Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran penularan wabak COVID-19, kebanyakkan lokasi dan premis diarahkan untuk ditutup buat sementara waktu termasuklah rumah ibadat seperti masjid, gereja, kuil dan sebagainya.
Lantaran itu, pelakon dan usahawan, Zoey Rahman ada berkongsi sebuah video yang sempat dirakam sewaktu pihak masjid di kawasan perumahannya membuat pengumuman supaya para jemaah tidak perlu datang ke masjid dan hanya menunaikan solat jemaah di rumah.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi pembesar suara masjid yang turut boleh didengari penduduk sekitarnya.
“Ya Allah, maafkan kami, angkatlah wabak ini dari kami,” tulisnya ringkas.
Video yang dikongsi dilaman Twitter itu menghadirkan rasa sayu di kalangan netizen.
Selain turut bersedih, rata-rata netizen turut menitipkan doa supaya wabak ini berakhir segara seterusnya berdoa agar segala aktiviti harian dapat dijalankan seperti biasa.
Bermula hari ini, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mengurangkan pergerakan terutamanya aktiviti luar sebagai langkah pencegahan untuk membendung wabak COVID-19 daripada terus merebak.
Sumber: Twitter Zoey Rahman