Filem Imam Tanpa Makmum adalah sebuah filem romantik komedi terbitan produksi Indonesia, Syakir Pictures dengan kerjasama Onprima Studio.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Onprima Studio, Mohd Shahir Sulaiman, pihaknya memilih untuk menjalinkan kerjasama ini kerana melihat Syakir Pictures memiliki misi dan visi yang sama dengan pihaknya iaitu ingin memartabatkan karya Nusantara ke peringkat yang lebih tinggi.

“Pihak kami amat berbesar hati dapat bersama-sama dengan Syakir Pictures menerusi karya yang disifatkan agak berbeza daripada kebanyakan karya seberang apatah lagi ia diarahkan oleh anak muda yang saya lihat mempunyai masa depan cukup cerah.

“Diharap kerjasama ini akan berterusan untuk projek yang akan datang dengan lebih banyak genre filem. Saya percaya kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penonton menerusi karya yang ditampilkan tetapi juga buat seluruh warga industri perfileman tanah air,” katanya.

Mengangkat tema nikah muda, filem Imam Tanpa Makmum terbitan dan arahan aktor Syakir Daulay ini agak berbeza daripada kebanyakan naskhah dari negara seberang itu.

Tidak hanya sebagai pengarah dan penerbit, Syakir yang baru berusia 21 tahun juga memegang watak utama sebagai Imam dalam karya yang menelan kos penerbitan sekitar RM1.4 juta itu.

Ads

Memikul begitu banyak tanggungjawab, Syakir mengakui terdapat banyak cabaran yang terpaksa dihadapi, namun demi merealisasikan impiannya, pelakon muda ini berani mengambil langkah untuk maju ke depan.

“Begitu banyak cabaran dan ramai juga yang menentang terutama keluarga. Kebanyakan mereka tidak yakin apakah anak muda seperti saya  mampu membawa pulangan yang begitu banyak? Tetapi saya percaya apa yang diusahakan pasti akan membuahkan hasil. Tiada usaha yang sia-sia,” kata Syakir.

Angkat Tema Nikah Muda, Imam Tanpa Makmum Bawa Penonton Lihat Alam Perkahwinan Dengan Pandangan BerbezaAngkat Tema Nikah Muda, Imam Tanpa Makmum Bawa Penonton Lihat Alam Perkahwinan Dengan Pandangan Berbeza Angkat Tema Nikah Muda, Imam Tanpa Makmum Bawa Penonton Lihat Alam Perkahwinan Dengan Pandangan Berbeza Angkat Tema Nikah Muda, Imam Tanpa Makmum Bawa Penonton Lihat Alam Perkahwinan Dengan Pandangan Berbeza

Ads

Menyentuh tentang tema perkahwinan muda, menurut Syakir filem yang telah ditayangkan di Indonesia pada 19 Oktober lalu itu akan membuatkan penonton melihat alam perkahwinan dengan pandangan yang berbeza.

Ia mengisahkan tentang kisah Imam (Syakir Daulay) yang terpaksa mencari calon isteri selepas ibunya (Cut Mini Theo) memintanya untuk segera berkahwin. Meskipun hatinya enggan berkahwin muda, Imam seorang anak yang begitu patuh pada permintaan ibunya.

Pertemuannya dengan Naira (Vonny Felicia), seorang pemain biola yang mempunyai rumah singgah untuk anak jalanan telah membuatkan Imam jatuh cinta. Sayangnya, ibu Imam menentang keras hubungan mereka kerana kehidupan malam Naira.

Ads

Sementara itu, pada masa yang sama seorang gadis bernama Zahra (Rayisa Nayla Salwa) yang merupakan pelajar pesantren (sekolah agama) telah bersedia untuk menjadi isteri Imam. Di manakah perjalanan Imam berakhir? Apakah ibunya bersetuju akan hubungannya bersama Naira atau memaksanya untuk bersama Zahra?

Filem Imam Tanpa Makmum akan mula ditayangkan dipawagam seluruh negara bermula 30 November 2023.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI