Hiburan

Angkat Kisah Komuniti India Di Malaysia, Jom Usha Filem & Program TV Terbaik Denes Kumar

Share

Buat penggemar filem tamil tempatan, nama Denes Kumar bukanlah satu yang asing.  

Denes merupakan antara pelakon, pengarah dan penerbit terkenal yang telah menghasilkan pelbagai naskhah hebat dan yang paling sukses sudah tentulah filem trilogi Vilaiyaatu Pasange, Vetti Pasanga dan Vedigundu Pasangge. 

Apa yang menarik perhatian MH adalah kemampuan Denes untuk menggarab filem-filem yang sangat dekat dengan masyarakat terutamanya buat bangsa India. 

Menerusi tiga filem ini juga, pengarah berusia 42 tahun ini ingin menekankan bahawa ilmu sememangnya sangat penting dan akan mempengaruhi pemilihan hidup seseorang. 

Malah, Denes juga mahu mengubah stereotaip bahawa kaum India sering terlibat dengan gejala jenayah. Menurutnya, masalah jenayah ini bermula kerana salah memilih rakan dan pergaulan yang terlalu bebas.

Pada masa sama, bapa kepada dua orang cahaya mata ini ingin memaparkan realiti bahawa tidak semua wanita mampu menjadi ibu yang baik dalam mendidik anak-anak.  

Selepas sukses menerusi tiga filem ini, Denes meneruskan kesinambungan dengan menghasilkan drama siri Pasanga yang kini sudah memasuki musim kedua. 

Bukan setakat itu, Denes juga dikira bertuah selepas terpilih untuk mengacarakan sebuah program travelogue yang berjudul ‘KL 2 Karaikudi’. 

Dalam program ini, Denes harus mengembara sehingga ke negara India dengan menaiki motosikal berkuasa besar bersama rakan pengacara wanita daripada Singapura. 

Penggambaran yang memakan masa selama 100 hari ini memaparkan keindahan sepanjang perjalanan menuju ke India. 

Pada masa sama, Denes sempat berseloroh bahawa program ini sedikit sebanyak membuatkan isterinya berasa cemburu. 

Berkongsi mengenai program menarik yang boleh ditonton di aplikasi Astro Go dan sooka, Denes menyarankan untuk menonton program paranormal, Pei Vettai dan drama Mente dan Tamiletchumy.

Menurut Denes, ke semua program ini mempunyai kualiti yang sangat baik dan sesuai ditonton bersama keluarga. 

Dalam pada itu, Denes turut memaklumkan dirinya juga suka menonton program-program berbahasa Melayu yang ditayangkan di Astro Go dan sooka, seperti Travel Lawak Projek Bapak-Bapak. 

Menurut Denes, program seperti ini sememang sangat menghiburkan lebih-lebih lagi apabila dapat bercuti dan melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama rakan-rakan baik. 

Katanya lagi, dia juga berkemungkinan akan melakukan hal-hal yang sama ketika menginjak usia sebegitu nanti. 

Malah, Denes yang juga merupakan penyanyi turut mengagumi kebolehan artis-artis tempatan yang bersaing di program The Hardest Singing Show. 

Jelas Denes, para artis ini sanggup mengambil risiko demi menampilkan persembahan luar biasa. 

Katanya, sekiranya usianya masih muda, berkemungkinan besar dia juga akan sertai program berkenaan. 

Terdahulu, jika anda ingin menonton drama atau program tv yang dicadangkan oleh Denes itu, jom usha secara On Demand dan strim di Astro Go dan sooka, bila – bila masa dan di mana sahaja korang berada.   

Bukan setakat itu, korang juga boleh mengimbau nostalgia dengan menonton program-program terbaik yang pernah disiarkan di platform Astro dan sooka. Jom usha sekarang.  

Saksikan video penuh temu bual Denes Kumar ini di saluran Youtube Astro Malaysia.

 

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Published by
Aizam Manaf