
Isi Kandungan
ToggleJenama gaya hidup terkemuka, Amber, sekali lagi mencetus fenomena fesyen dengan pelancaran koleksi eksklusif Raya Romantics bagi menyambut Aidilfitri 2025.
Koleksi ini menggabungkan keanggunan klasik dengan sentuhan moden yang sofistikated, menawarkan gaya yang elegan dan versatil.
Gabung Gaya Klasik & Moden
Menambah daya tarikan koleksi kali ini, Amber menampikan enam wajah rasmi mereka iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish, dan Sophia Albarakbah.
Kehadiran mereka sebagai duta koleksi ini menyerlahkan lagi kemewahan dan eksklusiviti yang ditampilkan.
Setiap helaian dalam koleksi ini juga direka dengan teliti menggunakan kain kapas 100%, dihiasi sulaman floral yang indah.
Pemilihan fabrik berkualiti tinggi bukan sahaja memastikan keselesaan tetapi juga memberikan sentuhan mewah yang sesuai dengan iklim Malaysia.
Ia terdiri daripada enam rekaan pakaian lelaki dalam tiga warna setiap satu, serta sebelas rekaan pakaian wanita dalam dua warna setiap satu dan saiz yang tersedia bermula dari XS hingga 3XL.
Eksklusif di Platform Jualan Terpilih
Koleksi Raya Romantics boleh didapati secara eksklusif di beberapa lokasi pilihan, termasuk di Amber Flagship Store di Shangri-La, Kuala Lumpur, Butik Amber di Wangsa Walk Mall selain di atas talian.
Sebagai sebahagian daripada jenama di bawah Usanita, Amber komited membawa industri fesyen tempatan ke tahap lebih tinggi dengan menawarkan rekaan eksklusif yang memenuhi cita rasa masyarakat moden.
Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan menzahirkan rasa bangga dengan koleksi terbaru ini serta optimis terhadap sasaran jualan yang ditetapkan.
“Koleksi ‘Raya Romantics’ oleh Amber adalah satu manifestasi keindahan budaya dan inovasi fesyen moden.
Setiap helaian direka dengan teliti bagi memastikan bukan sahaja gaya yang memukau, tetapi juga keselesaan yang tiada tandingan.
Sebagai jenama di bawah Usanita, kami percaya dalam memperkasa jenama tempatan untuk terus bersaing dan berkembang di peringkat lebih tinggi,” katanya.
Sasar Jualan 300,000 Helai
Dengan keyakinan tinggi terhadap penerimaan koleksi ini di pasaran, Amber menyasarkan jualan sebanyak 300,000 helai untuk tahun ini.
Sasaran ini berpandukan kepada kejayaan koleksi sebelumnya serta peningkatan permintaan terhadap fesyen raya yang eksklusif dan berkualiti tinggi.
Dengan gabungan fesyen yang memukau, fabrik berkualiti tinggi, serta perincian mewah, Raya Romantics pastinya menjanjikan pengalaman berpakaian yang eksklusif dan elegan bagi setiap pemakainya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Watch on TikTok
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cess Anak Disleksia, 6 Tahun Baru Dapat Tahu,” – Qadejah Genap Usia 9 Tahun, Ucapan Shahida Buat Ramai Sentuh Hati

Genap usia 9 tahun, Datin Seri Shahida menitipkan ucapan istimewa buat anak keduanya, Qadejah El Zahra yang disifatkan sebagai anak yang sangat mudah dijaga.
Tulis Shahida di Instagram, Qadejah atau mesra disapa Cess ini seorang anak disleksia dan hanya selepas usia 6 tahun baru mereka mendapatkan rawatan.
“25/11/2010-25/11/2019. Ulang Tahun Qadejah El Zahra yg ke 9 tahun!!!(nama kakak nenek ammy yg bagi @bondarozitaibrahim ) video cess ni waktu umur 4 tahun cess suka nasihat baem!!
“Cess anak disleksia, umur 6 tahun baru dapat tahu lepas pergi test atas nasihat guru sekolah dan cess belajar di Pusat Disleksia Ampang selama 3 bulan.
“Alhamdulillah lepas usaha now cess dan boleh belajar mcm biasa,boleh baca dengan lancar dan sekolah mcm kanak2 biasa..so parents yg ada anak disleksia jgn bimbang ok…just fokus pada dia Insya Allah dia boleh belajar mcm biasa,” jelasnya.
Ulas isteri kepada pengasas produk kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ini lagi, anak perempuannya ini cukup bijak melayan sewaktu dia hamil.
“Dari mengandung, bersalin menjaga….cess anak yg sangat mudah dijaga….menyenangkan pendek kata cuma satu je suara tu nyaring (mama tahu ikut abah kan).
“Satu2 nya anak yg bila first time pergi sekolah x menangis……walaupun lepas hantar mama tinggal…..tapi juga anak yg paling suka layan mama, kalau travel cess la org paling sibuk bawa mama punya vitamin dan susu terutama time pregnant penuh beg dia dgn kita punya susu dan ubat!
“Mama doakan cess jadi anak yg solehah berjaya dunia dan akhirat….mudahan mendengar kata dan menjadi wanita yg hebat di sisi Allah SWT..dalam hidup ni x semua orang suka kita.
“Jadi teruskan hidup selagi mana kita tahu apa kita buat tu terbaik utk diri kita,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Aliff dan Shahida telah berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta seorang anak angkat.
Foto : Instagram Shahida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Peduli, Saya Buat Kerja,” – Jaafar Onn ‘Dont Care’ Kecaman, Bangga Lihat Nasi Kukus Anak Melayu Pertama di Bukit Bintang

