Aktres Nora Danish, menyifatkan pencapaiannya yang berusaha untuk khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang paling memberi makna.

Menurut Nora, ini adalah kali pertama dia menyertai sesi tadarus secara berkumpulan dan bersyukur kerana diberi kesempatan untuk melakukannya.

“Saya sangat bersyukur dan berdoa agar hidup (usia) ini diberkatiNya. Tiada apa yang saya harapkan lagi melainkan dapat rahmat, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Dalam pada itu, ini adalah kali pertama saya menyertai tadarus, yang mana kami berjaya khatam dalam tempoh 10 hari.

“Setiap hari, kami membaca lebih daripada 50 muka surat al-Quran. Saya kira ini adalah pencapaian yang sangat berharga dalam hidup saya.

Ads

“Kami memulakan bacaan pada hari pertama Ramadan bersama seorang ustaz hafiz dan kira-kira 30 orang sahabat lain.

“Alhamdulillah, masih istiqamah. Cuma saya minta doa dan kita sama-sama minta untuk semua kekal istiqamah. Apa yang saya cuba lakukan sekarang ialah untuk kerap hadir ke majlis ilmu,” katanya.

Anggap Hadiah Terindah Ulang Tahun Ke-43, Nora Danish Usaha Khatam al-Quran Dalam 10 Hari Anggap Hadiah Terindah Ulang Tahun Ke-43, Nora Danish Usaha Khatam al-Quran Dalam 10 Hari Anggap Hadiah Terindah Ulang Tahun Ke-43, Nora Danish Usaha Khatam al-Quran Dalam 10 Hari Anggap Hadiah Terindah Ulang Tahun Ke-43, Nora Danish Usaha Khatam al-Quran Dalam 10 Hari

Ads

Usia Bukan Penghalang Untuk Berubah

Dalam pada itu, Nora berpendapat usia bukanlah alasan untuk seseorang itu cuba mendekatkan diri kepada Allah seterusnya melakukan perubahan ke arah kebaikan.

“Walaupun usia sudah menjengah 40-an, namun belum terlambat untuk kita memaksa diri melakukan kebaikan, termasuk membaca al-Quran.

“Dalam kes saya, saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya sebelum saya meninggalkan dunia ini.

Ads

“Betul, memang belum terlambat untuk kita berusaha menjadi insan yang lebih baik.

“Saya sendiri mengaku, dahulu saya jahil, tetapi saya tetap berusaha untuk menjadi lebih baik. Allah Maha Mendengar, Allah Maha Baik.

“Jangan sesekali rasa sudah terlambat atau berputus asa. Seeloknya kita segera bertaubat kerana pengakhiran kita itu yang lebih penting,” katanya memberikan pandangan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI