
Berat hati pelakon dan penerbit, Datin Anne Ngasri, bagi melepaskan anak sulungnya, Abdul Warits, 16, yang mula mendaftar di sekolah berasrama penuh, Kolej Yayasan Saad, di Durian Tunggal, Melaka pada Ahad.
Jarang-jarang sekali berpisah, Anne atau nama sebenarnya, Naszriah Ngasri, 38, berkata walaupun keputusan itu cukup berat namun demi masa depan anaknya, dia mengizinkan.
“Ini bukanlah keputusan yang mudah, jarang sekali berpisah dengan anak-anak. Tetapi demi kebaikan dan masa depannya, saya kuatkan juga.
“Semoga Warits belajar rajin-rajin dan ingatlah tiada benda yang mudah digapai. Usaha pasti berjaya,” tulis Anne di Instagramnya.
Di ruangan komen, rakan selebriti seperti Fara Fauzana, Anita Baharom dan Zarina Zainuddin turut mendoakan semoga segala urusan Warits dan Anne dipermudahkan.
“Yang baik-baik sahaja Warits! Siapa-siapa kacau jangan panggil Mama (Anne). Panggil Auntie Fara atau Auntie Darling saja,” usik Fara.
“Semoga Allah permudahkan segalanya, semoga menjadi anak yang bijak pandai dan soleh,” tulis Zarina.
Anne yang popular dengan drama bersiri Dunia Baru itu mempunyai lima cahaya mata iaitu tiga daripada perkahwinan pertama iaitu Abdul Warits, 16, Abdul Wafri, 14, Nazharah Afroza, 12.
Perkahwinan bersama suami, Datuk Mohd Sumali Reduan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sufi Harraz, 9, Nefa Naura, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Anne Ngasri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Poland Tutup Sekolah Dan Institusi Selepas 25 Kes,” – Diana Danielle Minta Jangan Ambil Mudah, ‘Cutikan’ Anak Sehingga Yakin Wabak Pulih

Pelakon Diana Daniella berkongsi petikan daripada sidang media di Poland yang mengumumkan penutupan sekolah dan institusi pendidikan selepas menerima 25 kes COVID-19.
Menurut kenyataan Menteri Kesihatannya, negara berkenaan mengambil serius akan wabak yang berlaku.
Malah, penutupan sekolah bukan bererti rakyat boleh pergi bercuti atau meluangkan masa di tempat awam, sebaliknya bertanggungjawab terhadap orang lain dengan duduk di rumah.
“Poland menutup sekolah dan institusi selepas 25 kes, bersamaan dengan kes Malaysia pada gelombang pertama.
“Saya sarankan kerajaan berbuat yang sama memandangkan bilangan kes semakin meningkat tanpa kawalan.
“Kita melihat Wuhan, Itali, Korea Selatan dan Iran, ia menjadi teruk dalam masa dua minggu selepas gelombang pertama.
“Saya bimbangkan negara kita, tolong jangkakan ia lebih teruk daripada mengambil mudah akan kesannya, ia akan menyelamatkan ramai nyawa.
“Saya mengambil keputusan untuk cutikan anak daripada sekolah sehingga yakin dia selamat dalam kalangan ratusan pelajar lain dan guru.
“Kongsikan tindakan dan nasihat anda supaya kita oleh tanganinya bersama,” luah ibu kepada dua anak ini.
View this post on InstagramA post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on
Perkongsian aktres ini turut mendapat persetujuan netizen yang rata-ratanya turut bimbangkan soal keselamatan keluarga dan anak-anak.
Sehingga kini, Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia Tenggara bagi kes jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) selepas mencatatkan 428 kes, dengan sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Foto : Instagram Diana Danielle
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHtrivia 10 Filem Tempatan Ini Boleh Dikira Gagal Setakat Bulan November Ini, Catat Rekod Pungutan Yang Kurang ‘Sengat’

Industri perfileman Malaysia kini menunjukkan perkembangan luar biasa apabila beberapa buah filem tempatan berjaya mendapat jumlah kutipan tertinggi dalam sejarah antaranya Hantu Kak Limah, Munafik 2 dan terbaru Paskal.
Namun di sebalik kejayaan filem tersebut, terdapat juga beberapa filem yang boleh dianggap sebagai gagal kerana kurang mendapat sambutan daripada peminat filem tempatan.
Oleh itu, MH kongsikan 10 filem Melayu yang mendapat kutipan paling rendah setakat November 2018:
- Bidong The Boat People- RM3,000
Dengan hanya mendapat jumlah kutipan sebanyak RM3,000, layaklah kita simpulkan bahawa filem ini antara yang paling teruk sepanjang 2018. Filem arahan Yusof Kelana ini megisahkan tentang seorang gadis bernama Kien Bidong yang mahu kembali ke Pulau Bidong untuk memperingati hari kelahirannya. Rata-rata menganggap mesej yang ingin disampaikan kurang jelas dan menyebabkan filem ini kurang mendapat sambutan.
2. Enjin No. 9- RM7,000
Walaupun menampilkan penyanyi popular, Tajul sebagai peneraju utama, filem komedi Enjin No.9 tetap gagal apabila hanya meraih kutipan sebanyak RM7,000 sepanjang ia ditayangkan.
3. Qhaliq- RM14,000
Pasti ramai yang tidak tahu, sebelum adanya Paskal, Qhaliq merupakan sebuah filem aksi lakonan Hairul Azreen. Filem bomba pertama ini dikatakan gagal dek kerana kegagalan pihak penerbit mempromosikan filem tersebut dengan baik. Oleh itu, filem ini hanya memperoleh jumlah kutipan sebanyak RM14,000 sepanjang tempoh tayangan.
4. This Is Pilah – RM45,000
Filem berlatar belakangkan budaya Negeri Sembilan ini dilihat masih gagal menarik perhatian penonton meskipun dibintangi oleh rapper popular Waris dan Juzzthin. Dengan hanya mendapat jumlah kutipan bawah RM50,000, pihak Finas menyenaraikan filem ini antara yang gagal bagi tahun 2018.
5. Hantu Wangan- RM89,000
Suatu ketika dahulu, filem Hantu Wangan arahan pengarah, Ahmad Idham ini pernah dipalit kontroversi apabila ia dikatakan meniru konsep pengarah, Pekin Ibrahim yang mengarahkan filem KL Wangan. Walaupun dipalit kontroversi, filem ini masih gagal mencuri hati penonton apabila jumlah kutipan tiket hanya mencecah RM89,000.
6. Badang – RM93,000
Filem adiwira tempatan, Badang yang dilakonkan sendiri oleh usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri telah dikecam hebat gara-gara kualiti filemnya yang dikatakan sangat teruk. Malah, populariti yang dimiliki Datuk Aliff dilihat masih belum mampu menarik peminat untuk hadir ke pawagam menonton filem lagenda tersebut.
7. Busker – RM96,000
Busker merupakan sebuah filem muzikal romantik Malaysia yang dilakonkan oleh Daiyan Trisha, Hafeez Mikail, Lia Natalia dam Anas Ridzuan. Fiem terbitan Astro Shaw itu dilihat kurang mendapat sambutan juga menerusi masalah kegagalan komersial.
8. Bukan Cinta Malaikat- RM127,000
Bukan Cinta Malaikat merupakan filem arahan Aziz M. Osman dengan kerjasama dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Walaupun dibarisi pelakon hebat seperti Ashraf Muslim dan Nora Danish, filem cinta ini dilihat gagal untuk menyayingi filem cinta Islamik Indonesia seperti Ayat-Ayat Cinta dan Syurga Yang Tak Dirindukan.
9. Makrifat Cinta- RM138,000
Walaupun filem ini dibarisi banyak pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Nora Danish, Adi Putra, Nabila Huda dan Puteri Balqis, filem ini dilihat gagal untuk menarik minat penonton. Meskipun menggunakan teknik Motion Poster, filem ini turut disenaraikan sebagai salah satu daripada filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah 2018.
10. Blok 404- RM220,000
Blok 404 merupakan filem seram Malaysia 2018 arahan Azma Aizal Yusoof terbitan DBI Entertainment. Ia merupakan pembikinan semula daripada telefilem dengan judul sama arahan Silver Chung lakonan Zamarul Hisham dan Nabila Huda yang pernah mencetuskan fenomena sekitar 2003. Namun, filem ini tidak dapat meneruskan fenomena tersebut apabila hanya menerima jumlah kutipan sebanyak RM220,000 sahaja.
Namun harus diingat, filem yang mendapat kutipan pecah panggung tidak semestinya merupakan filem terbaik dan begitulah sebaliknya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Macam Mengajar Tak Kena Tempat,” – Juri Bukan Dari Kalangan Orang Komedi, Khir Rahman Minta Sedar Diri & Ruang

Pelakon dan pengarah, Khir Rahman mendedahkan dirinya tidak mempunyai masalah sekiranya pihak stesen tv melantik sesiapa sahaja untuk menjadi juri bagi program pertandingan lawak meskipun tidak mempunyai pengalaman di dalam dunia komedi.
Bagaimanapun, Khir berpandangan mereka ini haruslah mempunyai sifat sedar diri dan ruang sebelum memberikan sebarang komentar.
“Yang menjadi keresahan saya bila menonton program pertandingan lawak sebelum ini, ada sesetengah jurinya yang bukan daripada dunia komedi.
“Contohnya bila pihak produksi melantik pemain bola untuk menjadi juri, hampir pastilah dia tiada pengalaman berada di atas pentas dan tak pernah belajar tentang apa itu komedi.
“Jadi, dia harus bercakap dalam kapasiti dan ruang dia sahaja. Sama ada dia terhibur atau tidak. Itu sahaja. Janganlah pula bagi tunjuk ajar untuk buat itu ini. Tak perlu. Ini bukan forte dia,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, dia juga tidak menafikan keperluan program-program lawak untuk menjemput para selebriti seperti penyanyi atau pelakon untuk menjadi juri agar penilaian itu dapat dibuat daripada sudut yang pelbagai.
“Saya tak kata ia salah. Saya sambut baik Ayda Jebat jadi juri bersama kami. Dia boleh memberikan penjurian daripada sudut lakonan, nyanyian atau persembahan pentas.
“Bagi kami mungkin tak kelakar tapi bagi dia kelakar. Masing-masing boleh bagi pandangan. Jadi, sedar ruang itu sangat penting. Kalau tidak, ia akan nampak kamu seperti mengajar tak kena tempat.
“Ayda boleh memberi pandangan daripada sudut mereka yang bukan pelawak. Setidak-tidaknya dia boleh bercakap mengenai citarasa penonton,” ujarnya lagi.
Khir berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program Awesome Raja Lawak yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu.
Selain Khir, program ini juga bakal dijurikan oleh penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat serta pelawak lagenda, Saiful Apek.
Dalam pada itu, Khir turut merasakan para juri harus memberikan penilaian daripada segenap aspek agar potensi sebenar pelawak itu dapat dicungkil.
“Juri tidak boleh ada sikap yang merasakan mereka ini tidak boleh dikritik atau boleh sesuka hati memberikan keputusan hanya kerana mereka juri. Mereka bukan berkuasa penuh.
“Mereka ada tanggungjawab dan amanah untuk dilaksanakan. Juri ini bukan sekadar untuk menyingkirkan peserta, ada tugasan yang lebih penting.
“Kalau tak kelakar, kita cari potensi lainnya. Bukan main terus buang je. Mungkin peserta itu ada potensi tetapi pasangannya tidak kena.
“Ramai ingat penjurian ini dari sudut kelakar atau tidak sahaja. Kami kena bersama dengan pihak stesen tv untuk buat keputusan.
“Apapun, setiap manusia itu ada maruah. Kita boleh tegur mereka tapi bukan menghina. InsyaAllah kami akan cuba sehabis baik,” akhirinya.
Selepas hampir 9 tahun tiada penganjuran, Awesome Raja Lawak bakal bersiaran secara lansung di Studio FINAS, Hulu Kelang dan diturut disiarkan di Awesome TV pada setiap Rabu jam 9 malam mulai 7 September ini.
Seramai 14 peserta bakal bersaing bagi merebut hadiah utama berjumlah RM50,000 beserta trofi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI