Pelakon Farah Nabilah akhirnya berkongsi nama anak sulungnya iaitu Andre Omar Mohamed Amirul selepas hampir seminggu kelahiran.
Perkata tersebut dimaklumkan bintang berusia 28 tahun itu menerusi Instagram.
“My precious, Andre Omar bin Mohamed Amirul,” tulisnya sambil berseloroh dengan keadaan pipi bayinya yang tembam.
Terdahulu, Farah dan suami yang juga juruterbang, Mohammed Amirul Yunus selamat diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Hotel Royale Chulan Damansara.
Foto: Instagram Farah Nabila