka!” -Netizen Terkejut Lihat Wajah Anak Buahnya
Baru-baru ini penyanyi dangdut Haiza Hanafi atau sinonim dengan panggilan Haiza telah memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, penyanyi yang terkenal lagu Dag Dig Dug itu telah berkongsi gambar perkahwinan anak sedaranya.
“Terimalah album tradisional daripada saya Maaf ni bukan saya tapi anak buah saya.Cantiknya Kaklong…Tq @chikathedivas cantikkan anak buah mak.Love sangat.. 30.03.19”tulisnya.
Lantas, perkongsian penyanyi yang berusia 39 tahun itu telah mendapat perhatian peminat.
Lalu, peminat merasakan wajah anak sedaranya itu persis seperti wajah Haiza.
Foto : Instagram Haiza Hanafi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI