
Anis Sofea yang juga isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli dilihat memuat naik foto rayanya dengan mengenakan selendang putih yang sekaligus menampakkan sebahagian rambutnya.
Menerusi Instagram, Anis, 21, berkongsi foto berkenaan sambil menulis kapsyen ringkas sempena Aidilfitri.
“SHR (Selamat Hari Raya),” tulis Anis ringkas pada hantaran yang telah ditutup ruangan komennya.
Malah, Anis juga dilihat telah memadam semua gambar suaminya di Instagram dan hanya ada tiga foto sahaja yang kelihatan.
Menerusi akaun terbabit, antara foto yang ada ialah foto lamanya yang tidak bertudung seperti sebelum ini serta gambar sejambak bunga.
Bagaimanapun sehingga kini, tidak dapat dipastikan mengenapa Anis berbuat demikian.
Terdahulu pasangan muda ini mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bertukar Karakter 360 Darjah, Dari Lemah Lembut Hamek Kau ‘Devil’ Terus…,” – Viral Dodol Tak Bergula, DJ Lin Raih Pujian

Drama pendek berjudul Dodol Tak Bergula yang dilancarkan oleh stesen radio Suria FM di platform YouTube berjaya mendapat perhatian serta pujian ramai.
Menariknya, drama pendek yang dilancarkan bersempena sambutan lebaran tahun ini itu menyaksikan barisan penyampai stesen radio berkenaan tampil beraksi, di samping pelakon hebat Wan Maimunah.
Pada masa sama, ramai yang memuji kebolehan penyampai dalam melakonkan watak masing-masing, termasuk DJ Lin.
Watak antagonis yang dibawa pengendali segmen Suria Cinta itu menerima maklum balas positif penonton, atas keberkesanan watak yang dijayakan.
Melihat di ruangan, rata-rata netizen berpendapat DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid berkebolehan dan memiliki bakat dalam dunia lakonan.
“Meruntun jiwa betullllll paling suka lakonan Dj Lin yg antagonist, Abg Tyzo yg menjadi gagapnye, Kak Rara xyah cakap r…memang menjadi wataknya. Paling suka babak jerit BALIK yang Dj Lin ngn Anna terkejut . Terbaikkkkkkkkk,” puji seorang wargamaya.
“Terbaik semua.. DJ Lin bertukar character 360 darjah.. dari seorang yg lemah lembut, hamek kau.. devil terus.. ape pun, lakonan semua hidup,” tulis lagi seorang peminat di ruangan komen.
“Lakonan Kak Lin mmg terbaik. Tahniah Suria FM.Mantap & terbaik,” puji lagi netizen yang lain.
“Dj lin ni selain penyampai radio dia pelakon jugak ke?? Masuk ke jiwa betul lakonan dia,buat sakit hati kalau wan maimunah xpayah ckp dah mmg legend,” tulis wargamaya.
Video berdurasi 33 minit itu dilancarkan secara rasmi saluran rasmi Suria FM, pada 22 April lalu dan setakat ini telah berjaya lebih sejuta jumlah tontonan di YouTube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram DJ Lin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nourul Depp Tegas Perlu Rajin Bersenam, “Jangan Dok Berharap Lepas Tu Tak Buat.”

Masih mengekalkan aktiviti senaman untuk mendapatkan bentuk badan ideal, penyanyi Nourul Depp tidak akan pernah berputus asa.
Malah, Nourul memulakan senaman seawal jam 6:45 pagi tadi.
“Kalau tak buat mana nak dapat hasil? Kena mula, kena BUAT. .
“Jangan dok berharap ja. Lepas tu tak buat. Memamg sampai mati lah tak dapat apa kita nak kan .
“Out of glamour look : ni start 6:45 tadi. Hari ke 4 start awal! Back on track!!! .
“Dah pernah dapat sekali, mesti akan dapat lagi! hanya kena BUAT .
“Take action tu penting. Sebab tu jangan dok wish ja ,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Menerusi ruangan komen, rata-rata menjadikan penyanyi ini sebagai pemangkin semangat untuk melakukan senaman.
Pemilik nama penuh Noorulhuda Abdul Wahab ini juga sering berkongsi foto yang melihatkan di sering melakukan senaman.
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Untuk rekod, Nourul mendirikan rumah tangga bersama Eric Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.
Terdahulu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.
Foto: Instagram Nourul Depp
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dulu Saya Takut Melepaskan, Benci Perpisahan,” – Puteri Sarah Sedia Mula Hidup Baru

Pelakon, Puteri Sarah Liyana mendedahkan dirinya kini lebih berani untuk berhadapan dengan realiti kehidupan selepas akhirnya dia diceraikan oleh bekas suaminya yang juga merupakan pengarah sensasi, Syamsul Yusof pada Rabu.
Menurut Puteri Sarah, dia menerima perpisahan ini dengan berlapang dada.
“Lepaskan. Dulu saya sangat takut untuk melepaskan. Dulu saya benci perpisahan. Dulu saya benci mengakhiri sesuatu. Dulu saya sangat takut betapa sakitnya hati saya ketika mereka tidak ada lagi dalam hidup saya.
“Saya memiliki banyak pertanyaan bagaimana, jika dan apa yang bisa terjadi kemudian dan disitulah kesalahan saya selama ni. Takut akan segalanya,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Tambah pelakon drama Hijrah Jannah itu lagi, setiap perkara yang berlaku adalah ketentuan daripada Allah.
“Dan sekarang saya mengerti. Ketika sesuatu berakhir, itu berakhir kerana suatu alasan. Ketika sesuatu tidak berhasil, itu tidak berhasil kerana sesuatu alasan. Kamu tahu melepaskan itu indah.
“Terkadang, itu sulit. Tapi selalu ingatkan dirimu bahawa setiap yang berlaku atas izin- Nya. Lepaskanlah hal-hal yang telah menyakitimu.
“Bersabarlah dalam prosesnya. Kerana setelah setiap kesabaran, ada hal yang indah yang menantimu,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Sarah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk proses lafaz talak sekaligus, sah bercerai dengan talak satu.
Sebelum melafazkan cerai itu, Puteri Sarah dan Syamsul dilihat bersalaman dan masing-masing kelihatan tenang.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Puteri Sarah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI