Anggun Jelita Pada Usia 51 Tahun, Zarina Zainuddin Kongsi Rahsia – “Sekian Lama Saya Amal Jamu, Beras Pulut Bantu Tegangkan Kulit.”

Share

Meniti usia 51 tahun, pelakon senior Zarina Zainuddin dilihat masih lagi tampak anggun dan sihat meski usianya mencecah separuh abad.

Ditanya mengenai soal penjagaan diri, Zarina mendedahkan dia mengamalkan beberapa rutin penjagaan diri sejak zaman muda.

Malah kongsinya kepada MH, jangan terlalu kedekut untuk mengeluarkan belanja untuk diri sendiri sekiranya berkemampuan.

“Dulu kita tak berduit sangat. Tapi bila sudah rezeki sikit ni, rajin-rajinkanlah manjakan diri. Tak perlulah beli yang terlalu mahal, tetapi jagalah kulit dengan produk yang baik.

“Selain daripada itu, soal penjagaan harian sajalah. Kalau ada duit, tapi kalau pemalas nak jaga diri tak guna juga.

“Saya sejak sekian lama amalkan jamu. Ibu saya ‘ratu jamu’. Sekarang saya ada cuba jamu Perawan Gold daripada keluaran D’Herbs. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan.

“Maklumlah bila sudah berumur ni, kita rasa cepat penat ditambah dengan komitmen kerja yang tak menentu,” katanya.

Zarina pada masa sama turut berkongsi, pengambilan beras pulut di dalam kehidupan seharian juga mampu membantu untuk menegang serta menghaluskan kulit wajah.

“Tapi mungkin juga ramai tak tahu, kalau amalkan ambil beras pulut, insyaAllah ia boleh membantu tegangkan kulit. Memang akan ada orang cakap nanti angin kalau sering makan pulut.

“Petuanya, sebelum ambil pulut, makanlah sesuatu utk alas perut. Selain itu, elakanlah ambilnya dalam kuantiti yang banyak. Berpada-padalah,” katanya lagi.

Published by
MH