Penyanyi cilik, Angelica Petra pernah muncul dengan single pertama berjudul Selamanya Bersama yang juga lagu runut bunyi (OST) untuk filem Daddyku Gangster lebih dua tahun lalu.
Menariknya, Angelica berpeluang berduet dengan guru muziknya sendiri iaitu Mark Adam yang juga pencipta lagu tersebut.
Kini, setelah dua tahun Angelica kembali muncul semula dengan single kedua berjudul Detik.
Masih lagi mendapat sentuhan Mark, penyanyi itu mengakui Angelica merupakan seorang anak murid yang mempunyai potensi yang sangat besar dalam bidang nyanyian.
“Ketika mengajarnya, saya melihat kelebihan Angelica menyanyikan beberapa genre lagu di dalam kelas.
“Malah, dia merupakan pelajar yang sangat rajin yang mempunyai sikap atau keinginan yang tinggi untuk faham tentang muzik dan lagu” ujarnya.
Bercerita lebih lanjut mengenai Detik, Mark menjelaskan ia dihasilkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2021, di mana ketika itu semua orang terpaksa duduk di rumah dan dilarang untuk keluar.
Ads
“Ketika PKP berlaku, ada yang berjauhan dengan ibu bapa, saudara-mara, suami atau isteri & dan juga rakan-rakan sehingga akhirnya tercetuslah idea untuk saya menghasilkan lagu Detik.
“Lagu ini menceritakan tentang sebuah kisah persahabatan yang saling berjauhan dan timbul perasaan rindu. Apa yang ada ketika itu adalah sebuah memori dan kenangan bersama mereka,” jelasnya lagi.
Mark menambah antara keistimewaan lagu ini adalah pada lirik dan melodi, di mana ia akan membuatkan seorang akan mengalami perasaan rindu terhadap seseorang.
Dalam pada itu, Mark juga mengakui terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk sesi rakaman lagu ini bersama Angelica.
Ads
“Cabarannya adalah ketikan sesi rakaman dibuat semasa PKP. Jadi Angelica sendiri terpaksa belajar dengan beberapa cara sama ada online ataupun offline untuk untuk menghasilkan lagu ini.
“Selain itu, Angelica juga ketika itu perlu belajar genre yang baru untuk dirinya iaitu Pop Standard,” katanya.
Ads
Sementara itu, ibu Angelica juga bersyukur dan rasa bertuah apabila dapat meneruskan minat nyanyian menerusi single terbaharunya itu.
“Pengalaman pertamanya menerusi lagu Selamanya Bersama ketika usianya baru sembilan tahun telah benar-benar memberi kesan positif terhadap minatnya dengan dunia nyanyian.
“Kini pada usianya yang telah mencecah 11 tahun, saya percaya anak saya ini semakin matang serta semakin faham dengan dunia nyanyian,” jelasnya.
Dalam pada itu, Angelica kini bernaung di bawah syarikat rakaman D’Ayu Muzik yang juga telah pun menyusun jadual muzik tanpa mengganggu jadual persekolahannya.
Single Detik sudah dilancarkan pada 30 Jun lalu di semua platform digital streaming bersama Muzik Video di YouTube Channel D’Ayu Music dan turut tersenarai dalam Carta Lagu Baru Nak Up di Era.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan pelakon, Nabil Mahir mengesahkan hubungannya dengan Sarah Hildebrand sudah putus.
Malah katanya, dia sudah pun move on dengan lelaki lain.
“All i can say, its true. Memang dah putus. Dia kini sudah move on bersama lelaki lain. Baru dua minggu. Yang lain kena tanya dia sendirilah kot.
“Tapi sudah tentu ada banyak versi sebab kami akhirnya ada pandangan berbeza,” katanya yang turut mengakui sebelum ini berlaku perselisihan faham antara mereka.
“Saya mengesyaki ada sesuatu yang berlaku. Saya sudah boleh sesuatukan dalam beberapa bulan lalu. Saya dapat rasa memang wujud perasaan tersebut dan saya boleh nampak dari segi gaya bahasanya.
“Ada jarak dengan saya, keluarga saua juga. Malah ibu bapanya pun ada bertanya adakah saya okay. Tapi definitely saya tidak okay,” terangnya jujur.
Ditanya sama ada dia reda dengan apa yang berlaku, Nabil punya jawapannya sendiri.
“Bila di majlis memanglah saya nampak okay, senyum semua. Apa pun saya kena kuat. Bagi saya ambil sebagai cara Allah reply my prays sebab bila saya rasa jarak hubungan itu, saya mulai berdoa.
Kalau dia wanita yang betul dekatkanlah, kalau sebaliknya tolong berikan pentunjuk,” jelasnya lagi.