Pelakon veteran Jaafar Onn terbuka untuk sama-sama berkongsi rezeki seterusnya membantu para usahawan untuk terus mencipta sukses dalam bidang perniagaan, khasnya menerusi platform media sosial.
Jaafar yang sinonim disapa sebagai Papa Jaafar berkata, meski dia kini meniti usia 72 tahun namun itu bukan halangan untuknya terus melakukan apa yang diminati.
“Kita ada cara kita menjual. Kita tolong Melayu sama Melayu tapi ikut saluran betul. Saya juga ingin bantu anak Melayu terus berjaya. Bukan wang ringgit yang saya kejar tapi saya ingin menyumbang sesuatu kepada orang ramai.
“Selain berlakon inilah antara perkembangan terbaharu saya. Benda yang kita suka buat, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan. Saya mengalu-alukan peminat untuk sama-sama jamu selera di sini, ” katanya.
Jaafar berkata demikian ketika ditemui pada perasmian cawangan baharu Nasi Kukus Tonggek (NKT), di Lot 10, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada masa sama, Jaafar yang kini turut aktif mempromosikan restoran berkenaan di TikTok tidak peduli jika ada komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.
“Saya tidak kekok untuk aktif dan buat ‘live’ di media sosial. Walaupun orang cakap macam-macam, saya terima seadanya. Biasalah, ada yang suka dan tidak.
“Kalau ada orang kata jangan buat ‘live’ kerana usia sudah lanjut, saya tidak peduli. Apa yang saya buat adalah kerja saya. Ia trend semasa dan rasanya tidak salah untuk saya sama-sama terlibat.
“Kalau ada orang kecam sekalipun, bagi saya, hanya satu peratus sahaja. Ada juga netizen suruh saya berehat sahaja. Namun, dalam hidup ini ada masa untuk kita berehat dan mencari duit.
“Kalau sentiasa berehat, siapa pula mahu beri kita duit untuk teruskan kelangsungan hidup? Betul tak” katanya yang turut berbangga atas perasmian cawangan NKT.
Berkongsi mengenai kejayaan jenama NKT yang kini dibuka di Bukit Bintang, Pengarah Kukus Tonggek Group Sdn Bhd, Muhammad Nur Aiman Basuni menjadi anak Melayu pertama yang membuka restoran makanan itu di lokasi tumpuan ramai itu.
Selaras dengan slogan Nasi Kukus Tonggek, iaitu Make Nasi Kukus Great Again dan sudah mempunyai 28 cawangan seluruh Malaysia, Muhammad Nur Aiman kini memasang impian untuk melebarkan sayap perniagaan ke negara seberang.
“Semua ada impian untuk meluaskan pasaran ke luar negara. Jika ada peluang itu, kita tidak menolak.
“Hari ini, impian untuk membuka cawangan Nasi Kukus Tonggek yang betul-betul berada di lokasi tumpuan orang ramai termasuk pelancong luar negara, juga tercapai dengan bantuan Papa Jaafar Onn,” katanya.
Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut termasuk isterinya, Siti Nabilah Mohamad Isa selain kehadiran pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari sebagai tanda sokongan.
Pada program sama, NKT Group M Sdn Bhd turut melancarkan Sambal Tonggek, dengan wajah Papa Jaafar pada produk pembungkusan, dan boleh didapati di semua platform atas talian.
Sambal Tonggek mudah dibawa ketika melancong ke mana-mana kerana pek kecil mesra poket, malah kandungan belacannya adalah ramuan khas yang hanya terdapat di kilang belacan Indonesia.
Muhammad Nur Aiman juga menambah dengan bantuan Papa Jaafar, Nasi Kukus Tonggek kini mempunyai lebih 134,000 pengikut di TikTok disusuli hampir 3 juta tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Haram Betul…,” – Iklan Raya Paling Seram Tahun Ini Jatuh Kepada Kuih Bangkit, Netizen Minta Buat Filem!

Walau apa yang berlaku, sambutan Aidilfitri harus disambut bersama keluarga, walaupun sudah mati.
Filem pendek, Kuih Bangkit lakonan Juara Anak Wayang, Hairi Safwan ini mendapat tontonan hampir 500,000 kali dengan 12,000 perkongsian di laman Facebook.
Disifatkan sebagai iklan raya paling seram, nyata jalan cerita yang cukup unik dan menakutkan.
Malah, dalam sisi berbeza, ia seakan memberi satu dimensi berbeza terhadap sambutan Aidilfitri di negara ini.
Lari daripada klise, netizen menerusi ruang komen meminta agar filem pendek ini digarap menjadi sebuah filem, atas faktor keunikannya itu.
Namun ada juga yang menyelar idea luar kotak ini dan menyifatkan ini bukanlah jenis perayaan yang harus ditonjolkan kepada penonton.
Bahkan ada yang beranggapan ia hanya akan memberi gambaran buruk kepada masyarakat luar.
Walau apapun, Kuih Bangkit merupakan satu karya yang punya nilai tersendiri dan cukup segar, bergantung kepada pandangan masing-masing.
Foto : Instagram Hairi Safwan, Facebook Marhaen TV
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI