Berita

Angkat Gadis Berhijab, Khadija Omar Dinobat Sebagai Miss Universe Somalia 2024

Share

Pertandingan Miss Universe pertama kali mencipta sejarah dalam 72 tahun penganjurannya apabila bakal menerima peserta berhijab pada pertandingan tahun ini.

Terbaharu, Khadija Omar, 22, telah dinobatkan sebagai Miss Universe Somalia yang pertama dan bakal mewakili negara tersebut di pentas Miss Universe 2024 yang dijangka berlangsung pada 16 November akan datang.

Pengumuman tetang pemilihan Khadija sebagai Miss Universe Somalia telah diumumkan oleh organisasi tersebut dalam satu hantaran menerusi akaun Instagram rasmi mereka.

Meninjau ke Instagram gadis manis berhijab ini, Khadija menyatakan perasaannya yang terharu dan teruja apabila dipilih sebagai wakil pertama untuk mewakili negara kelahirannya.

“Hati saya berasa sangat gembira saat ini. Bertanding di Miss Universe adalah impian saya dan kini ia menjadi kenyataan. Rasa seperti tidak percaya saya mewakili negara saya.

“Beberapa hari kebelakangan ini terasa cukup beremosi. Saya sangat teruja untuk membawa peluang ini dan menunjukkan kepada dunia siapa saya, dari mana saya datang dan apa pendirian saya,” ujarnya apabila dipilih.

Walaupun begitu, ini bukanlah pertama kali Khadija menyertai pertandingan ratu cantik. Pada 2021 dia pernah mewakili Somalia di pentas Miss World dan berakhir sebagai 13 finalis terbaik.

BACA JUGA: Tepati Ramalan! Sandra Lim Dinobat Sebagai Miss Universe Malaysia 2024

Kemudian, tahun ini dia yang merupakan penduduk tetap Kanada turut menyertai Miss Universe Canada 2024 dan berjaya bergelar pemenang tempat keempat selain memenangi Most Photogenic Award

.

“Saya bersyukur untuk pengalaman dan Pelajaran yang saya peroleh daripada Miss Universe Canada. Setiap langkap telah mempersiapkan saya untuk bab seterusnya. Saya bersedia dengan sepenuh hati,” kongsinya lagi.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
Fiezreen