Anggap Ini Perkahwinan Pertama, Elly Mazlein Umum Nikah Tahun 2020

Share

Elly Mazlein mengesahkan dirinya bakal menamatkan zaman janda dengan jejaka berusia lewat 20-an, tahun depan.

Malah katanya lagi, dia tidak sabar untuk kembali bergelar isteri dan ketika ini, dia merupakan insan yang sedang diulit bahagia.

“Boleh dikatakan saya wanita paling bahagia saat ini. Saya bersyukur dipertemukan dengan insan istimewa yang sayang kita, faham kita.

“Cuma kalau boleh, saya tidak mahu war-war kan majlis nikah secara terperinci lagi. Apa yang boleh saya katakan, insyaAllah kami akan bernikah pada tahun 2020.

“Yang pasti, saya akan kongsi dengan rakan media pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti. Tak kan buat sorok-sorok. Sudah tentu saya rancang untuk langsungkan majlis dengan lebih meriah,” selorohnya.

Terdahulu, penyanyi Bakawali ini media pada majlis sidang media program realiti Muzikal Lawak Superstar di Kuala Lumpur, pada Isnin.

Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini lebih seronok untuk menganggap perkahwinannya tidak lama lagi itu ibarat yang ‘pertama kali’ buat dirinya.

“Ketika perkahwinan terdahulu ada banyak perkara yang tidak dapat saya realisasikan kerana arwah ibu baru sahaja meninggal ketika itu.

“Jadi teringin majlis nanti meriah seperti perkahwinan selebriti lain. Saya nak jemput kawan-kawan rapat pada hari bersejarah nanti.

“Tambahan pula, ini merupakan perkahwinan pertama si dia. Jadi biarlah si dia pun merasa aura dan kegembiraan itu” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Elly diijakabulkan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Safhia Azmi, 2. Namun tanggal 15 Oktober 2015, keduanya mengambil keputusan untuk bercerai.

Foto: Instagram Elly Mazlein

Published by
Rafiq Mazlan