Pelakon, Nadzmi Adhwa, menerusi sebuah posting di Instagram memberitahu, ibunya kini dimasukkan ke hospital bagi menjalani satu pembedahan awal pagi tadi.
Menurut Nadzmi, dia berharap agar pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan ibunya itu bebas daripada sebarang masalah.
“Salam semua. Minta jasa baik kalian doakan ibu saya akan masuk ke bilik pembedahan pada pagi ini untuk major operation.
Ads
“Semoga Allah berikan kekuatan, ketenangan dan kelapangan hatinya, hapuskan segala penyakitnya dan dipermudahkan segala urusannya.
“Angah sayang mak ! Jumpa lagi 11 jam ya Kami semua tunggu mak,” tulisnya.
Difahamkan prosedur pembedahan tersebut bakal berjalan selama 11 jam.
Ads
Menerusi ruangan IG story pula , suami kepada pelakon, Ardell Aryana itu turut dilihat berkongsi suasana di hospital sebelum ibunya dimasukkan ke dalam bilik pembedahan.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dah rakan artis mendoakan semoga segala urusan sewaktu pembedahan dipermudahkan.
Malah, mereka turut berharap agar ibu kepada Nadzmi itu lekas sembuh seperti sedia kala.
Sumber: Instagram Nadzmi Adhwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Amin ada memuat naik gambar Pengarah Urusan, Air Asia Sdn. Bhd, Tan Sri Tony Fernandes di akaun Instagram miliknya.
Memurut PU Amin, foto tersebut memperlihatkan Tony sedang membaca kitab Syamail Muhammadiah yang merupakan buku hadis lengkap menceritakan mengenai keperibadian Nabi Muhammad S.A.W.
“Tony Fernandes sedang membaca dan memahami terjemahan buku ‘Syamail Muhammadiah’.
“Buku Hadis yang lengkap menceritakan tentang akhlak, kehidupan dan cantik nya penciptaan Baginda Rasulullah Saw.
“Semoga Allah membuka ruang padanya untuk berkenalan dengan Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w,” tulisnya.
Tambah PU Amin lagi, dia berharap agar foto tersebut dapat menjadi iktibar buat semua pihak untuk turut sama mempunyai minat untuk mendalami ilmu sirah Rasulullah itu.
“Semoga kita semua dapat belajar dari foto ini.
“Mengenal dan mencintai Rasulullah Saw adalah pengalaman yang cukup indah.
“Ya Rasulullah Akhlak Mu cukup indah Ya Rasulullah kami rindukan Mu,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh PU Amin selain turut memuji sifat ingin tahu yang dimiliki oleh Tony Fernandes.
Sumber: Instagram PU Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir mengakui dirinya cukup gembira dan cuba untuk menjadi versi diri sendiri yang lebih baik.
Lalu tahun ini, dia secara serius cuba mengambil inisiatif untuk menurunkan berat badan secara sihat dengan bantuan serta melakukan perawatan bersama SSKlinic.
Katanya kepada MH, perlantikannya sebagai duta pusat kesihatan itu juga secara tak langsung memberi ruang terbaik untuknya dalam mendapatkan bentuk tubuh lebih ideal.
Katanya kepada MH, dalam tempoh empat minggu sebelum ini, berat badannya berjaya susut sehingga 6 kilogram.
“Saya sangat gembira dan rasa lagi teruja apabila doktor yang pantau saya beritahu, berat saya boleh dikurangkan lagi kalau lebih berdisiplin, makan ikut waktu dan banyakkan minum air.
“Ingatkan 6 kilogram dalam tempoh sebulan itu sudah banyak, tapi katanya saya boleh turunkan lagi. InsyaAllah masih dalam proses dan kalau boleh, saya mahu miliki berat sekitar 80 kilogram, InsyaAllah,” jelas Dina optimis.
Ditanya sejauh mana kesukaran yang dihadapinya sepanjang proses untuk turunkan berat badan, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Cinta Datang Lagi ini akui dirinya amat rindukan makanan segera.
“Ya saya akui sangat rindukan ‘jajan’. Berat saya ni 20 kilogram saja, selebihnya ‘jajan’ dan cokelat,” seloroh Dina.
“Saya tak nafikan memang susah. Bila pergi kedai pada peringkat awal tu, saya ambil kemudian terfikir untuk kurus jadi terpaksa letak balik. Kena kuatkan mental.
“Formula saya ialah, gemar untuk kongsikan apa yang dilakukan sekarang dengan orang sekeliling. Jadi bila berbuat demikian, mereka akan lebih faham dan sensitif dalam soal pengambilan makanan.
“Saya bertuah kerana rakan-rakan pun menyokong. Misalnya di konti kalau kami ada buat ‘potluck’, ada yang akan bawa salad, air mineral dan sebagainya.
“Malah kalau kita terlupa, ada yang akan tegur sama ada makanan yang saya nak makan itu mengandungi gula atau sebaliknya. Mereka pula yang ingatkan, termasuklah ibu,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Dina kini sedang mencari material baru untuk single dan sebolehnya, dia cuba untuk mencari lagu berbeza dari pada yang pernah dinyanyikan sebelum ini demi mencepati cita rasa penggemar muzik semasa.
Foto: Instagram Dina Nadzir.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio Shuib Sepahtu menyifatkan penahanannya selama 23 jam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam adalah sebahagian daripada ujian dan cabaran dalam berbisnes.
Sambil menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan, suami kepada penyanyi, Siti Sarah itu memaklumkan, dia dipanggil ke suruhanjaya itu bagi membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram.
“Salam Jumaat,, Alhamdulillah,syukur,,, Terima kasih pd semua yg mendoakan sy dan isteri,,, Sy panggil utk membantu siasatan SPRM berkenaan AMLA dan terima kasih pd pihak SPRM kerana memberi layanan yg sgt baik pd sy sepanjang 23 jam siasatan.
“Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dlm bisnes, Doakan perniagaan #BubbleBee kami terus maju dan memberi manfaat pd semua org..
“U pray for the Rain,u have to deal with the mud also” @bubblebeemalaysia_hq,” tulisnya.
Rakan artis serta peminat turut memberikan sokongan serta ucapan buat bapa kepada tiga cahaya itu.
Terdahulu media melaporkan pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.
Foto: Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!