Hubungan antara Nabil dan Sarah sebelum ini menjadi tanda tanya apabila pengacara itu memadamkan semua gambar mereka berdua di laman sosial.
Foto: Instagram Sarah/Nabil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Peguam Muhammad Fadhli M. Sutris yang mewakili pasangan selebriti, Shuib dan Siti Sarah menafikan sebarang khabar angin termasuk anak guamnya yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipanggil membantu siasatan berhubung sebuah kes beberapa hari lalu.
Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Muhammad Fadhli berkata sebarang komen mengenai kes itu memang tidak dapat dikongsikan buat masa sekarang kerana boleh mengganggu proses siasatan.
“Ingin kami tekankan sekali lagi bahawa kehadiran anak guam kami hanyalah untuk membantu proses siasatan pihak SPRM sahaja. Anak guam kami sudah memberi kerjasama penuh dalam membantu siasatan terbabit.
“Tiada sebarang tangkapan mahupun permohonan reman dibuat terhadap kedua-dua anak guam seperti dilaporkan beberapa media sebelum ini. Kesemua kenyataan yang bertentangan dan tular adalah tidak benar sama sekali.
“Tujuan kenyataan kami ini adalah bagi menjawab sebarang khabar angin mahupun berita tidak sahih dan spekulasi yang tular di media sosial mahupun berita-berita yang diterbitkan di media cetak sejak kehadiran anak guam kami di pejabat SPRM pada hari Khamis lepas,” katanya.
Tambah Muhammad Fadhli lagi, sebarang komen berkenaan kehadiran dan sebab mengapa mereka hadir di pejabat SPRM tidak dapat didedahkan buat masa ini memandangkan ia masih berada di dalam peringkat siasatan SPRM.
“Seperti yang sudah kami nasihatkan dan untuk menghormati proses perundangan negara, anak guam mahupun pihak pengurusan mereka tidak digalakkan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara terbabit.
“Perkara ini amatlah penting bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak SPRM,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan pasangan selebriti terbabit telah dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh, Hafiz Mahamad menyatakan rasa syukur dan gembiranya melihat keceriaan yang terpancar daripada isteri, Syafiqah Aina.
Baru sahaja menyambut kelahiran anak kedua mereka pada 26 Julai lalu, Hafiz berkongsi perkembangan mereka sekeluarga menerusi satu hantaran terkini di Instagram.
“Saya kesian tengok Aina, hari ini baru dia start senyum dekat saya. Memang saya rasa tak kena kalau dia tak senyum, sebab senyum tu lah yang saya perlukan hari hari.
“Tapi faham sangat keadaan dia, waktu melahirkan tu memang lama dia tahan sakit & darah pun banyak keluar. Badan & mental pun tak stabil.
“Seminggu ni, memang saya & Aina banyak diam. Kurang berbual & saya kesian bila tengah malam dia kena pump susu, kadang sampai tertidur duduk.
“Saya nak ajak bergurau / bercakap pun takut, sebab setiap kali tgk muka “ini signal” tak kena ni hehe,” kongsinya jujur.
Hafiz pada masa sama turut berkongsi momen di mana dia dan isteri saling memohon maaf atas khilaf masing-masing.
“Ada 1 situasi, saya memang dah set nak berjaga malam sebab setiap 1 – 2 jam memang kena bagi susu. Ingat lagi jam 3/4am, saya boleh pula tertidur.
“Aina kejut suruh panaskan susu, saya pi dapur panaskan susu & sementara menunggu susu nak panas tu saya tertidur.
“Sedar sedar je! Bila sedar, saya tengok cawan air panas je ada, susu dah takda. Tengok tengok jam, Ya Allah aku terlajak. Perasaan waktu ni, “saya memang serba salah & rasa diri tak boleh harap.”
“Masuk je bilik, saya terus minta maaf. Bagi dia masa sikit & terus dapat whatsapp “sayang minta maaf kalau terlalu emotional lately” ni. Alhamdulilah ini yang saya nak selama berkahwin, kita tak panjangkan cerita tu tapi kita cepat berbaik.
“Harini Alhamdulilah, dia dah start senyum & nampak segar balik. Kalini punya melahirkan, sangat mencabar. Hampir seminggu dah anak ke 2 saya lahir & setiap hari kena ke klinik/hospital sebab baby kuning & kakak yang sulung tu demam.
“Apa apa pun, dia wanita. Saya dapat tahu 1 perkara, wanita selepas dia melahirkan. Macam macam perkara dia akan rasa “rasa diri dah tak cantik, badan dah hancur & lain lain.” Kalau bab emosi, itu memang tak stabil.
“Ainaa, apa pun awak rasa. Abang nak awak tahu, sampai bila bila pun awak adalah wanita yg cantik. Bukan sweet talker ni, tapi ini hakikatnya,” tulisnya lagi.