Cef Selebriti, Anis Nabilah bersyukur dan teruja apabila menerima Anugerah Platinum membabitkan hasil pendapatan daripada gabungan perniagaan dari tahun 2019 hingga 2020, sekaligus menjadikan dia antara selebriti yang meraih pendapatan tinggi di bawah pengurusan Universal Music Malaysia.
Menurut Anis, 35, atau nama sebenarnya Anis Nabilah Umaruddin, kejayaan itu menjadi antara pencapaian yang boleh dibanggakan sepanjang lebih 13 tahun pembabitannya sebagai cef selebriti.
“Saya antara selebriti di bawah pengurusan Universal Music Malaysia. Anugerah Platinum yang diberikan saya anggap sebagai pencapaian terbaik sejak mula bersama mereka pada 2019 lalu.
“Diakui sejak bersama mereka memang nampak peningkatan dalam kerjaya dan jenama saya. Bukan saja dari segi pendapatan, pengikut dan nama, tapi saya dapat mengukuhkan jenama sendiri sehingga ke peringkat antarabangsa.
“Jadi, saya berasa sangat bertuah kerana ada jenama besar di belakang saya. Ramai tidak tahu yang mereka adalah syarikat yang sangat versatil yang mana memberi dan membuka peluang pada mana-mana bakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih jauh.
“Buktinya, mereka berjaya mengurus dan membawa kerjaya saya berada pada tahap sekarang,” katanya.
Jelasnya lagi, sejak diwakili syarikat itu ia sedikit sebanyak memudahkan lagi dirinya berkolaborasi dengan lebih banyak jenama dan syarikat antarabangsa.
Ads
“Apabila bersama mereka, kalau saya nak berkolaborasi dengan mana-mana jenama atau sesiapa saja, ia lebih mudah. Apatah lagi mereka memang memberi kepercayaan pada artis dan sanggup melabur. Paling penting, mereka akan beri masa dan tenaga untuk kembangkan jenama saya.
“Memandangkan saya cef selebriti, jadi mereka belajar selok belok kerjaya saya. Disebabkan itu, saya dapat bekerjasama dan berkolaborasi dengan banyak jenama terkenal lain. Pendek kata, bukan hanya nak letak muka saya saja, tapi mereka ambil tahu dari awal sampai akhir selain sokongan padu yang diberikan,” katanya.
Berkongsi lanjut kerjasama terjalin dengan Universal Music Malaysia, Anis berkata apa yang dicapai hari ini juga adalah berkat saling percaya antara kedua belah pihak.
Ads
“Sebelum ini saya dengan syarikat pengurusan Kartel yang kemudiannya bergabung dengan Universal Music Malaysia dan Def Jams Southeast Asia. Kebetulan saya duduk bersembang dengan Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim. Saya cakap apa yang nak dicapai dalam industri ini. Jadi kami terus bincang. Malah, dia faham apa saya nak.
“Walaupun hanya bersembang, tapi kami terus serasi. Dia ada kepercayaan pada saya. Tidak banyak perbincangan dibuat sebelum saya memberi kata putus untuk menyertai mereka. Sejak itu kami terus bincang apa yang saya mahu dan perancangan ke depannya.
“Kalau nak bercakap dari segi kontrak, memang tidak ditetapkan pun lagi berapa lama. Setakat ini kedua-dua pihak seronok bekerjasama. Apa yang pasti masing-masing nak mara ke depan dan bersama-sama teroka lebih banyak perkara dalam bidang ini,” katanya.
Ads
Anis turut melahirkan rasa syukur apabila sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara tahun lalu dia masih dihujani pelbagai tawaran kerja.
“Tahun lepas ketika Covid-19 menular dalam negara, ramai terkesan. Tapi saya alhamdulillah masih okay dan ada tawaran kerja yang tak putus. Ada juga kolaborasi dengan pihak antarabangsa iaitu Tasty dengan membuat kandungan masakan untuk mereka.
“Saya orang Malaysia pertama yang kolaborasi dengan mereka. Ketika itu saya buat dua resipi masakan Malaysia.
“Insya-Allah, untuk seterusnya saya merancang nak menerbitkan buku sendiri. Tahun lepas saya sudah buat buku dengan Thermomix. Jadi, kali ini kalau boleh saya nak ada buku sendiri pula dan boleh pasarkan ke peringkat antarabangsa.
“Selain itu, saya juga nak lebih banyak bekerjasama dengan jenama antarabangsa. Bukan apa, saya nak berkongsi masakan Asia terutama Malaysia,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hangat sejak beberapa hari lalu apabila pelakon cantik manis, Fathia Latiff yang dikatakan telah membuka tudungnya.
Lalu, dia yang membuat penampilan pertama tanpa hijab di sebuah majlis pertunjukan fesyen di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur semalam mencetuskan sensasi di kalangan peminat.
Secara profesional, si empunya badan sudah pun memberikan kenyataan mengenai penampilan terkininya itu.
Jadi, jom ikuti 10 fakta perihal Fathia.
Dilahirkan pada 1 September 1987 di Ayer Hitam, Pulau Pinang bintang ini merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Latiff Tahir dan Badriyah Hassan.
Pernah mengikuti pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 2014. Bagaimanapun, difahamkan Fathia tidak berminat meneruskan kerjaya sebagai seorang peguam bertauliah.
Pernah menjalin hubungan dengan pelakon, Aiman Hakim Ridza sejak digandingkan bersama dalam drama Diandra. Namun, hubungan mereka renggang sekitar Januari 2015 meski beberapa kali dikatakan kembali bersama.
Kemudian, dia tampil mengenakan hijab sepenuhnya awal 2016.
Seringkali terpalit dengan masalah disiplin dan namanya pernah digugurkan daripada drama La Luna lalu wataknya digantikan dengan Zahirah.
Tampil membuat permohonan maaf selepas rakaman video Bigo Live Natasha Elyzza yang memaparkan seorang wanita mirip Fathia menari seksi sehingga menampakkan sebahagian payu dara tersebar di media sosial.
Namanya terus panas apabila dilihat merokok menerusi sesi live di Insta Stories bersama Zarina Anjoulie.
Pemakaian tudungnya pernah dikritik gara-gara menampakkan anak rambut. Malah, sebelum membuat penampilan rasmi, pelakon jelita ini pernah tampil di sebuah café di sekitar Shah Alam tanpa hijab serta berambut pendek.
Didakwa mengalami masalah kesihatan mental dan depresi namun sehingga kini belum dipastikan sumber yang sahih.
Pada 24 April 2019, dia tampil mengumumkan tidak lagi mengenakan hijab dan menegaskan dia kini menjadi diri sendiri.
Foto/Sumber : Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memuat naik foto bersama seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Naura Auni yang dikatakan mempunyai wajah seiras dengannya, Neelofa mengakui punya persamaan dengan si kecil itu.
Malah, menerusi ruang kapsyen, pengacara ini sempat bercanda mengatakan Naura bakal menggantikannya dalam program Meletop selepas dia mengambil keputusan untuk mengundur diri.
“Mini ME ! They finally found the new host for @meletop,” tulisnya.
Perkongsian ini mendapat perhatian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang turut meninggalkan reaksi di ruang komen.
Malah, selebriti lain turut meninggalkan komen yang pelbagai. Antaranya Shuib, Ruhainies dan ramai lagi.
Terdahulu, adik Naura Auni menjadi tular selepas ibu saudaranya melayangkan status di laman Twitter yang turut mendapat perhatian usahawan asal Kelantan itu.
Foto : Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mengakui banyak dugaan di sekelilingnya tatkala bergelar selebriti berhijab yang sudah kukuh namanya dalam industri hiburan.
Menerusi Youtube Official Ria X dalam slot Chit-Chat with Michael Ang, Nana ada berkongsi antara dugaan yang menimpanya sepanjang bergelar anak seni.
“Godaaan yang datang pada saya bukan kecil, bila dah jadi seorang selebriti berhijab ni, orang selalu pandang.
“Dugaan bila berlakon, kena jaga batas antara lelaki dan perempuan, apabila masuk waktu (solat), kena ambil wuduk dulu siap-siap, baru makeup, lepas itu, tahan supaya tak minum air utk masuk waktu (solat) seterusnya,” kongsi Nana yang memulakan hijab pada tahun 2011.
Bagaimanapun, Nana akui bahawa dia juga menerima dugaan dalam fesyen di kalangan rakan artis.
“Kadang-kadang, bila tengok orang lain pakai baju tu saya puji cantik baju dia, tapi saya tak boleh pakai macam tu sebab saya ni seorang yang berhijab,” jujur Nana yang popular dengan drama bersiri Dia Semanis Honey.
Kongsi Nana yang popular dengan lagu Hatiku Milikmu, ketika berada di set pengambaran, cuaca juga memainkan peranan dalam menduganya yang berhijab.
“Bila shooting tengah panas, saya kena pakai baju berlapis. Tapi itulah ibadah kita, pakai tudung masa keluar rumah.
“Pakai tudung tutup aurat wajib, bagi saya tak ada pilihan untuk buka tudung bila dah popular ke apa,” tegas juara Gegar Vaganza musim ke-2 itu.
“Iman kita ni turun naik, jadi kita kena suburkannya sekurang-kurangnya dengar ceramah di Youtube selama satu jam setiap hari. Kita dahulukan Allah sebelum dahulukan org lain,” akhiri Nana.
Video : Youtube Official Ria X
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...