
Pengacara dan personaliti televisyen, Nurul Syuhada Nurul Ain telah pun selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada tanggal 3 September yang lalu.
Malah, menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Syuhada turut memaklumkan dia sekeluarga telah pun menjalankan majlis aqiqah dan cukur jambul bersempena genap seminggu kelahiran cahaya mata perempuannya itu.
“Raja Ahmad would like to announce the end of his reign as the youngest child!
“And today is day 7 and Alhamdulillah we performed the offering of Aqeeqah, shaved her head and named her, Raja Aasiya Amaal. Alhamdulillah,” kongsinya.
Dalam pada itu, bekas pengacara program, Mingguan Wanita ini juga turut mengumumkan dia dan suami telah bersepakat untuk menamakan anak mereka itu Raja Aasiya Amaal.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Raja Aasiya membesar menjadi anak yang solehah serta penyejuk hati ayah dan ibu.
“Tahniah Syuhada dan hubby atas kelahiran baby comel. Semoga membesar sebagai anak solehah dan penyejuk mata kedua ibu bapa. Didoakan juga moga dikurniakan kesihatan yang baik buat mommy dan baby.
“Sedap nama Aasiya Amaal. Selamat berpantang Nurul.
“Alhamdulillah, bismillah masyaAllah. What a beautiful name. Selamat berpantang mommy.
“MasyaAllah she is gorgeous. Congratulation again Syud and hubby.
“Alhamdulillah, tahniah sis,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Syuhada dan suaminya, Raja Amir Raja Azwa telah pun mendirikan rumah tangga pada 2014.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Nurul Syuhada Nurul Ain
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sakit Kepala Sampai Nak Hantuk Kat Dinding,” – Zarina Zainuddin Alami Sinus & Migrain Teruk, Ralat Bila Ada Yang Tuduh Melulu

Pelakon Zarina Zainuddin berkata dia sebelum ini mengalami masalah sinus dan migrain yang teruk hingga terpaksa menjalani pembedahan atas alasan perubatan.
Ia sekaligus menjelaskan mengenai perkara sebenar yang berlaku kerana difahamkan, menurut Zarina, ada netizen yang membuat komen sesuka hati susulan perkara tersebut.
Menerusi video yang dikongsi di instagram, Zarina akui sudah berjumpa doktor dan menjalani pembedahan bagi membuang bendalir di bahagian hidungnya itu.
“Saya baca komen anda semua yang tak tahu menahu tentang diri saya tapi anda dah tuduh saya macam-macam.
“So hari ini saya rasa saya perlu terangkan keadaan sebenar, saya ada masaalah sinus yang teruk dan juga migrain sampai kadang saya rasa nak bukak tudung jer sebab sakit kepala sampai nak hantuk kat dinding.
“Kepada mereka yang tak tahu tapi terus judge saya jumpa saya mintak maaf sebelum saya mati atau cari saya di sana. Saya baca komen sampai saya pun asyik nangis, bila nangis saya lagi sakit kepala,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Zarina pada masa sama turut mendedahkan salah seorang anaknya, Azal turut berdepan masalah sama.
“Anak saya Azal pun alami masaalah yang sama tapi saya tak sanggup nak operate dia sebab keadaan dia begitu. Jadi dia cuma makan ubat sahaja.
“Saya terima keadaan diri saya begini dan jika anda sayangkan saya tolong doakan saya. Sedapnya cakap, hati orang terluka korang boleh ketawa ya,” tulisnya lagi.
Sementara itu di dalam video sama, Zarina tidak menafikan kesakitan yang dialami mengganggu konsentrasinya dalam melakukan aktiviti harian.
“Ingat saya nak hidung macam ni ke? Hidung saya dah cantik dah dulu. Sebab saya ada masalah ini, yang selalu membuatkan saya sakit kepala dan tidak boleh buat kerja nanti.
“Sampai tak boleh bercakap, nak marah orang je nanti. So saya buat ini atas medical reason. So yang tidak tahu menahu jangan komen sesuka hati,” katanya lagi.
Perkongsian daripada pelakon senior tersebut turut mendapat perhatian dari pengikutnya dan rata-rata mereka simpati selain mendoakan moga segera sembuh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Berharap Agar Penonton Dan Penyokong Terus Menyokong,” – AJL35 Sah Tukar Lokasi, Persembahan ‘Live’ Tanpa Penonton!

Membuka tirai 2021 dengan semangat baharu, Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) bakal berlangsung 7 Februari depan.
Bersiaran langsung pada pukul 9 malam dari Auditorium MBSA, Shah Alam di TV3, Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) serta barisan finalisnya yang mantap akan berlangsung tanpa penonton bagi menghormati tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
AJL35 menampilkan pengacara berpengalaman Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari sebagai pengacara utama, manakala Sissy Imann dan Shuk Sahar akan menggalas tugas sebagai pengacara di karpet merah yang kini dinamakan ‘Lounge AJL35’.
Program ini akan disiarkan secara langsung di TV9 pada pukul 8.30 malam, Ahad, 7 Februari 2021.
Seperti yang telah diumumkan di hari terakhir Muzik-Muzik 35 Separuh Akhir 15 Disember lalu, senarai 12 buah lagu yang akan bertanding di AJL35.
Sementara itu, AJL35 turut menyajikan persembahan pembuka tirai yang dibarisi oleh Ella, Naim Daniel dan Yonnyboii di samping sebuah lagu istimewa nyanyian Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju yang berjudul Baik Semula, diciptakan khas untuk AJL35 oleh Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, Karim Karam dan Tuju.
Selain itu, persembahan interlude AJL35 pula akan dimeriahkan dengan persembahan bertemakan Projek Band di mana Hujan, Hazama & The Penglipur Lara dan Akim & The Majistret pula akan mempertaruhkan persembahan medley & ‘mash up’ lagu-lagu terbaik mereka sambil bergandingan dengan Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Dato’ Khairul Anwar Salleh, berkata, TV3 dan AJL35 secara khususnya mempunyai misi yang besar untuk memulakan tahun 2021 dengan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
“Harapan kami, dengan adanya 12 finalis ini, dapat mencetus semangat untuk memulakan tahun baharu dengan lebih positif. Kami juga berasa amat bertuah apabila penaja utama AJL35, McDonald’s Malaysia sudi berkolaborasi dengan kami sejak SFMM35 tahun lalu, sehingga tamat AJL35 kelak.
“Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada penaja-penaja bersama AJL35 Celcom Xpax dan Sabella, serta Shell selaku rakan penaja yang sentiasa mendukung usaha kami sebagai rakan seperjuangan. Oleh itu, kami berharap agar penonton dan penyokong setia AJL35 terus menyokong kami sehingga ke garis penamat,” katanya.
Seperti tahun sebelumnya, AJL35 juga menyiarkan Debaran AJL35, sebuah program khas berdurasi satu jam bersama Sherry Alhadad dan Haziq Hussni yang menyingkap setiap sudut persiapan AJL35. Debaran AJL35 ini akan disiarkan secara langsung pada pukul 5.30 petang, setiap Sabtu, bermula 6 Februari.
Pembaharuan lain yang bakal AJL35 sajikan adalah Festival Muzik AJL yang akan bertemu penonton setiap Ahad bermula 10 Januari, 9.00 malam hingga 11.00 malam. Festival Muzik AJL ini akan bersiaran selama empat minggu sehingga malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 35.
Dihoskan oleh Awal Ashaari serta hos-hos jemputan seperti Charmaine Augustin, Rina Khan, Ally Iskandar dan Fara Fauzana. Festival Muzik AJL ini akan mengimbau persembahan-persembahan ikonik Anugerah Juara Lagu sejak kemunculannya.
AJL35 turut boleh ditonton secara live HD di tonton.com.my serta YouTube TV3 Malaysia.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Can Those Haters Sleep At Night?,”- Sebak Tonton #SandraDalamKenangan, Tasha Manshahar Kecewa Ada Yang Tak Sensitif

Penyanyi yang juga merupakan seorang guru, Tasha Manshahar meluahkan rasa kecewa terhadap tindakkan segelintir individu yang tidak sensitif dengan perasaan ahli keluarga Allahyarhamah Sandra Dianne.
Menurut Tasha, walaupun dia tidak begitu rapat dengan Sandra, namun menyifatkan kehilangan tersebut tetap amat dirasainya.
View this post on InstagramA post shared by @ tashamanshahar on
“I cant help but to say something about her tonight. Pernah kenal arwah, pernah beberapa kali jumpa masa show sama dulu.
“Tak rapat tapi pemergiannya beri impak yang besar, not only to me but many people. Suprisingly, yang tak pernah mengenali arwah pun terasa kehilangan.
“Sedih ni bukan sedih yang biasa. Sedih bercampur cemburu. Cemburunya sebab sebegini sekali ramai orang menceritakan kebaikan dia, sedangkan selama ni tak ramai pun notice kewujudan arwah.
“Sedih. Arwah tinggalkan kita dengan banyak perkara untuk kita muhasabah. Tapi lagi sedih sebab ada orang-orang yag langsung tak jaga sensitiviti. Malah, tak rasa menjaga sensitiviti tu penting pun,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Tasha menerusi akaun Instagram miliknya.
Tambah penyanyi lagu Bukan Aku itu lagi, pemergian Sandra ini sepatutnya menjadi pengajaran untuk kita terus berbuat baik sesama manusia.
“Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi bukan semua kita boleh share openly. Ada benda yang lebih baik kalau disimpan sendiri supaya tak menyakitkan hati.
“Arwah dah selesai tugas dia di dunia, kita ni? Allah bagi masa untuk kita beringat sebenarnya. Kita sendiri pun dah running out of time. Kenapa bazir buat/bercakap benda tak berpahala. Apa nak jawab pada Allah dekat sana?
“I believe, untuk dia dapat penghormatan sebegini sekali, mudahnya urusan pengebumian dia, pasti ada kebaikan yang kita sendiri tak mampu lakukan.
“Entah-entah, ada perbualan/doa dia pada Allah lebih ikhlas berbanding kita. Lebih bersungguh. Lebih tulus. We never know,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi, Raqib Majid itu turut menyifatkan bahawa dia amat terkesan menonton konsert tribute #SandraDalamKenangan yang berlansung pada Ahad.
“Sepanjang menonton #bigstage2020 #sandradalamkenangan , saya betul-betul terkesan. Tak sangka akan sama-sama nangis.
“Lagi terkesan bila Farisha bagitahu yang sebelum kemalangan, arwah ada tunjuk DM-DM haters hantar kepada arwah dan itu buat arwah sangat down. I wonder, now, can those haters sleep at night?
“Yang pergi tetap pergi. Tapi kita yang masih tinggal ni, apa je yg kita plan nk buat? Rasa kagum dengan sikap arwah. Rasa malu pun ada, banyak betul kebaikan dia, penyayangnya dia dengan ibu bapa & keluarga, disayangi kawan-kawan, disenangi strangers.
“Aura baik ni bukan milik org kaya, atau org ternama, atau org bijak pandai, tapi milik orang yang hatinya tiada lain melainkan kebaikan semata.
“Semoga kita tergolong dalam kalangan org-org yg memiliki hati yang sejahtera. Aamiin. #selfreminder. Takziah buat keluarga arwah. Semoga Allah kurniakan ketabahan. Al-Fatihah buat Sandra,” akhirnya.
Sumber: Instagram Tasha Manshahar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI