“Sebenarnya ada yang cadangkan saya untuk lakukan prosedur kecantikan dan bayar secara ansuran bulanan. Tapi saya tiada keinginan lagi untuk berbuat demikian.”
Itu pendirian penyanyi dan usahawan, Ani Maiyuni yang mengakui pernah mendapat tawaran untuk melakukan prosedur rawatan kecantikan moden termasuk pembedahan bariatrik (potong usus) sebelum ini.
Menurut Ani, 45, buat masa sekarang dia lebih senang untuk menjalani gaya hidup sihat namun menghormati setiap pandangan orang.
“Bagi saya bila usia kita makin bertambah dan kita pula buat prosedur hanya semata-mata nak kurus, rasa takutlah pula nak buat. Saya pun bukannya muda lagi. Untuk saya kalau nak diet, biarlah secara alami.
“Meski lambat tapi tak beri kesan pada jangka masa panjang. Dalam usia saya yang begini, tak tahu apa yang akan jadi di kemudian hari. Apa pun, saya hormati pendirian masing-masing,” katanya kepada MH.
Ani berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk minuman, Ellojoy Sacha Inchi di Shah Alam, pada Sabtu.
Ditanya sejauh mana minatnya untuk melakukan rawatan kecantikan pada bahagian wajah, penyanyi lagu Sedap ini mengakui dia tidak pernah terfikir untuk berbuat demikian.
Ads
“Saya tak mudah terpengaruh dalam bab-bab macam ni. Daripada dulu pun, kalau ada yang suruh saya cucuk hidung untuk bagi mancung, saya tak terfikir nak buat. Kita makin hari makin tua, soal rawatan semasa mesti nak kena jaga juga.
“Kalau ada kedut-kedut itu biasalah. Sudah namanya faktor umur, nak buat macam mana? Dekat 30 tahun dalam industri, Lillahi Ta’ala saya memang tak pernah cucuk muka. Kalau pergi lakukan facial di spa itu pernah lah.
“Botox ke… filler ke tak pernah. Gigi kakak jarang pun tak pernah buat lagi dik. Pernah ada yang nak taja saya buang ‘kelopak bunga’ pada hidung, tapi tak mengapalah. Lagi pun saya takut dengan rasa sakit,” katanya lagi.
Sementara itu, Ani yang juga rakan niaga kepada minuman Ellojoy Sacha Inci turut mengajak peminat kopi supaya bijak membuat pilihan.
“Kita tahu ada yang pandang minuman berjenama dan ikut trend, cuma pada saya apa yang utama ialah kita terlebih dulu perlu tahu akan khasiat kopi yang diminum serta adakah ia menawarkan harga yang berbaloi.
“Kalau ikut trend memang ada kopi yang harga ‘kayangan’, tapi apakah bahan serta jenis kopi yang digunakan kadang kala sukar diketahui. Ellojoy misalnya mengandungi bahan utama iaitu serbuk Kopi Arabika, serbuk sacha inchi, ekstrak halia hitam dan cendawan susu harimau.
“Sebelum setuju menjadi rakan niaga, saya sendiri dan keluarga sudah mula minum kopi ini sejak April lalu dan Alhamdulillah memberikan kesan yang baik dalam gaya hidup saya,” katanya.
Ellojoy Sacha Inchi sudah berada di pasaran sejak April lalu dan dijangka mencapai jualan mencecah setengah juta kotak sehingga 2024.
Ads
Minuman berkenaan dijual dengan harga pasaran RM39.90 sekotak namun kini hanya RM25 sepanjang tempoh promosi dan boleh didapati secara eksklusif melalui U-Joy, Master U-Joy dan secara online.
Lebih menarik Ellojoy Sacha Inchi juga menawarkan peluang pendapatan kepada mereka yang berminat dan ia selari dengan pegangan syarikat itu iaitu Success Together, bersama-sama mencipta kejayaan dalam perniagaan.
Produk yang turut mendapat pensijilan halal dan pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) itu pernah diperkenalkan di pasaran antarabangsa pada World Halal Business Conference 2023 baru-baru ini.
Selain Ani, turut diperkenalkan sebagai rakan produk Ellojoy Sacha Inchi ialah pempengaruh, Joe Aziz.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Nadzmi Adhwa, mengakui berasa amat sedih apabila mendedahkan akaun Instagram bisnesnya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Jelas Nadzmi, dia bersama isteri yang juga merupakan pelakon, Ardell Aryana berasa agak ralat apabila mengenangkan mengenai penat lelah mereka membangunkan akaun tersebut sejak lima tahun yang lalu.
“5 tahun berusaha naikkan Instagram AlwadelHijab , dalam masa sehari je hilang semua kena hack orang yang tak bertanggungjawab. Semoga Allah sahaja membalasnya.
“Sedih sangat jadi macamni. Dah la pkp. Terpaksa mula semuanya dari awal. Ada hikmah Allah dugaa sebab sayang. Terima kasih ada bersama saya susah senang @ardellaryana .
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Busut Bonang itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Nadzmi turut menitipkan ucapan penghargaan kepada isterinya yang setia berada di sisinya dikala waktu sukar ni.
Dalam pada itu, Nadzmi turut memaklumkan dia juga telah mencipta sebuah akaun baru bagi menggantikan akaun yang telah digodam itu.
Kepada customer customer yang sentiasa setia dan support kami saya ucapkan banyak terima kasih. Boleh follow IG baru @alwadelhijabhq ya,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati selain turut memberikan kata-kata semangat buat Nadzmi dan juga Ardell.
“Allahu, moga Allah gantikan dengan yang lebih baik. InsyaAllah, ada hikmahnya.
“Hidup penuh dengan ujian, kita terpaksa tabah hadapi walaupun pahit.
“Hmm, orang kalau dah dengki. Moga dimurahkan rezeki abang dan kakak selepas ini. InsyaAllah.
“Aduh, kesiannya. Tak mengapa, semoga Allah membalas kepada orang yang buat macam tu. Moga terus sukses,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Nadzmi dan Ardell telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 September 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Arwa Malaikha Urwa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi Didi Astillah tampil membidas kenyataan yang diberikan aktres, Ruhainies menerusi satu temu bual bersamanya di dalam satu acara, baru-baru ini.
Didi atau nama sebenarnya, Dayang Nazillah Awang Astillah, berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Insta Stories, hari ini.
“Malas dan penat sebenarnya bila nampak posting melibatkan dia ni. Tapi video yang baru ni memang buat saya terpanggil nak bagitahu sikit tentang kenyataan dia yang tak habis nak cakap soal ‘orang tak tahu perkara sebenar sampai sekarang pun tak tahu’.
“Tak habis-habis main sentimen tu. Meh saya ingatkan, dulu pun pernah buat statement yang sama lepas tu terus pergi umrah sebab nak tunjuk tak salah. Betul-betul Allah jawab doa kakak saya yang korang aniaya.
“Allah hantar seseorang untuk dedah perancangan jahat you. Sebab you tak terfikir WhatsApp korang akan dibaca oleh sesiapa tapi kuasa Allah tiada tandingan. Korang merancang tapi Allah yang menentukan,” tulisnya.
Malah, Didi antara lain menafikan dakwaan bahawa kakaknya, Bella Astillah terbabit dalam merancang kes tangkap khalwat yang turut membabitkan bekas abang iparnya itu.
“Tolong stop menyebarkan fitnah konon kakak saya perangkaplah (umur korang 12 tahun ke nak kena perangkap). Saya tahu awak ada dm artis dalam industri kita ni yang bergelar dato’ untuk mengutuk dan fitnah kakak saya.
“Cakap kakak saya rancanglah semua ni, eee gila ke apa nak rancang? Itu perangai awak. Ingat kakak saya nak ke anak dia kehilangan bapa?
“Lama dia bertahan sampai rujuk balik bertahan lagi 5 tahun cuba fikir? Kaki DVD betul awak ni.
“Lepas tu jumpa beberapa orang artis dan founder kilang apa semua untuk berceritakan hal ini.
“Dah macam budak sekolah nak cari orang untuk take side. Tapi macam tu lah orang salah tak tenteram sibuk nak bagitahu org walau org tak tanya. Sbb apa? Sbb salah dekkk.. Hello kenapa tak move on lagi ya?
“Siapa yang bercerai ni awak ke kakak saya? Kita kalau nak panjangkan lagi boleh je tapi come on dah nak masuk 2025 tak penat ke jadi jahat?,” jelas pelakon drama Leha, Leya, Lawa itu lagi.
Terdahulu, Ruhainies menerusi temu bual terbabit antara lain bercerita mengenai dugaan yang dilalui sepanjang tahun 2024.
Menurut Ruhainies, dia reda dengan segala yang berlaku dan mahu mulakan hidup baru.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Didi Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Syafiq Kyle berkongsi berita gembira apabila dia dan kekasih yang juga aktres, Mimi Lana bakal menamatkan zaman bujang tahun ini.
Bagaimanapun Syafiq atau nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30, berkata, tarikh hari bahagia itu belum boleh dikongsikan susulan persiapan yang masih lagi berjalan.
“Alhamdulilllah, satu persatu langkah kita sudah lakukan. ‘Menangis’ banyak juga berhabis, tetapi saya percaya bila kita mahu melakukan perkara baik, Allah SWT luaskan rezeki dan permudahkan urusan kita.
“InsyaAllah, mungkin dalam tahun ini juga. Cuma saya tak berani untuk sebut tarikh tertentu kerana ia bergantung kepada urusan, komitmen kerja dan sebagainya.
“Memandangkan banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan daripada kedua-dua belah pihak. Tapi insyaAllah, tahun inilah,” katanya kepada MH.
Syafiq berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pra-Pelancaran & Siang Media Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Kuala Lumpur, hari ini.
Bakal menjual jenama Kurta sendiri sepanjang festival yang bakal berlangsung pada 14 hingga 17 April depan itu, bintang drama Nur ini teruja bakal bergelar raja sehari.
“Soal persiapan, buat masa ini saya selesaikan perkara wajib terlebih dulu. Satu demi satu. Kursus kahwin, kalau belum (kahwin) pun kita memang perlu hadiri.
“Saya sudah ‘settle’ itu semua, hal yang wajib macam pendaftaran yang perlu kita tengok sama ada sesuai dengan masa dan sebagainya. Sebab itu tak boleh berikan tarikh, ia boleh berubah,” katanya lagi.
Ditanya mengenai persiapan temannya pula, Syafiq memaklumkan setakat ini semuanya berjalan lancar.
“Apa yang saya lihat, biasalah perempuan akan lebih terperinci soal persiapannya. Dia lebih kepada hal yang cantik-cantik, baju, pemilihan kain dan sebagainya.
“InsyaAllah, semoga urusan kami dipermudahkan. Mohon doa yang baik-baik,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel akui teruja apabila berpeluang untuk mengadakan program berbuka puasa dan beramah mesra bersama pihak media yang berlangsung di St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur, baru-baru ini.