Categories: Berita

“Angkatlah Beban Kesedihan & Keperitan Maha Berat Ini,” – Doa Chef Zam Buat Arwah Ibu Yang Telah Pergi Mengadap Illahi Ahad Lalu

Share

Personaliti masakan terkenal, Chef Zam ada menitipkan doa buat allahyarham ibunya, Chick Binti Minah yang telah kebali ke rahmatullah pada Ahad lalu.

Di dalam doanya itu, Chef Zam memohon agar ibunya ditempatkan di syurga selain turut mendoakan agar dia dan keluarga diberi kekuatan untuk menempuh dugaan ini.

“Ya Allah Ya Tuhanku jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya keramat hidup ku dan berilah kesabaran kepada aku dan ahli keluarga ku.

“Semoga roh Ma yang menjadi darah daging ku di tempatkan di Jannah tanpa hisab bersama para Syuhada.

“Ya Allah Tuhan yang Maha Esa, angkatlah bebanan kesedihan & keperitan maha berat ini dari hidupku, kurniakan aku kesabaran yang tinggi.

“Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuan Mu ya Allah. Ameeen YRA,” tulisnya.

Rasa sedih tersebut dikongsikan Chef Zam menerusi akaun Instagram miliknya.

Menurut Chef Zam lagi, meski dugaan ini amat berat baginya, namun dia tetap reda dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah selain turut berdoa agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.

Terdahulu, Allahyarham Chik Minah yang menghidap Pneumonia sebelum ini telah dirawat di hospital dan sentiasa ditemani oleh Chef Zam dan anak saudaranya.

Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara.

Sumber: Instagram Chef Zam

Published by
Aizam Manaf