Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2024 kembali lagi untuk memberikan pengiktirafan sekali gus meraikan para penggiat seni dan pembikin konten yang selama ini tak pernah putus menyajikan pelbagai karya dan kandungan menarik buat peminat.
Memasuki edisi ketiga penganjuran, GMWA2024 kali ini bakal mengangkat tema ‘Flex Your Art’ sebagai simbolik kepada kebebasan dalam berkarya.
Gambaran Semangat Finalis
Menurut Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah, tema ini sebagai gambaran kepada semangat yang dipamerkan para finalis GMWA 2024 yang berani mencipta kelainan demi menghasilkan pelbagai karya dan kandungan yang mampu mencipta impak.
“Kami merasakan tema ini mewakili barisan calon GMWA2024 atas dasar keberanian mereka yang berani mengekspresikan diri secara positif.
“Mereka juga memberikan keyakinan dan menampilkan nilai-nilai yang sangat unik kepada para pengikut untuk berkongsi pelbagai kandungan tanpa batasan.
“Jadi, ‘flex your art’ dan tunjukkan seni anda kerana kita semua percaya disebalik setiap trend itu ada seninya,” katanya.
Syazwan berkata demikian pada sidang media dan pengumuman Top 5 GMWA2024 di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur ada Rabu.
Dalam pada itu, Ketua Kandungan Astro Gempak, Nazihah Dalhar pula menjelaskan, tema berkenaan juga bukan sahaja boleh diterjemahkan menerusi fesyen dan kandungan digital semata-mata, tetapi turut merangkumi pembinaan pentas utama.
Ads
“Seperti yang kita umumkan, GMWA2024 berkolaborasi dengan visual artis tempatan, Fritilldea.
“Jadi dia akan membantu kita merialisasikan tema ‘flex your art’ dengan sebaik mungkin, bukan sahaja dari segi visual tetapi untuk keseluruhan set”, katanya.
Malah, elemen seni ini juga digarapkan dalam kesemua persembahan pada malam kemuncak, termasuk penampilan bintang popular dari Indonesia sebagai kejutan.
“Kami kekal dengan ‘DNA’ kami iaitu untuk mempersembahkan lagu-lagu yang trending tetapi sudah tentu dalam persembahan tersebut kita akan bawakan juga elemen seni.
“Kesemua itu adalah kejutan dan tidak tak boleh nak maklumkan sekarang. Pada masa sama, kami juga teruja kerana berpeluang untuk mendapatkan nama-nama besar.
“Saya pasti ramai yang tertunggu-tunggu siapakan kejutan yang akan kita bawakan nanti. Ada tiga lagi nama yang kita tidak umumkan,” katanya lagi.
Ads
Tiga Kategori Baharu & Anugerah Keluangman Of The Year
Dalam pada itu, Syazwan turut mengulas mengenai penambahan beberapa kategori baharu GMWA 2024.
“Kategori baharu yang diperkenalkan adalah Digital Creator (Foodie) Tergempak, Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak dan Program Digital Tergempak.
“Jadi, kita ‘pecahkan’ digital creator itu supaya ia lebih fokus seterusnya mengiktiraf lebih ramai pembikin konten berkualiti,” katanya lagi.
Nazihah pula menambah, Anugerah Keluangman Of The Year turut diperkenalkan bagi memberikan penghargaan buat individu yang banyak berjasa kepada komuniti.
“Itu adalah kolaborasi kami bersama filem Keluangman yang akan ditayangkan pada tahun ini. Dalam kategori ini, kita ada lapan calon.
Ads
“Mereka ini memang mengangkat tema dan ciri-ciri Keluangman iaitu seorang superhero yang banyak berjasa kepada komuniti. Mereka tiada apa-apa yang istimewa tapi tetap membantu orang,” kongsinya lagi.
Tiga Hos Bakal Gamatkan GMWA2024
Ditanya mengenai hos GMWA2024 yang akan dikendalikan secara trio oleh Sean Lee, Amelia Henderson dan Sherry Al Hadad, Syazwan tidak menafikan keserasian yang wujud di antara mereka bertiga.
“Ramai yang beri reaksi baik susulan keserasian mereka bertiga di atas pentas. Sean Lee dan Amelia memang pengacara program berkenaan secara mingguan.
“Malah tahun lalu kita bawakan Sherry dan Zizan sebagai melengkapkan tema Y2K. Jadi bila nilai semula, kami merasakan kombinasi ini sangat menarik.
“Ketiga-tiga mereka juga mempunyai pengikut yang tersendiri dan sangat positif. Kita bukan tak mahu bawa Zizan tetapi dia akan terlibat dalam persembahan.
“Sebagai pembaharuan tahun demi tahun, sudah pasti ada perkara yang kita kekalkan dan perbaharui demi yang terbaik,” katanya lagi.
GMWA2024 bakal berlangsung pada 23 Febuari ini di Auditorium MBSA, Shah Alam.
GMWA2024 bakal ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria serta platform penstriman Astro Go dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dilabel hipokrit serta memandang rendah kerjaya anak seni gara-gara mengenakan hijab di majlis preview berbuka puasa, pelakon terkenal, Fasha Sandha tampil memberikan reaksinya berhubung komen-komen negatif netizen.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Fasha berkata, orang luar bebas untuk bercakap apa sahaja tetapi tidak perlulah sehingga menyentuh soal punca rezekinya.
“Dah lama tak tulis panjang-panjang. Hari ni rasa nak tulis bila terbaca ‘Hipokrit’ dan ‘Nama pun pelakon…’ lepas posting saya mengenakan hijab ke majlis preview berbuka puasa semalam.
“First of all, terima kasih followers kesayangan, keluarga teman media, peminat, sahabat yang berfikiran positive dan mendoakan yang baik-baik dan tidak pernah judge saya.
“Untuk yang menghina pun , saya ucapkan terima kasih. Nak hina berbakul-bakul pun silakan. Cuma jangan libatkan kerjaya saya sebab saya pun mencari rezeki seperti kalian,” katanya.
Katanya lagi, sebagai manusia biasa, dia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan namun, dia tetap berusaha berubah ke arah yang lebih baik.
Pada masa sama, Fasha memaklumkan penampilannya ketika di luar haruslah mengikut kesesuaian program yang akan dihadirinya.
“Ya, saya hanyalah insan yang tidak sempurna, banyak kekhilafan dan kekurangan. Ya, kerana saya tiada pangkat dan darjat, saya bukanlah level kayangan. Jadi anda boleh menghukum saya kerana saya tidak berhijab?
“Kerjaya saya adalah pelakon dan duta produk, ianya adalah kerjaya saya tapi bukan bererti saya milik masyarakat.
“Jangan senang untuk melabel saya ‘hipokrit’ hanya kerana saya berhijab ke majlis tertentu. Saya yakin ramai lagi wanita yang free hair yang melakukan perkara yang sama seperti saya. Cuma bukan bererti yang telah berhijab boleh menghina kami sebegitu,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon filem Anak Mami Kembali ini juga merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.
“Saya tidak perlu jelaskan satu persatu kenapa itu kenapa ini, sebab i don’t owe any explanation to anyone accept to my family, my inner circle and Allah.
“Lastly, terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik buat saya dan keluarga dan semoga yang baik-baik berbalik pada kalian juga. Aku seorang pendosa,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Fasha agar tidak menghiraukan komen-komen negatif tersebut.
“Berhijab tak sementinya akhlak baik. Woman support woman. Bukan menghina.
Abaikan sahaja orang-orang toksik.
“Saya mendoakan yang terbaik buat Fasha. Idola saya daripada dulu.
“Abaikan vibes negatif ni. Yang penting rezeki yang kita cari itu halal. Be strong sis.
“Manusia senang menjatuh hukum kepada manusia lain. Sedang diri mereka tak sempurna mana. Jaga diri sendiri sudah. Sibuk dosa pahala orang lain kenapa?,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu baru-baru ini pula, penampilan Fasha sewaktu berkongsi video sedang bersenam di Instagram dikritik netizen gara-gara bajunya yang dikatakan agak ketat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Bunga Isme berkongsi berita gembira dan syukur apabila berjaya memiliki rumah pada usia 21 tahun.
Baru beberapa tahun terjun secara serius dalam industri seni, Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari berkongsi beberapa foto berkaitan menerusi hantaran di Instagram buat tatapan peminat.
Seperti yang diketahui, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada jam 6.21 pagi, hari ini.
Bukan itu sahaja, khabar gembira itu disambut baik oleh rakan selebriti serta peminat.
Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada menitipkan ucapan tahniah kepada penyanyi yang sinonim dengan lagu Comel Pipi Merah itu.
“Assalamualaikum Siti, saya ucap tahniah kerana dapat lahir anak yang kedua. Saya harap Siti dan juga anak dikurniakan segala kebaikan oleh Allah SWT. Tahniah Siti,” katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman media sosial Twitter.
Assalamualaikum Siti @CTNurhaliza11, saya ucap tahniah atas kelahiran anak yang kedua. Diharap Siti dan anak dikurniakan kebaikan oleh Allah SWT.
Sekadar informasi, Siti selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Imbas kembali, Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan selamat bergelar ibu selepas melahirkan puteri sulung, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.
Foto: Twitter Tun Dr. Mahathir Mohamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Bollywood, Saif Ali Khan dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mengalami kecederaan parah akibat tikaman dalam satu insiden pergelutan dengan seorang penceroboh...