Pelakon Farah Nabilah akhirnya berkongsi nama anak sulungnya iaitu Andre Omar Mohamed Amirul selepas hampir seminggu kelahiran.
Perkata tersebut dimaklumkan bintang berusia 28 tahun itu menerusi Instagram.
“My precious, Andre Omar bin Mohamed Amirul,” tulisnya sambil berseloroh dengan keadaan pipi bayinya yang tembam.
Terdahulu, Farah dan suami yang juga juruterbang, Mohammed Amirul Yunus selamat diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Hotel Royale Chulan Damansara.
Foto: Instagram Farah Nabila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Memang Dia Tak Pernah Letak Gambar Saya Dalam IG…,” – Datin Alyah Buat ‘Pengakuan’ Fasal Suami, Ramli MS
Penyanyi Datin Alyah ada berkongsi sekeping foto bersama suami, pengarah muzik Datuk Ramli MS menerusi Instagram. Foto berkenaan dirakam ketika sambutan ulang tahun kelahiran maestro muzik berkenaan.
Menarik perhatian, penyanyi yang kini muncul menerusi single Cintaiku itu turut menulis status humor berkenaan punca suaminya itu tidak memuat naik foto mereka bersama di mana-mana platform media sosial.
“Kenal tak mamat blakang tu?? Memang jarang nampakla dia dgn saya. Kita orng selalu calling calling je. Jumpa pon senyap senyap shhhhhhhhhh jgn bilang syiapa syiapa.
“Tahun ni sempena birthday dia saya nak buat pengakuan. Sebenarnya ni laaa skandal saya slama ni… Memang dia tak pernah letak pic saya dlm ig dia dah nama ponskandal…hehehe.
“Tapi dlm fon dia byk tau pic saya sampai muntah dia tengok (Cerita kat atas tu gurau je jgn serious sgt),” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on
Melihat ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan ‘pengakuan’ bintang berkenaan dan tidak kurang yang turut mendoakan kebahagiaan kedua pasangan ini.
Sebelum ini, Datuk Ramli yang mesra disapa sebagai Tok Ram yang juga juri tetap program Gegar Vagazan turut diraikan dalam program berkenaan secara langsung.
Sekadar infomasi, Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013.
#MHvideo Ini mungkin scene yang korang tak nampak masa GV6 semalam kan? Btw, happy bday Tok Ram!
Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, November 17, 2019
Foto: Instagram Datin Alyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Ngam Bila Janda & Duda Bergabung Suara,”- Duet Fatin Afeefa & Nazim Othman, Peminat Tak Henti Kasi Usikan Nakal
Gabungan suara pelakon Fatin Afeefa dengan Nazim Othman telah mendapat perhatian netizen apabila ia dimuat naik menerusi media sosial.
Mana tidaknya, Fatin dan Nazim kelihatan seperti ‘sekepala’ dan serasi bila menyanyikan lagu Selow dengan gaya mereka tersendiri.
Video yang telah mendapat hampir setengah juta tontonan itu telah mendapat respon positif dari netizen, di Instagram Fatin.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mengusik nakal keakraban mereka bersama.
Selain itu, Fatin juga ada memuat naik gambar bersama Nazim beserta kapsyen yang ‘bersemut’.
“Putera kayangan,” tulisnya disertakan emoji berbentuk hati.
Tidak dinafikan, kedua-duanya sangat berbakat dalam nyanyian. Malah, Nazim sendiri sebelum ini pernah menghasilkan single.
Video/ Foto : Instagram Fatin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tunjuk Foto Dengan Aiman Hakim, Titip Zahirah Pada Suami; “Somebody’s Birthday…”
Aktres jelita, Zahirah Macwilson pada Selasa berkongsi foto bersama suami yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza di Insta Stories.
Menerusi foto berkenaan, ibu yang kini sedang hamil anak kedua itu mendedahkan suami tersayang bakal menyambut ulang tahun kelahiran, hari ini.
“Somebody’s birthday tomorrow,” tulisnya ringkas terhadap foto ‘wefie’ yang dirakam berdua itu.
Imbas kembali, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 selepas mengikat tali pertunangan selama lapan bulan di Perth, Australia.
Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees yang dilahirkan pada 5 Januari 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI